Tular kisah dikongsi seorang lelaki mengenai jirannya yang membela kucing tetapi culas pada aspek tertentu. Melalui satu ciapan di Twitter, lelaki tersebut meluahkan rasa kecewa kerana rumahnya sering menjadi tempat melepaskan hajat buat kucing jirannya.
Dalam ciapan itu, lelaki tersebut menyertakan tangkap layar perbualan di WhatsApp menunjukkan mesej peringatan diberikan kepada tuan empunya kucing. Walaupun mungkin berang, lelaki itu bagaimanapun tidak tergamak untuk mengambil tindakan drastik dan masih cuba mengatur solusi yang rasional. Menurutnya, haiwan tersebut sedang bunting dan dia tidak tergamak untuk memarahinya, namun berkata akan memandulkan kucing berkenaan selepas beranak kelak. "Nak marah bukan dia faham, dia tahu nak berak je. Lagipun dia pregnant, itu yang kesian pula nak buang merata. "Lepas dia dah bersalin nanti aku nak hantar pergi mandulkan," kata lelaki itu. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berasa kagum kerana lelaki itu tidak mudah melenting dengan keadaan tersebut dan memilih untuk berbuat baik. Sumber: mStar
|
airmineral replied at 8-5-2023 04:09 PM
mcmn tpt berak kucing yg dia sediakan tu? reti kucing tu berak kat situ?
baik ko je la adopt kucing ...
pokokmeranti replied at 8-5-2023 04:43 PM
aku nie dah berapa kali kucing datang rumah. dari yg beranak dalam rumah. berak dalam rumah. kadang2 ...
ADVERTISEMENT