CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Ketakutan Nampak 3 Lelaki Berparang Cuba Masuk Rumah, Tak Berjaya Sebab Tingkap Dapur Ada Pagar

8-5-2023 05:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1176| Komen: 5

Seorang wanita cemas rumah kediaman yang baru sahaja diduduki bersama keluarga cuba dipecah masuk tiga penjenayah ketika Syawal kedua.

Video yang dimuat naik di TikTok @Norasiahyusoff92 memaparkan tiga lelaki bersenjatakan parang cuba memecah masuk rumahnya melalui pintu belakang, tetapi tidak berjaya.


“Dugaan raya kedua, ada orang nak cuba masuk ke dalam rumah malam itu.

“Tiga orang datang senjatakan parang, masuk melalui pintu dapur, tetapi semasa cubaan masuk melalui tingkap dapur, mereka tidak berjaya kerana ada pagar,” katanya.




Video itu juga memperlihatkan penyamun-penyamun itu berlegar-legar di sekitar garaj dan sekitar rumah.

“Sampai sekarang kami trauma takut sebab tengok rakaman televisyen litar tertutup (CCTV). Nasib baik sempat pasang CCTV sebelum duduk di sini. Penggera sahaja tidak sempat pasang,” katanya.


Tambahnya, dia berasa sangat bersyukur tidak berlaku apa-apa.

“Alhamdulillah, mereka tidak berjaya masuk ke rumah. Allah masih melindungi kami sekeluarga,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai turut berasa risau dengan kejadian tersebut.


“Pasang ‘alarm auto detect’ (penggera pengesan automatik) tu, memang menggelupur dia cuak,” cadang Siti NurFatihah.

“ Ya Allah takutnya, manusia kalau terdesak bukan sahaja menyamun, membunuh pun boleh. Semoga akak sekeluarga sentiasa di bawah lindunganNya,” kata Nur Asmida Karim.

“Rumah baharu memang dituju pencuri, berhati-hati ya. Saya pernah kena, mereka kopak pagar. Syukur cincin sahaja yang hilang pada masa itu. Duit pula memang tidak disimpan di dalam rumah,” komen Mamadilkualakedah. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DayangKirana 8-5-2023 05:18 PM
dari view nampak macam rumah tengah under renovation..
dalam kesempitan mcm ni, ade pulak yang amik kesempatan..mujur takde apa2.
Quote pekanwoohoo 8-5-2023 05:25 PM
Nanti adalah yang bangang nak salahkan ekonomi dunia, KWSP tak boleh bawak keluar lah apa lah.
Quote gigahertz 8-5-2023 08:40 PM
alarm kereta kan ada. boleh tekan .
Quote kemaruk 8-5-2023 08:58 PM
"Video itu juga memperlihatkan penyamun-penyamun itu berlegar-legar di sekitar faraj dan sekitar rumah."

Mohon tt edit typo kat situ

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.080232 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top