CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ada Dia Upload Gambar Anak?"-Lufya Omar Dakwa Che Hafiz Dah Block Nombor Anak Sendiri, Tak Boleh Berkomunikasi

8-5-2023 05:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5727| Komen: 57

Lufya Omar, mendedahkan bekas suaminya Dr Che Hafiz menyekat nombor telefon anak mereka sehingga sukar untuk berkomunikasi.

Lufya mengeluh berkata dia tidak ingin membesarkan isu yang sedia ada dan hanya mahu menyelesaikannya di mahkamah.


Foto: IG

"Boleh tak saya tak nak komen? Sebab orang dah faham kenapa Lufya kena naik turun mahkamah kan? Jadi saya rasa orang dekat luar pun dah faham. Saya pun tak nak buka cerita kepada umum melainkan nak selesaikan segala-galanya dekat mahkamah kerana lebih baik,"katanya menerusi temu bual Melodi.

"Apa yang boleh saya cakap ialah, tidak ada apa-apa kebaikan yang berlaku selepas itu. Maksudnya dari segi apa yang netizen nampak di luar sana adalah hanya macam… mungkin orang sudah faham.



"Telefon anak saya pun telah disekat jadi macam mana nak berkomunikasi? Ada dia upload gambar anak?"

Tambahnya segala tindakan yang diambil olehnya adalah untuk menuntut hak terutama untuk anaknya dengan menggunakan saluran yang betul.


"Kadang-kadang orang tak faham, bukan saya sengaja nak besar-besarkan sesuatu perkara. Orang tanya kenapa dah empat tahun baru nak tuntut itu, tuntut ini sebenarnya prosesnya makan masa yang panjang dan banyak sebab.

"Bila kami difitnah dan gunakan nama-nama kami, itu yang tak sedap tu. Bila ada kenyataan-kenyataan yang tidak sedap didengar dan negatif kepada saya dan juga anak, itu yang menyebabkan saya perlu buat sesuatu. Tapi kita jangan guna media sosial, kita gunakan cara yang betul."

Tuntutan mutaah RM1 juta yang dibuat sebelum ini adalah semata-mata untuk maruahnya dan perancangan masa depan anak tunggalnya.



"Harapan saya yang pertama adalah saya dapat tebus maruah saya sebenarnya. Maruah lebih penting dari segalanya.

"Kalau orang tanya kenapa saya mintak RM 1 juta, itu sebenarnya bukan nilai saya, nilai saya lebih daripada itu. Cuma yang saya buat ini untuk maruah saya penghormatan saya dan juga sudah semestinya saya nak merancang masa depan saya dan anak."



Untuk rekod, Lufya berkahwin dengan Dr Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan Laana Haura yang berusia lima tahun. Namun bercerai pada pada 17 Jun 2020.


Bekas suaminya berkahwin buat kali kedua bersama pelakon Julia Farhana pada 14 Disember 2022. -CARI

Sumber:

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kawaiichicken 8-5-2023 07:15 PM
"Telefon anak saya pun telah disekat jadi macam mana nak berkomunikasi? Ada dia upload gambar anak?"
cikchiken nak tanya jee kat cik lufya
ada tak cik lufya marah2 ex guna no anak
Quote LelaMenchanai 8-5-2023 07:31 PM
What happened to her face? Macam too much cheek fillers. It’s making her look like Jigsaw!
Quote hzln 8-5-2023 07:38 PM
Dah nombor sendiri kena block sbb kuat merempan, guna la nombor org lain (dlm kes ni, anak punya)
Taktik lapuk ni, dr jaman alexander graham bell lagi dah guna
Quote syamzana 8-5-2023 07:44 PM
payah gak dpt bekas bini cenggini, ujung2 anak yg dpt bala. ayah pun jd malas nak berhubung.
Quote dudaberhias 8-5-2023 07:46 PM
Yer yer je tu, ko hengat kaka nak percaya cerita cikki rhoper pari pari kasta sudra macam kau.

Quote Labubabibu 8-5-2023 07:49 PM
Entah la kiah tapi aku tetap team julia..
Quote dudaberhias 8-5-2023 07:54 PM
LelaMenchanai replied at 8-5-2023 07:31 PM
What happened to her face? Macam too much cheek fillers. It’s making her look like Jigsaw!

ha'ah la kaka... dah macam jimmy neutron bertudung... nauzubillah min zalik...
macam hamster tamak dok kerumun dedak sumbat dalam mulut...

Quote SpyLeman 8-5-2023 08:12 PM
Kau ingat bangsa netijen bodoh piang nak buat rumusan kenapa nombor anak kau kena block dek si mantan suami???
Quote Moyangkucing 8-5-2023 08:33 PM
Comel jer anak Haura dan Maryam menari..
Quote likilu 8-5-2023 08:38 PM
Wife baru dia tak cantik sangat pun

Tu pun nak jeles? Belum lagi anak dapat mak tiri hot
Quote Manusiabesa 8-5-2023 08:38 PM
Dh dia tu negatif person. Org skliling dia rasa boring dgn dia. Bitter semcam. Mmg aura negatif. Org mls nk deal, block jela sng kikikiki. Jenis ckp perli2 sindir2 sape la x annoyed
Quote Ahriman 8-5-2023 08:55 PM
dudaberhias replied at 8-5-2023 07:46 PM
Yer yer je tu, ko hengat kaka nak percaya cerita cikki rhoper pari pari kasta sudra macam kau.

{:8_ ...

Pari-pari ape kakadud?
Quote dudaberhias 8-5-2023 09:00 PM

Kaka cuba tambah huruf A lepas pari tu...


Quote Ahriman 8-5-2023 09:03 PM
dudaberhias replied at 8-5-2023 09:00 PM
Kaka cuba tambah huruf A lepas pari tu...

Ya Allah kaka
Quote Olumis 8-5-2023 09:20 PM
Dalam gambar nampak lawa... dalam video tu nampak hmmmmmmmm
Quote babycc 8-5-2023 09:25 PM
Dia ni kalau kat fb byk oenjilat.. semua komen seolah2 mcm julia tu rampas laki dia.. pdhal mmg dr dulu perngai hazab pon..
Quote ashilalat 8-5-2023 09:53 PM
Aku mcm mana pon tetap rasa minah ni saiko, terutama selepas insiden anak kena culik, pastu senyap gitu je. Kau sebenarnya bitter laki ko dapat bini baru, sbb ko masih sayang laki kau. So kau guna anak kau utk buat laki ko serba salah. Tapi tetap x berjaya, maka tuntutan mutaah la jawapannya. Teruk betol perangai. Masa julia nak salam dia kat mahkamah yg dia buat kekwat tu, aku rasa lagi kuat bersangka buruk pada tiak lecak.
Quote anilanil 8-5-2023 10:03 PM
Cari la bapak baru...
Quote naina 8-5-2023 10:12 PM
Mengarut perempuan ni. Senang betol hidup. Baru berapa tahun kawen dah hadap mutaah jutaan. Lepastu nak rancang masa depan. Nak tebus maruah bagai. Gunalah kudrat ko sendiri. Bersyukur jelah bapak budak bagi nafkah yg aku rasa lebih dari cukup. Tengokkan citarasa dan perangai dia ni sejenis tak cukup dan ego.

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.066444 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top