Berjimat cermat, simpan duit hasil kerja keras selama 10 tahun membuatkan Nabila Razali akhirnya berjaya memilik kediaman impian yang secara keseluruhan bernilai jutaan ringgit. "Syukur segala urusan dipermudahkan. Sebenarnya saya fikir mungkin lama lagi akan dapat beli rumah sendiri tetapi tak sangka berjaya memilikinya sekarang.
"Alhamdulillah berkata menyimpan dan cermat hasil bergelar anak seni, hasilnya dapat membeli rumah. Saya banyak menahan nafsu berbelanja ke arah perkara lain supaya dapat mengumpul wang," katanya kepada mStar. Katanya dia sendiri menyumbang pelbagai idea untuk projek ubai suai kediaman teres berkembar yang terletak di Rawang, Selangor itu. Kata Nabila, ilmu dalam bidang seni bina yang dipelajarinya ketika menuntut di universiti dahulu kini dapat digunakan untuk rumahnya sendiri. "Berguna juga ilmu yang saya belajar sebelum ini... semua konsep dalam rumah ini adalah impian saya dengan kerjasama pereka dalaman yang merialisasikan idea saya mahukan.
"Untuk proses ubah suai saya tidaklah berbelanja terlalu besar sebaliknya saya utamakan apa yang orang nampak dahulu seperti ruang tamu dan ruang makan," jelasnya.
|
nuralisa replied at 8-5-2023 11:47 AM
Ni smlmla ni dia buat open hse kat rumah dia .. Eco apa tu kat Rawang.
belilies replied at 8-5-2023 10:06 AM
Guna ilmu yg tlh dipelajari dlm seni bina and still guna khidmat ID? Adoilah. Melantun lantun.
kucingitam replied at 8-5-2023 11:31 AM
rumah2 eco ni cantik2 belaka..
Kancilkering replied at 8-5-2023 11:50 AM
tahniah….suka pompuan kumpul
harta effort sendiri..janna nick daiyan….etc
x macam penyondol…gold ...
Kancilkering replied at 8-5-2023 11:50 AM
tahniah….suka pompuan kumpul
harta effort sendiri..janna nick daiyan….etc
x macam penyondol…gold ...
ADVERTISEMENT