Tindakan Ariq Matin mengutip makanan adik bongsunya, Ayash Affan yang jatuh di bawah meja mengundang perhatian warga maya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sayu dan bangga terhadap Allahyarhamah Siti Sarah kerana memberi didikan terbaik buat anak-anaknya dengan pelawak sensasi Shuib.
Ramai juga mengimbau video di mana Siti Sarah mengajar anaknya, Matin untuk mengutip makanan semula sekiranya bersepah. Tindakan spontan Matin itu meraih pujian ramai seraya mendoakan anak kecil berusia 8 tahun ini membesar menjadi anak soleh yang menyenangkan ramai orang. SUmber: Xtra
|
ADVERTISEMENT