CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Daud Kilau Dimasukkan Ke Hospital Selepas Mengadu Sesak Nafas

7-5-2023 09:22 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 963| Komen: 7|Original author: Tatod

Bagan Datuk: Penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) di sini sejak petang semalam selepas mengadu sesak nafas.

Menurut anaknya, Mohd. Zaini, keadaan bapanya kini stabil dan boleh bercakap namun mengadu kepenatan.


Keadaan M. Daud Kilau yang dirawat di Hospital Teluk Intan sejak petang semalam selepas mengadu sesak nafas. 

“Semalam, bapa mengadu sesak nafas lalu kami membawanya ke HTI dan dia dirawat di wad kecemasan pada kira-kira pukul 12 tengah hari. Pada pukul 5 petang, bapa dimasukkan ke wad biasa.

“Pemeriksaan oleh doktor mendapati bapa mengalami kencing manis tinggi gula, dia juga sesak nafas dan kini masih ditahan di wad.

“Keadaannya sekarang sudah stabil, boleh makan sedikit sedikit, dia juga sudah boleh bercakap cuma dia tak larat duduk lama, kerana akan rasa penat,” katanya kepada Utusan Malaysia.


Pada September lalu, Daud Kilau dimasukkan ke hospital sama selepas mengadu sesak nafas.


Penyanyi berusia 85 tahun itu mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu selepas disahkan menghidap kencing manis selain sakit pinggang dan jantung tidak stabil.

Ini menyebabkannya mengambil keputusan tidak lagi membuat persembahan pentas dan beliau lebih banyak berbaring di rumah.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote drivethru 7-5-2023 10:52 PM
Sorry....aku ingat MDK ni dah lama meninggal. Rupa nye panjang umur lagi.
Quote doubleA 8-5-2023 12:24 AM
85 dah umur beliau, panjang umur ni, purata org meninggal umur 60an di malaysia
Quote talapia 8-5-2023 09:23 AM
drivethru replied at 7-5-2023 10:52 PM
Sorry....aku ingat MDK ni dah lama meninggal. Rupa nye panjang umur lagi.

ha'ahla.. aku ingatkan dah meninggal. Allahu.. panjang umur dia.. semoga diberikan kesembuhan
Quote lasagna 8-5-2023 09:43 AM
tua dah tuan haji ni.. moga dipermudahkan segalanya aminnn..
Quote matbad 8-5-2023 09:48 AM
Ingat lagi dia penah ceta yg dia ada berapa belas beradik ntah dia yg bongsu dan dia sorg ja yg masih hidup. Panjang sggh umr beliau. Semoga Allah permudahkan
Quote sumie 8-5-2023 10:29 AM
Semoga diberi kesembuhan.Amin
Quote stingergrumpy 8-5-2023 10:29 AM
Rest Well...Get well

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.041838 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top