CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bina hotel guna air 'haram' !

1-7-2013 10:47 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2796| Komen: 6

Description: Operasi yang dilakukan Span dan SAMB berjaya menemui bukti syarikat kontraktor bagi projek pembinaan sebuah hotel bajet di bandaraya ini melakukan penyambungan bekalan air secara haram.


Operasi yang dilakukan Span dan SAMB berjaya menemui bukti syarikat kontraktor bagi projek pembinaan sebuah hotel bajet 

di bandaraya ini melakukan penyambungan bekalan air secara haram.

BANDARAYA MELAKA - Tindakan sebuah syarikat kontraktor yang disyaki membuat penyambungan secara tidak sah bekalan air bagi kegunaan pembinaan sebuah hotel bajet di bandaraya ini akhirnya terbongkar.
        
Ia berikutan satu serbuan yang dilakukan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) bersama Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), di sini,  kelmarin.
        
Menurut Pegawai Undang-undang SAMB, Norzawani Ibrahim, serbuan dilakukan pada jam 10 pagi, diketuai wakil Span Wilayah Selatan, Mohd Hafezee Halim termasuk 10 orang kakitangan SAMB.
        
Jelasnya, kerja pengintipan penyambungan air haram tersebut telah dilakukan sejak 11 April lalu.

        
Hasil siasatan mendapati terdapat unsur penyambungan secara tidak sah berdekatan dengan sambungan bermeter yang dilakukan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
        
Namun hasil kecekapan Unit Penguatkuasaan SAMB, satu sambungan haram menggunakan paip jenis High Density Poly Ethlene (HDPE) bersaiz 25 milimeter berjaya dikesan,” katanya ketika dihubungi semalam.
        
Beliau berkata, kes tersebut akan disiasat di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, Seksyen 123, kerana melakukan sambungan bekalan air yang menyalahi undang-undang.
        
Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua duanya.

Span juga akan menyita paip yang digunakan itu sebagai bukti dan mengeluarkan notis kesalahan kepada kontraktor berkenaan untuk tindakan lanjut,” katanya.
7

Bagus
9

Marah
7

Terkejut
8

Sedih
8

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wafeenaulia 1-7-2013 09:42 AM
haha kantoii...
Quote redmoskito 1-7-2013 02:15 PM
padan muka ko.. kantoi!!!
Quote fazzrules 1-7-2013 03:11 PM
nak kaut untong lebey la ni..
Quote Al-Patih 1-7-2013 04:13 PM
siapo yang kono ...tokey hotel ke ...kontraktor ke ...atau kedua2 nya sekali....kalu bolih denda saman ...penjarakan sekali ...duit tak ada hal bulih cari
Quote undark 2-7-2013 08:39 AM
bersepah kat KL kontraktor curi air.. penguatkuasa ni sama ada dah dapat suap atau x tau..
Quote md.jie 2-7-2013 08:50 AM
benda tak siap lagi katanya

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.196590 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top