CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jadual Seni Elly Mazlein Padat, Suami Tetap Tunggu Setiap Kali Pulang Lewat Malam

7-5-2023 07:57 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3649| Komen: 37|Original author: Tatod

Sejak kebelakangan ini jadual seni selebriti serba boleh Elly Mazlein cukup padat dengan pelbagai komitmen dan aktiviti seni sehingga adakalanya dia sendiri berasa penat.

Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 43, bagaimanapun berkata, demi kepercayaan diberikan kepadanya dia sanggup mengetepikan rasa penat demi melunaskan tanggungjawab diberikan kepadanya.



"Alhamdulillah ini semua adalah rezeki. Walaupun umur dah masuk 40-an, tapi masih diberi kepercayaan. Saya juga cuba penuhi permintaan peminat yang masih mahukan saya bekerja.

"Memang penat tapi saya puas apabila buat sesuatu dan diterima baik. Rasa penat akan hilang dengan sendirinya apabila orang suka dengan kerja kita," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Elly turut melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada suami, Mohamad Azlan Che Nuh, 33, yang sangat memahami dengan tugasnya sebagai seorang selebriti.


Apa membuatkan dia terharu, Mohamad Azlan tetap setia menunggu dia pulang ke rumah meskipun waktu sudah lewat malam.

"Alhamdulillah suami sangat memahami dan sentiasa memberi sokongan. Kalau saya balik lewat, suami akan tunggu.

"Pada saya komunikasi antara suami isteri sangat penting. Tak mahu simpan apa-apa perkara dalam hati. Apa sahaja kena cakap dengan pasangan.

"Itu yang kami amalkan dan Alhamdulillah salah faham atau rasa kurang senang dapat dielakkan," jelasnya.


Elly dan Azlan mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2020 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Haider Mateen yang kini berusia dua tahun.

Penyanyi lagu Sabarlah Hati ini juga mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan dengan pengarah Azmi Hatta iaitu Puteri Sara Sefhia, 8 tahun.

Sementara itu bercakap tentang kerjaya, Elly sekali lagi diberi kepercayaan sebagai pengacara untuk program Big Stage musim kelima (BS5) yang bakal memulakan siaran pada malam Ahad.

Sentiasa bijak dalam mengendali acara secara langsung, Elly juga enggan peminat bosan atau menyamakan penampilannya dengan program Gegar Vaganza sebelum ini.

“Di BS5 artisnya muda-muda, jadi ‘permainannya’ lain sikit. Saya tak boleh buat sama macam sebelum ini.

“Pihak produksi beri kepercayaan dan kebebasan kepada saya. Insya Allah saya akan melakukan yang terbaik,” jelasnya.

Gandingan pengacara BS5 bersama Elly akan diumumkan pada malam pertama konsert program tersebut.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kerani_je 8-5-2023 11:05 AM
Mau nye laki x tunggu,  dah bini lagi masyukk job lebat. Bleh la laki numpang senang. Laki sekadar cikgu gred DG41 busuk2 gaji 3.5k je termasuk elaun tetap. Mne mampu nk duduk rumah banglo semi D klau x harap ke payment bini jadi retis pengacara gedik terkinja2 atas pentas. Tmbahan pula rakyat mlysia yg mmg suka lawak bodoh sbb mudah terhibur. Masa ni la bini nk buat duit sblm umur 50. Laki hanye tunggu di atas kamar katil menunggu bini mencari wang bulanan membayar motor ducatti nye. Gittu
Quote kerani_je 8-5-2023 11:08 AM
Sudah terang lagi bersuluh kn payment kak lina lagi letop kan dari gaji cikgu gomen DG41 yg dibanggakn marhaen ituuu..Mamat kelantan ni dah bertuah sgt dpt berbini kn kak lina walaupun dah mcm kakak n adik rope nye. Tua2 pun xpe la janji bini payung rumah banglo, motor ducatti
Quote hyie 8-5-2023 12:10 PM
dah memang jodoh diorang, sis. Tak wujud pun isu laki tumpang duit bini etc semua tu, asalkan laki bini bersetuju. Hanya diorang je yang tahu, acik2 kepam why bother? bagi meols dia win-win la. Nanti laki dia pon ada duit pencen. Jadi artis belum tentu akan laku sampai tua kerepot nyeh. Dah kertu tak semestinya akan dapat payment lebat macam sekarang. Rezeki memasing. Agichew meols bekap kak lina pompom
Quote LadyCarefree 8-5-2023 12:49 PM
hyie replied at 8-5-2023 11:10 AM
dah memang jodoh diorang, sis. Tak wujud pun isu laki tumpang duit bini etc semua tu, asalkan laki b ...

iols pun rasa pasangan ni win-win.
Quote MeowPARSI 8-5-2023 01:13 PM
hyie replied at 8-5-2023 12:10 PM
dah memang jodoh diorang, sis. Tak wujud pun isu laki tumpang duit bini etc semua tu, asalkan laki b ...

agree,, kdg kdg rezeki Allah beri melalui isteri..
Redho suami nya... Si isteri dpt rezeki luar biasa..

