CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mael Infak Lot Tanah Tahfiz Dan Masjid, Pekerti Baik Vokalis Xpdc Dikongsi Ustaz Syazwan

7-5-2023 06:49 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1822| Komen: 12|Original author: Tatod

Walaupun sudah 'pergi' menghadap Illahi pada 27 April lalu namun sehingga kini, satu persatu kebaikan Allahyarham Mael diceritakan oleh para sahabatnya.

Ramai pihak menyifatkan Allahyarham Mael atau Syed Ismail Syed Ibrahim, 55, seorang yang menghormati orang lain, lemah lembut sikapnya selain suka bersedekah kepada golongan kurang berkemampuan.


Salah seorang sahabat baiknya, pendakwah bebas Syazwan Jaafar menerusi ceramah di Surau Menara TM pada 2 Mei lalu mendedahkan Mael pernah menginfak dua buah lot tanah untuk membina pusat tahfiz dan masjid selain banyak membantu keluarga susah yang tidak pernah diceritakan sebelum ini.


"Peribadi saya kenal dia, beberapa program ceramah ada bawa dia, pada zahirnya dia sangat baik.

"Allah muliakan dia meninggal dunia pada malam Jumaat, selepas habis program Ramadan sebulan, sempat raya dengan keluarga dan Allah angkat (darjat) dia.


"Antara kebaikan dia hari ini keluar macam-macam, selama dia hidup dia tak pernah cerita pun. Infak lot pusat tahfiz, infak tanah untuk bina masjid yang luar biasa," katanya.

Dedah Syazwan lagi, Mael disifatkan sebagai seorang yang merendah diri selain tidak mahu dilayan seperti VIP malah sanggup menginap di sebuah inap desa berbanding hotel lima bintang ketika mereka terlibat dalam sebuah program beberapa tahun lalu.

Mengimbau kenangan bersama Mael, Syazwan berkata, Allahyarham sebenarnya sudah lama menderita sakit malah dia masih ingat ketika penyanyi itu hadir ke Program Bicara Santai Selebriti di Felda Panching Timur, Kuantan, Pahang pada 2017, dia mengadu sakit pada bahagian perut.

Kata Syazwan, arwah sedaya upaya menyembunyikan kesakitan dialami dan tetap meneruskan komitmen demi menyantuni hadirin yang datang ke program tersebut.

"Habis saja program, ramai nak ambil gambar dengan dia. Ambil gambar pun sambil pegang perut dan kami terpaksa bawa dia lari. Dia hampir pengsan dan malam tu saya bawa dia pergi ke Hospital Kuantan.

"Tapi dalam nak dia cakap ayah nak balik homestay dia tak nak pergi hospital sebab takut kena tahan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Syazwan memberitahu keadaan Mael semakin pulih selepas mengambil pil tahan sakit dan dia meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat melayani peminatnya pada malam program tersebut.

Kata Syazwan, Mael memintanya untuk membawa dia ke tapak ekspo itu semula keesokkan harinya bagi bertemu dengan peniaga-peniaga di sana.

"Program kami pada malam itu turut diadakan bersama sebuah ekspo yang dijalankan serentak. Kata Mael dia tidak sempat untuk berjumpa dengan orang ramai.

"Dia rasa dia balik macam tu tak sempat nak salam dengan mereka. Dia minta saya untuk patah balik ke tempat program.

"Dia salam seorang demi seorang sambil minta maaf sebab semalam tak dapat jumpa," katanya.


Pada 27 April, Mael menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Fatimah, Muar, Johor sekitar pukul 9.30 malam.

Sebelum itu, Mael dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas pada lewat petang hari sama sebelum disahkan meninggal dunia.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 6, Muar pada pagi Jumaat lalu.

Untuk rekod, Mael adalah salah seorang pengasas kumpulan XPDC pada 1985 yang menggunakan nama Tragedy bersama Izo yang bertindak sebagai gitaris.

Bagaimanapun pada 1997, Mael membuat keputusan mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut.

