CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yuna Dituduh Dah Lupa Asal Usul, "Padahal Saya Masih Masak Makanan Melayu Seperti Kari Dan Tumbuk Sambal Belacan"

8-5-2023 05:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1145| Komen: 6

Ada yang menyangka kejayaan Yuna menempa nama peringkat antarabangsa mengaburi mata hingga lupa asal usul.

"Memang ada peminat di Malaysia tidak begitu mengikuti perkembangan saya di Los Angeles menyangkakan saya lupa diri.


Foto: IG

"Malah, jika saya balik ke Malaysia, ada juga makcik-makcik bertanya sudah tak buat muzik lagi ke?

"Mereka beranggapan sedemikian kerana saya sudah lama tidak merakamkan lagu dalam bahasa Melayu," katanya kepada BH Online.

Yuna berkata, suaminya, Adam Sinclair, 40, kelakar apabila ada yang mengatakan isterinya sudah lupa asal usul.


"Ini kerana sepanjang pengetahuannya, jati diri saya terhadap Malaysia sangat kuat.

"Walaupun sudah berhijrah dan mencari rezeki ke luar negara, jiwa Melayu saya tak pernah berubah.

"Saya masih masak makanan Melayu seperti kari dan tumbuk sambal belacan.



"Malah, saya sanggup membeli banyak-banyak bila terjumpa jenama minuman cukup popular di Malaysia.

"Dengan cara ini saya rasakan diri begitu dekat dengan tanah air tercinta," katanya.

Justeru, kata Yuna, kemunculan EP berjudul Masih Yuna di platform digital sejak 27 April lalu menjadi bukti dirinya masih mahu merakamkan album dalam bahasa Melayu seperti yang didambakan.



"Judul album Masih Yuna ini sudah cukup untuk menggambarkan saya masih Yuna yang sama dan tidak berubah," ungkap penyanyi Terukir Di Bintang ini.

Di sebalik populariti dikecapi, ada harga yang perlu dibayar penyanyi bersuara gemersik ini apabila penampilannya sering menjadi sasaran kritikan netizen.

Namun, tegas Yuna, dia mengambil sikap enggan ambil peduli komen toksik yang boleh menggugat ketenteraman minda.



"Kalau di Facebook (FB). memang banyak komen negatif, tetapi berbeza dalam Instagram (IG) kerana kebanyakan pengikut adalah peminat.

"Sekarang saya semakin bijak. Kalau dahulu saya baca setiap komen dan sekat mereka yang toksik, kali ini saya abaikan sahaja.

"Lebih baik saya tumpukan perhatian kepada komen peminat yang memberi sokongan dalam apa juga saya lakukan," ungkap penyanyi kelahiran Alor Setar, Kedah ini.



Beralih kepada kehidupan peribadi, Yuna mengakui, soal cahaya mata masih dibangkitkan kepadanya.

Tidak tertekan atau tersinggung dengan asakan pertanyaan, Yuna memaklumkan, dia dan suami masih berusaha dan menyerahkan perkara itu kepada Yang Maha Esa.


"Kami tidak pernah merancang, cuma masih belum ada rezeki. Saya juga teringin nak jadi ibu.

"Dua wanita yang memberi inspirasi saya untuk menjadi ibu terbaik adalah ibu saya dan kakak ipar, Aishah Sinclair.

"Saya seronok melihat cara Aishah mendidik anak-anaknya yang bijak dan comel. Disebabkan itu, saya mahu menjadi ibu sepertinya," ujar Yuna.-CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 8-5-2023 09:44 PM
Lately nih byk lak news pasal yuna nih...bakal join gv 2023 ke??
Quote faraway1 8-5-2023 10:23 PM
Tanda Melayu sejati masih tumbuk sambal belacan hahhaha

Syukur ada yang dalam bekas apa nama dia sambal belacan tu, rajin beli sebab Best dan simple tak perlu buat sendiri
Quote dudaberhias 8-5-2023 10:27 PM
tapi kari bukan masakan melayu...
leluhur yindu langkasuka pun tak buat masakan tu....

takdenya sheols lupa sheols punya asal usul... sah2 tengok rhoper sheols pun dah macam patung2 yang di jumpai di candi lembah bujang tu...

kalau tidak motipppp sheols nak buat lagu2 melayu... baik buat lagu omputeh jah...

kalau bab tweet2 tu yer la retis2 malaysia semua keje tweet dalam bahasa omputeh sesambil fefeeling bangsar bubble walaupun audience memang semua totok2 dan berbahasa nusantara... yang berbahasa mat salleh tengok tweet theyols pun dari parit buntar dan parit jereteh... bukan dari paris....

Quote dua_chzy 8-5-2023 10:44 PM
Cantik la style Yuna pakai baju raya tu.
Quote kalchi 8-5-2023 11:29 PM
Bukan lupa diri, dia mmg moden mcmtu. Parents pun yg terpelajar, org senang. I tgk dia mmg ngam lah dgn family Adam tu psl sekufu dr semua segi.
Quote awexgaban7 10-5-2023 12:33 PM
biras BCL tak jd role model ka as mom.. hehe tanya jerrrrr

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.042363 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top