Peguam terkemuka, Datuk Hisyam Teh Poh Teik akan mengetuai pasukan pembelaan dalam rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja Sindrom Down Bella.
Perkara itu dimaklumkan peguam, Nur A’minahtul Mardiah Md. Nor ketika pengurusan prosiding permohonan rayuan penangguhan sabitan dan hukuman penjara di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache. “Saya dan seorang lagi peguam, iaitu Mohammad Farhan Maaruf akan bekerjasama dengan Datuk Hisyam dalam rayuan itu kelak,” katanya. Untuk rekod, Hisyam merupakan peguam dalam rayuan akhir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. Selain kes rayuan Najib, Hisyam juga merupakan peguam bela bagi kes seorang wanita Sam Ke Ting dalam kes lajak basikal yang menyebabkan kematian lapan remaja.
Pada 3 Mei lalu, Siti Bainun dijatuhi hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan yang disabitkan ke atasnya. Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan Siti Bainun, 31, gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan dua pertuduhan tersebut. Pada masa sama mahkamah turut menolak permohonan Siti Bainun untuk menangguhkan hukuman penjara 12 tahun yang dijatuhkan ke atasnya sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi. Berikutan itu, Siti Bainun menjalani hukuman penjara serta-merta di Penjara Kajang bermula tarikh disabitkan dengan kesalahan. Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari hingga Jun 2021. Justeru pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Bagi pertuduhan pertama Siti Bainun dipenjara selama 10 tahun manakala bagi pertuduhan kedua tertuduh dipenjara selama 12 tahun dan hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh sabitan hari ini. Selain itu, mahkamah turut memerintahkan tertuduh menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan cagaran sebanyak RM5,000 sebagai tambahan hukuman. -CARI Sumber: Kosmo
|
Buritan replied at 8-5-2023 09:10 AM
Aku baca side si asiah Abdul jalil mcm sibenun ni kena game dgn bebudak yg tggl di rumah bonda tuu j ...
dua_chzy replied at 8-5-2023 09:07 PM
Memang begitu la peel manusia2 yang dok rumah kebajikan. Memang pening kepala nak handle sebab mas ...
Buritan replied at 8-5-2023 09:56 PM
Mmg benun pukul bella ke ekk.. aku cuma riso depa ni manipulate cite kata benun pukul bella.. aku ...
mamarilia replied at 8-5-2023 10:10 PM
aku baca dua2 pihak .. macam ada yg tak kena ...
MissYouSayang replied at 8-5-2023 10:18 PM
Amer bekas pa tun m pun ada ckp selama dia berurusan dgn si benon ni mmg baik orgnya. Dia pon x s ...
Buritan replied at 8-5-2023 01:56 PM
Mmg benun pukul bella ke ekk.. aku cuma riso depa ni manipulate cite kata benun pukul bella.. aku ...
Buritan replied at 8-5-2023 10:25 PM
Entahlaa.. aku cuma rasa kita satu mesia ni kena game dgn bdk di rumah bonda tuu.. depa manipulate ...
Buritan replied at 8-5-2023 05:10 PM
Aku baca side si asiah Abdul jalil mcm sibenun ni kena game dgn bebudak yg tggl di rumah bonda tuu j ...
Buritan replied at 8-5-2023 10:25 PM
Entahlaa.. aku cuma rasa kita satu mesia ni kena game dgn bdk di rumah bonda tuu.. depa manipulate ...
MissYouSayang replied at 8-5-2023 02:28 PM
Tp si siah tu bkn betul sgt pon . Blh plak dia ckp jibby tu xsalah walhal terang benderang terbuk ...
dua_chzy replied at 8-5-2023 10:27 PM
Ai belum baca cerita pihak Benun. Mungkin uols yang dah baca boleh tepek link huntok weols sama2 b ...
makadek replied at 8-5-2023 10:34 PM
Pandai siah manipulate post sampai korang terkesan, aku folow dr awl.. Mmg ade nitezen saksi mta b ...
makadek replied at 8-5-2023 10:32 PM
Budak2 tk empuk mana dia nk try dia try baca balik 2 2 post siah koyak teruk nampak tk pro langsun ...
MissYouSayang replied at 8-5-2023 10:28 PM
Tp si siah tu bkn betul sgt pon . Blh plak dia ckp jibby tu xsalah walhal terang benderang terbuk ...
ADVERTISEMENT