Album terakhir Mael bersama XPDC berjudul Brutal yang dilancarkan pada tahun sama terjual melebihi 350,000 dan ia album paling laris kumpulan itu sehingga kini.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purplehaz 8-5-2023 06:54 AM
Alhamdulillah...byk juga duit arwah infak lot tanah utk masjid, madrasah, tahfiz..mesti ratus ribu. Semoga segala amalan kebaikkannya diterima Allah.
Quote DARSITA 8-5-2023 07:08 AM

Kematian dia di mlm jumaat kita rasa sedih dan sayu tapi kematian ketua spy se Malaysia walaupun meninggal di hari Jumaat tidak menarik hati forumers.
Quote 3chanceno 8-5-2023 08:16 AM
DARSITA replied at 8-5-2023 07:08 AM
Kematian dia di mlm jumaat kita rasa sedih dan sayu tapi kematian ketua spy se Malaysia walaupun me ...

Sapa tu sis yg ketua spy yg meninggal?

Quote 3chanceno 8-5-2023 08:19 AM
Berinfaq tanpa publisiti hanya untuk membantu & mengharapkan keredhaan Allah...takde sibuk bergambar dgn cheque yg sebesar alam untuk publisiti...

Semuga menjadi contoh usaha arwah & kita semua juga diberikan peluang untuk melakukan kebajikan yg sesuai dgn kadar kemampuan kita.
Quote Prickford 8-5-2023 08:30 AM
Purplehaz replied at 7-5-2023 10:54 PM
Alhamdulillah...byk juga duit arwah infak lot tanah utk masjid, madrasah, tahfiz..mesti ratus ribu.  ...

Mungkin mmg banyak sebab pandai menyimpan dan tidak boros. Ingat lagi yg ada Man May terjah umah heolls (tak tau la video tu ada atau dah delete sebab jadi isu). Umah kampong papan+batu yg dulu2 tu, idok lerrr umah teres ke, semi-D ke. Masa XPDC tgh top dulu, jual album ratus2 ribu, deyols pakai kereta tempatan je, masa tu URTV atau Media Hiburan yg cover story kereta2 artis. Iolls noticed rockers 80an, 90an kebanyakkannya pandai menyimpan dan ada backup plan incase dah tak laku utk jadi artis.
Quote babelina 8-5-2023 09:02 AM
moga rohnya dicucuri rahmat.. amin yra..
Quote DARSITA 9-5-2023 08:51 AM
3chanceno replied at 7-5-2023 04:16 PM
Sapa tu sis yg ketua spy yg meninggal?


Click link ini. :-)


Spy

Quote 3chanceno 9-5-2023 08:58 AM
DARSITA replied at 9-5-2023 08:51 AM
Click link ini. :-)



Innallilah..tenkiu sis..meols mungkin tak perasan berita ini.

Yang meols ingat, forumers keheranan ketua spy negara rupa cam acik2 bukan cam kat movie
Quote Purplehaz 9-5-2023 11:22 AM
Prickford replied at 8-5-2023 08:30 AM
Mungkin mmg banyak sebab pandai menyimpan dan tidak boros. Ingat lagi yg ada Man May terjah umah h ...

Yup..
Arwah mael ni byk bergaul dgn org alim juga..berkwn dgn ustaz, mungkin dari situ dia dpt ilmu, hidayah..dan terbuka hati infak harta duit
kejln Allah..
itulah sebaik2 pengakhiran..alhamdulillah.

semoga kita juga infakkan harta duit mcm dia. Amin.
Quote kuzaime 9-5-2023 11:39 AM
Kat fb sampai ke la ni ramai yg share cerita2 kebaikan arwah pasal infak tanah tu arwah sendiri pun masa hidup x hebahkan. Dia senyap2 aje bagi. Paling banyak cerita yg aku baca arwah memang jenis x sombong langsung.
Quote FlexyFox 9-5-2023 11:53 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun. Bagusnya arwah semasa hayat. Semoga Allah tempatkan dia bersama orang-orang yg beriman.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.035964 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top