Tular sebuah video memaparkan Uqasha Senrose merajuk dengan Kamal Adli ketika mempromosikan lipstick. Kamal secara tidak sengaja menyarankan kaum lelaki membelikan produk kosmetik yang diusahakan oleh isterinya itu untuk skandal.
“Untuk yang lelaki tu, bukan untuk korang pakai, jangan buat hal okay. Belilah untuk mak, kakak, adik perempuan, girlfriend, isteri, skandal. Beli je sebab dia akan auto sayang dan happy." Terkejut dengan cara suaminya mempromosikan produknya, Uqasha terus menegur Kamal dengan lembut kerana tidak mahu menimbulkan sebarang isu. “Jangan mengada-ngada eh. Awak nak ada skandal lain ke? Kenapa cakap belikan benda ni untuk skandal? Kenapa awak macam mengiyakan meyakinkan orang untuk ada skandal? Awak macam menggalakkan orang beli untuk skandal. Mana boleh,” kata Uqasha.
Menyedari perkara isterinya merajuk, Kamal terus mempamerkan gelagat Uqasha merajuk dan memujuknya dengan tenang. “Tak adalah. Tak kisah sayang, yang penting ada sale. Saya menggalakkan dorang tapi bukan diri saya. Kenapa sayang kata tak boleh kalau orang-orang kat luar ada yang gatal-gatal? “Tengok tu orang merajuk. Korang pernah tak tengok kucing merajuk tak dapat makan?,” katanya.
|
ADVERTISEMENT