Happy jugak tgk diaorg bdua ni.. Compliment each other.. Br rasa bahagia... Ikutkan rakyat marhain ada je yg kene tindas dgn laki.. Bini susah payah niaga online etc
Quote TomyamPuteh 8-5-2023 01:50 PM
Tunggu lubuk duit balik ye banggggg?
Quote KamikuP 8-5-2023 03:36 PM
Ok je kapel ni meolls beri restu moga bahagia hingga ke Jannah. Lakinya pun walau sskjp tapi dia jaga kak lina dan anak baik belaka khuenzz... yg mcm cacingf kepanasana tengok kak lina dan lakinya yg helok tu mesti acik2 kepam gundu bak benon
Quote vanillaninja 8-5-2023 03:57 PM
Lah. Acik Elly pun tak complain kenapa orang lain pulak yang nak rengsa
Quote Safirania 8-5-2023 04:03 PM
Suka tengok pasangan ni. Elly pon nampak lemah lembut je dengan husband dia. Tapi betul ke gaji cikgu dg41 rm3.5k je?
Quote ghalibboy 8-5-2023 05:44 PM
Safirania replied at 8-5-2023 04:03 PM
Suka tengok pasangan ni. Elly pon nampak lemah lembut je dengan husband dia. Tapi betul ke gaji cikg ...

Kalau sudah umur 33 tahun mungkin dah dg 44 kut. Ikut berapa tahun service.
RM 3.5 k tu kalau baru kerja kut ( basic pay plus allowances).
Muda lagi suami Elly ni, rasanya bila bersara mungkin boleh dapat dg 52 n 54.
Yes win win situation. Sekiranya elly berhenti kerja pun, at least suami ada income tetap
Quote wirazam 8-5-2023 09:46 PM
kerani_je replied at 8-5-2023 11:08 AM
Sudah terang lagi bersuluh kn payment kak lina lagi letop kan dari gaji cikgu gomen DG41 yg dibangga ...

Wow..dia pakai motor Ducati ke??
Quote dudaberhias 8-5-2023 09:50 PM
mestilah kena tunggu... dah tu nak henyak fukis sape lagi... lain la kat rumah tu ada patung life size atau skandal... kalau ada mestilah kak pom pom dah menonggeng kehausan...

lagipun kak kepom mengacara best... biar lah dia balik lambat... asalkan bukan hantu gigi yang gigih terpampang depan TV

Quote krustykrab 8-5-2023 09:53 PM
Untung dia dpt lako staf gomen..at least dh tua nnt ada gak la pencen
Quote kerani_je 8-5-2023 10:18 PM
Laki die bkn berderet ke adik beradik kat kelantan tu kecik lg yg masih sekolah pun ada. Berbelas adik beradik x silap. Harap kn gaji cikgu mne mampu nk tanggung family kat kg tu. Kak lina jgk kot tolong2 sikit kerja keras cari rezeki utk family laki. Kite ni klu umur dah 40+ klu bleh x mau dah kerja keras balik lewat mlm. Rmh dah ada,  kereta dah ada,  anak pun dah ada,  lebih baik duk rmh fokus pd anak2 nk membesar. Tp kesian tgk kak lina terpaksa teruk berkerja pd usia senja ni. Terkinja2 lg atas pentas,  bju ketat tang dada. Dosa laki tolak tepi,  asal bini payung nafkah baik punye.
Quote jiwakacau06 8-5-2023 10:26 PM
i hrp rmh tgga kak lina bahagia selama nya...
cntoh bcl - Ashraf Sinclair dulu...job bcl xbrhnti mcm asraf tu jobless...pdhal lebat ja bisnes dia...
Quote timah03 8-5-2023 10:32 PM
kerani_je replied at 8-5-2023 11:05 AM
Mau nye laki x tunggu,  dah bini lagi masyukk job lebat. Bleh la laki numpang senang. Laki sekadar c ...

Motor tu kak Lina beli cash kan...
Quote tulip-rain 8-5-2023 10:35 PM
Semoga yg baik2 sahaja utk kak lina dan suami.
Quote harisbee 8-5-2023 11:51 PM
Dah napa sebok dgn laki k kina cikgu adik beradik ramai...guna duit acik2 forem ke? K lina pun masa kawin dah tau laki dia cikgu adik beradik ramai..so?
Quote annadonna 9-5-2023 12:12 AM
Rengsa forumer pendengki mesti laki korang biawak kan. DG41 pun laki tak biawak dan kerjanya membina anak bangsa ya. Bukan laki korang yg membiawak kangkang atas katil. Lepas main mintak duit.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.059888 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top