CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Doakan Yang Baik-Baik Saja Hingga Majlis Perkahwinan Nanti'

7-5-2023 08:11 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2734| Komen: 20|Original author: Tatod

Kuala Lumpur: "Cukup doakan yang baik-baik saja sehingga majlis perkahwinan kami, Jun nanti. Semoga urusan kami dipermudahkan.Terima kasih semua," kata ringkas pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib, 39, kepada Harian Metro


Semalam, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad selamat melangsungkan pertunangan dengan wanita pilihan hati juga usahawan jelita, Watie Hanifiah, 35.


Terdahulu, pada Aidilfitri baru-baru ini, Shuib membawa bakal isterinya itu bertemu keluarga buat kali pertama sebagaimana janjinya.

Ia berikutan pada Ramadan lalu, Shuib berkongsi akan beraya dengan Watie sekali gus memperkenalkannya kepada ahli keluarga masing-masing

Menerusi hantaran gambar di Instagram ketika itu, Shuib menulis kapsyen, 'Bismillah... Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023'. Mereka tampil menggayakan busana sedondon berwarna 'peach' yang menggambarkan sebuah keluarga bahagia.


Dalam gambar itu, Watie juga dilihat tidak kekok mendukung anak bongsu Shuib, Ayash Affan, 2, begitu juga wajah tiga lagi cahaya matanya iaitu Uwais Alqarni, 11; Dzahira Talita Zahra, 9; dan Ariq Matin, 7, tergambar gembira.


Sementara itu, pada majlis pertunangan mereka yang berlangsung di kediaman keluarga Watie, pihak Shuib difahamkan membawa tiga dulang hantaran berupa manisan, kasut dan sirih junjung.

Manakala pihak Watie pula membalas dengan lima dulang hantaran termasuk manisan, sampin, buah-buahan, sirih junjung dan kasut.

Pasangan ini dijangka melangsungkan majlis pernikahan pada 23 Jun nanti.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote takkizawa 7-5-2023 09:46 PM
Halah halah halah…
Quote teen_angelJB 7-5-2023 09:49 PM

Bermula thread merapu mamat ni smpai kawin
Quote Hoola 7-5-2023 09:50 PM
Edited by Hoola at 7-5-2023 09:52 PM

amboi seronok sungguhya perantin llaki
laju keras ya duda2
sedih2 hr tu bt live pum laju je ya nk kwin lg

kami yg mnjnda laki dicaras puluh thn pum blum laris
tetap bdikari till now
#xadil
Quote dudaberhias 7-5-2023 09:54 PM
Doa lah sendiri! Dah la tak herlok. Kosser plak nak aku doakan.

Kaka hanya doakan untuk yang herlok2 je yach. Yang tak herlok aku sumpahkan sampai 7 keturunan sambil fefeeling ada power macam mahsuri.

Quote gideoncross 7-5-2023 10:31 PM
Duda ngan janda skrg mmg hot market, yg single plak x hot market, org x pandang sngt.
Quote nolya 8-5-2023 10:52 AM
Hoola:    Edited by Hoola at 7-5-2023 09:52 PM  amboi seronok sungguhya perantin llakilaju keras ya duda2 sedih2 hr tu bt live pum laju je ya nk kwin lgkami y ...


Iri ke..... Orang nak bina masjid ni berikan doa semoga jadi. Rezeki dn jodoh orang sudah ditentukan Ilahi, sementara jodoh dn rezeki orang lain, mungkin dlm perancangan Allah swt.  Jgn putus asa dn doakanlah untuk diri sendiri semoga Allah akan limpahkan sama satu hari  nanti.

Kpd Shuib, tahniah kerana bertunang. Sbg lelaki dewasa Islam,  jagalah adab pertunangan spt yg disyariatkan.
Bertunang bukan bererti boleh jadi 'mcm isteri'. Sama2lah pingitkan diri, kurangkan cite2 sensasi shnga ke hari akad nanti.

Quote missyL 8-5-2023 11:17 AM
Doa la sendiri. Kuasa aku nk doa
Baik doakn family aku je
Done komen xde sapa tnye lol
Quote Nuyak 8-5-2023 11:20 AM
tak sampai 2 tahun pun da tak sabar nak kawin...tak ada ke org speku, ntah2 dia mmg da berhubung masa arwah masih ada lagi...almaklum dunia tipu2 selalu tunjuk gambar/video bahagia2 je..hakikat hidup berantakan jee...huhuhhu
Quote stingergrumpy 8-5-2023 11:24 AM
Aku masih tunggu @LadyCarefree masuk to lead the doa...
Quote laksmanabentan 8-5-2023 11:37 AM
da hilang da Bidadari segala tu...
sbb da jumpa bidadari baru gitu.....
Quote sojambu 8-5-2023 11:38 AM
gideoncross replied at 7-5-2023 10:31 PM
Duda ngan janda skrg mmg hot market, yg single plak x hot market, org x pandang sngt.

sheols janda kah?
Quote Aneem 8-5-2023 12:04 PM
Takde le cantik nau seperti yg digambarkan sebelum ni dalam ig atau tt watitek. Tu pun dapat title usahawan jelita. Puiii
Quote minahmanja 8-5-2023 01:17 PM
tolong lah pakai selipar gitu... pakai lah proper skit..
Quote KamikuP 8-5-2023 03:33 PM
Watitek tu pun scammer kah?
Quote Galgadot22 8-5-2023 03:39 PM
Muka acik watietek ni sgt lah basic. Tu pun lepas dah make up bagai. Kuat sangat pakai filter sampai x boleh nak cam
Quote stingergrumpy 8-5-2023 04:17 PM
Galgadot22 replied at 8-5-2023 03:39 PM
Muka acik watietek ni sgt lah basic. Tu pun lepas dah make up bagai. Kuat sangat pakai filter sampai ...

Manis Kpg.com macam pazzpizzpuzz pun setakat seketul je zuriat kheunz?

Apa ada pada raut kalo tak productive?

In short, Apa curlast missfake nasi lemak umbai compared to watetek cup C+?

Kahkahkahkahkah
Quote Prickford 8-5-2023 04:31 PM
Yelah Soeb, kami doakan yg terbaik. Kami doakan sebab perlunya kau berkahwin supaya anak2 dapat membesar dengan menerima kasih sayang seorang ibu. Hal kegatalan dan ketetekan deyols je buat netizen menyampah.
Quote hzln 8-5-2023 04:48 PM
Usahawan jelita...
Quote per706 8-5-2023 04:53 PM
Lantak ko la Ebbb,lekaih la,x yah dok pjg2 lgi.cemoih dengaq,ngalahkan teruna Dara plak nk nikah

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.047222 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top