CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Pukul 2.30 Pagi Kena Mop Menyapu. Sampai Bila?"-Penduduk Di Sitiawan Resah, Beribu Lalat Masuk Rumah Setiap Hari

8-5-2023 05:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1275| Komen: 12

Lalat terlampau banyak di kawasan perumahan, penduduk di Bandar Baru Setia Awan Perdana, Sitiawan, Perak merayu campur tangan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Seorang pengguna akaun TikTok @amieelnanis memuat naik beberapa video baru-baru ini menunjukkan keadaan rumahnya yang dipenuhi beribu lalat.


Dakwanya, situasi kurang menyenangkan itu berlaku setiap hari meskipun telah membuat aduan namun masih belum diambil tindakan oleh mana-mana pihak.

Gambar Hiasan

“Tolonglah Menteri Besar. Ya Allah Ya Tuhanku. Balik rumah pukul 2.30 pagi dah satu kerja nak kena mop, kena menyapu. Sampai bila?,” soalnya.

Menurut pengguna tersebut, masalah gangguan lalat ini menjadi satu bebanan buat penduduk di kawasan perumah berkenaan.

Dalam pada itu, dia turut meminta bantuan orang ramai untuk tularkan isu ini agar sampai ke pengetahuan pihak berwajib supaya tindakan segera dapat dilakukan.




“Pergilah viralkan dekat mana-mana pun sebab ini suara rakyat. Apabila kita melalui platform yang betul, dia memakan proses yang lama. Jadi kita menggunakan kuasa viral.

“Zaman sekarang zaman viral, apabila isu ini viral, ia akan cepat dapat action (tindakan). Kami (penduduk setempat) mengharapkan kuasa viral orang ramai. Kami penduduk di kawasan banyak lalat memohon tolonglah bantu kami,” rayunya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antikorok 8-5-2023 06:34 PM
Edited by antikorok at 8-5-2023 07:02 PM

Nak pitenoh, mesti dekat dengan ladang ternak babisss tuhh, knowing Perak tuhhh memang pengeluar utama babisss di tanah ibu pertiwi ni. Siap ceroboh tanah gomen buat ladang ternak babisss harom. Kalau tak pung, dekat dengan ladang ternak ayam. Sama jah mcm RNR Pagoh dan RNR Machap tuh, ada waktu lalat banyak namampos siap boleh berlari-lari atas makanan dan air walaupun dah puas kita halau. Eeeee!
Quote shernazz 8-5-2023 06:38 PM
Kang tibe2 takajut kata tak Tau ada aduan..
Quote drivethru 8-5-2023 06:58 PM
Dulu masa budak2, orang tua selalu kait kan banyak lalat sbb musim haji. tak tau lah korang pernah dengar ke tak. Tapi biasa nye lalat banyak ni sbb ada ladang ternakan haiwan yg berdekatan.
Quote PULANGKAN 8-5-2023 07:56 PM
pernah pi kenduri kahwin kat Perak

kesian tuan rumah malu, majlis anak dia penuh lalat, tetamu nak makan terkibas-kibas tangan semua

tapi memang cepat la orang pegi balik. panas satu hal. lalat satu hal. memang tak selesa
Quote syamzana 8-5-2023 08:01 PM
aiyooo geli geleman tgk kecik2 byk gitu.euuuuwww kotor dah satu hal, meremut byk camtu plak double stress. kalau iols blh kemurungan.
semut byk kat dapur umah ni pun iols stress hari2 sembur serai wangi, boh ubat semut tetap depa berkawad tetiap pagi dan ptg.iols gelisssssss
Quote gigahertz 8-5-2023 08:36 PM
syamzana: aiyooo geli geleman tgk kecik2 byk gitu.euuuuwww kotor dah satu hal, meremut byk camtu plak double stress. kalau iols blh kemurungan.semut byk kat dap ...

semut u nampak jangna bunuh. tak baik.
u kena ajak semut tu duduk bincanng slow talk suruh semut tu pindah.

Quote LoveSungmin 8-5-2023 08:42 PM
rumah abah pun pernah kena tapi tak seteruk ni la.. sebabnya cina yang tanam sayur kat belakang rumah tu guna baja taik ayam

by the way, i nak kesiankan perempuan ni tapi bila nampak #sahabatbosskay terus tak jadi kesian
Quote CiliApiPedas 8-5-2023 09:22 PM
Aku follow group taman ni, mmg hari2 ade je komplen pasal lalat ni. Mcm kesian pun ye. Ada yg ckp nyesal beli umh kt sini. Btw yes sb sitiawan kate nye ade reban ternak ayam terbesar
Quote kemaruk 8-5-2023 09:24 PM
Beribu lalat, berbapa semut, beranak cacing
Quote cmf_premierleag 8-5-2023 09:36 PM
LoveSungmin replied at 8-5-2023 08:42 PM
rumah abah pun pernah kena tapi tak seteruk ni la.. sebabnya cina yang tanam sayur kat belakang ruma ...


Sahabatbosskay  tu amende? MLM ke?
Quote cmf_premierleag 8-5-2023 09:37 PM
Ni kalo letak lampu bunuh lalat tu mesti kejap je dah beribu lalat melekat kt lampu tu

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.055976 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top