Nabila Huda setiap hari berkongsi fotonya di Instagram, memakai baju kebaya ketika berada di New York. Fesyen dan gaya rambut yang dikenakan oleh Nabila itu sendiri memukau dan menjadi tumpuan netizen.
“Terpaling cun, vogue and glam lah Abil ni. Dahlah kita suka tengok kebaya berwarna hitam cun ni. Love sangat. “Memang letup sangat. Hari-hari tengok Abil pakai macamni memang cun sangat,” komen netizen.
Ada juga netizen yang mengharapkan agar Nabila memakai kebaya sambil berjalan-jalan di kota New York untuk melihat reaksi penduduk di sana. “Dah boleh buat content berkebaya di tengah kota New York.
“Abil cuba kongsi video pakai baju kebaya ni masa kat bandar New York nak tengok reaksi orang-orang kat sana,” tulis warganet.
Difahamkan Nabila akan berterusan sehingga dia selesai membuat pengambaran di sana.
Terdahulu, Nabila pernah memuat naik gambar koleksi baju kebaya yang akan digayakan sepanjang berada di New York untuk pengambaran sebuah program masakan. -CARI Sumber: XTRA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|