CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mak Siapa Ni? Makcik Tua Tudung Labuh Banyak Kali Kantoi Curi Beg Tangan, Marah-Marah Staf Butik

8-5-2023 05:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2734| Komen: 22

Tular video di laman sosial, memaparkan seorang wanita yang didakwa bertindak licik dengan mencuri beg tangan di outlet barangan berjenama di sebuah pusat beli-belah.

"Untuk semua retail shop, berhati-hati dengan wanita ini kalau nampak dia lalu depan kedai korang. Her outfit memang macam ni bawa bag merah.


"Semalam dia curi bag. Tua tak tua, kau kurang ajar dengan aku, aku kurang ajar dengan kau," kongsi seorang individu di Twitter.

Foto: Twitter

Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan seorang wanita dalam lingkungan usia 40an dan mengenakan pelitup muka serta bertudung labuh rona biru muda sedang 'naik angin' dan memarahi dua petugas outlet berkenaan.

Dia yang membawa bersama troli pasar raya ke dalam outlet tersebut dilihat cuba mempertahankan diri selepas perbuatannya terkantoi.

"Anda punya attitude (sikap). Kamu siapa di kedai ini?" demikian antara butiran percakapannya di dalam video tersebut.


Dua kakitangan outlet berkenaan dilihat tenang ketika mengendalikan situasi berkenaan tanpa berlaku insiden kekerasan.



Bagaimanapun menurut individu yang menularkan video tersebut dan dipercayai merupakan antara kakitangan outlet itu, wanita berkenaan akhirnya membayar harga bagi item yang didakwa dicurinya itu.

"Dia bayar that item tapi bag tu kitorang tak boleh bagi sebab ni dah kes mencuri," tulisnya.

Dia turut mendakwa wanita tersebut pernah melakukan modus operandi yang sama di dua pusat beli belah-terkenal di sekitar Damansara.

"She is an expert thief actually. Dah empat kedai dia curi under my company. Tak tahu la company lain berapa banyak.

"Kedai lain pun hantar footage yang sama dia mencuri. End-up dia bayar balik barang yang hilang tu but still defensive.

"Please viralkan sebelum retail shop yang lain terkena juga," kongsinya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram dengan sikap wanita berkenaan yang licik untuk mengelakkan dirinya ditangkap.

"Kira dia pencuri agak profesional juga. Inilah akibat cara nak hidup senang. Akhirnya kena tangkap juga. Serve you right!

"Dia cakap pasal attitude? Hello, mencuri tu bagus sangat ke perangainya?

"Memang ada yang macam ni. Cover bertudung padahal kaki rembat barang," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 8-5-2023 05:22 PM
alamak acik, Charles and Keith pun kantoi ke..camne nak upgrade ke YSL ke LV
Quote krustykrab 8-5-2023 06:10 PM
Dh kalau byo kali kantoi...tk report polis ke..elok je jalan sana sini buat keje
Quote alieyrina 8-5-2023 06:31 PM
Habit la tu. Take now pay later ka mcm mana. Kakak sapa la ni..
Quote Perawankota 8-5-2023 06:40 PM
Kata 40an tapi kenapa nmpk mcm lagi tua je
Quote liyamariska 8-5-2023 06:45 PM
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...

tak paham dgn sesetgh manusia sanggup mencuri walhal mampu membeli...
Quote emera 8-5-2023 07:13 PM
Mcm acik2 50an ke 60an je. Mak sapa laa ni.
Quote midori888 8-5-2023 07:24 PM
Perawankota replied at 8-5-2023 06:40 PM
Kata 40an tapi kenapa nmpk mcm lagi tua je

She looks 60s to me....
Quote intan244 8-5-2023 08:42 PM
zaman sekarang ni pencurik, penghutang, penyondol semua play victim konon2x dia yg tersakiti adoiiii.
Quote Themilo 9-5-2023 07:34 AM
kalau weols, memang takkan suruh dia bayar, tapi hand over kepada polis jaaa. biar padab muka dia.
Quote TOPwind 9-5-2023 07:39 AM
Perawankota replied at 8-5-2023 06:40 PM
Kata 40an tapi kenapa nmpk mcm lagi tua je

40HAN TU MULA MUNCIRIK , NOW MAYBE DAH 60 ++
Quote pinkpunk 9-5-2023 07:46 AM
aik, even dah bayar pun, still xdpt barang ke?
Quote sangbara2020 9-5-2023 08:28 AM
mak aiii...ketagihan ke ni
Quote shamsadis 9-5-2023 08:29 AM
kenapa tak kena tangkap? sebab dia cina menyamar pakai tudung?
Quote Firenzza 9-5-2023 08:33 AM
Byk kedai dia curi....nk bukak butik sendiri ke. Bdw tgok raut wajah mcm 60an
Quote bulan_gerhana 9-5-2023 08:39 AM
shamsadis replied at 9-5-2023 08:29 AM
kenapa tak kena tangkap? sebab dia cina menyamar pakai tudung?

mana tau dia chinese?? tudung hanya utk mengaburi MO dia je ke?
Quote rosa_canina 9-5-2023 08:44 AM
dah kantoi ada duit plk byr ye..
dah tu awatle mencuri ??? beli je la  
Quote kam3n 9-5-2023 08:47 AM
Ini orang yang sama atau anak beranak perempuan yang lempang budak cina dalam train hari tu ke?
Quote FOTHER-MUCKER 9-5-2023 08:51 AM
Kemas dia pakai mask
Quote supernaturalee 9-5-2023 08:55 AM
kena kaunseling je ni
maybe dh jadi habit
adrenaline rush tu maybe buatkan dia rasa teruja utk buat dan repeat again
nasib2 la
klu kantoi ade je duit nk bayar,
klu lepas, yabedabedooo la jwbnya

pastu repeat lagi
too bad this time kantoi dh viral 1 msia

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.044291 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top