Penampilan penyanyi Aina Abdul sering kali mencuri tumpuan ramai. Dia yang menjadi juri tetap program realiti Big Stage 5, pada malam tadi, menggayakan persalinan serba merah yang menyerupai kelopak bunga hasil rekaan pereka terkenal, Khuntum.
Melihat ruangan komen, busananya itu mendapat pujian ramai walaupun ada yang berseloroh mengenainya kerana menghalang pemandangan orang di belakangnya. “Loveee. Tapi kesian orang belakang tu okay ke tu hehehe. “Stunning, But huaaa kesian abang belakang tu. “Wow besar kolar baju tu. She is Aina Abdul. Orang lain pakai tak sesuai," antara komen netizen.
Sumber: Murai
|
ADVERTISEMENT