Riyadh: Angkasawan wanita pertama Arab Saudi akan berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 21 Mei ini, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik agensi angkasa lepas Amerika Syarikat, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) Nasa.
Rayyanah Barnawi, seorang penyelidik kanser payudara, bersama angkasawan lelaki Ali AlQarni, akan menjadi sebahagian daripada misi Axiom Space 2, yang akan dilancarkan pada 5.37 petang (waktu EDT) pada 21 Mei, kata NASA. Misi 10 hari itu dirancang untuk berlepas dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida pada 8 Mei, sebelum pelancarannya dijadualkan semula pada 21 Mei oleh Nasa dan Axiom Space. Dua angkasawan Arab Saudi itu dijangka menyertai angkasawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan Al Neyadi yang sedang dalam misi selama enam bulan di ISS.
Angkasawan Peggy Whiston dan perintis perniagaan serta juruterbang John Shoffner juga akan menjadi sebahagian daripada misi Axiom Space 2. Sumber: Harian Metro |
shi_jewel replied at 8-5-2023 03:05 PM
bestnya...at least dpt menjauhkan diri dari manusia toksik di bumi. malaysia tak nak hantar lagi dah ...
JunkMail replied at 8-5-2023 03:08 PM
Angkasawan pertama tu pun result kajian sampai ke sudah tak tau..
shi_jewel replied at 8-5-2023 03:05 PM
bestnya...at least dpt menjauhkan diri dari manusia toksik di bumi. malaysia tak nak hantar lagi dah ...
AbukRokok replied at 8-5-2023 03:28 PM
Kan dah antar syeik muszafar dlu
JunkMail replied at 8-5-2023 03:08 PM
Angkasawan pertama tu pun result kajian sampai ke sudah tak tau..
shi_jewel replied at 8-5-2023 03:41 PM
ala...kali ni mohon bang non anta astronot pmpn plak...
ADVERTISEMENT