Usahawan Watie Hanifiah menyifatkan pertunangannya dengan pelawak dan penyampai radio Suria FM iaitu Shuib pada Sabtu sebagai ada hikmah di sebalik yang sudah ditetapkan Allah SWT. Watie, 35, berkata, meskipun manusia tidak selalu memahami hikmah di sebalik sesuatu kejadian namun seseorang perlu belajar untuk mempercayainya.
"Ketetapan Allah adalah sempurna dalam setiap perkara. "Kita tidak selalu memahami hikmah di sebaliknya tetapi kita perlu belajar untuk mempercayainya," tulisnya di Instagram. Menerusi hantaran tersebut Watie turut memuat naik foto menunjukkan jari manisnya yang memakai cincin pertunangan sambil tangannya seperti disambut oleh Shuib. Dalam pada itu, menerusi ruang komen hantaran tersebut, Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, dilihat meninggalkan komen 'Assalamualaikum Tunang' berserta emoji cinta. Pada Sabtu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan yang diadakan di kediaman usahawan itu bertempat di Shah Alam yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Pasangan itu dijangka bakal disatukan sebagai suami isteri pada 23 Jun ini. Untuk rekod, Shuib pernah berkahwin dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2. Siti Sarah bagaimanapun meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19. Sumber: mStar
|
SANKURIANG replied at 7-5-2023 03:58 PM
Boleh tak up kan gambar soeb masa nikah dgn arwah dulu?…bukan apa…untuk peringatan sesama kita jug ...
NazRysha replied at 7-5-2023 05:41 PM
Gigih bertunang beria sungguh
Manusiabesa replied at 7-5-2023 06:34 PM
Puji 1 bab... suib pndai jaga ubungan dgn metua.. smpai raisudin sndiri yg masuk minang wati utk sui ...
Manusiabesa replied at 7-5-2023 06:34 PM
Puji 1 bab... suib pndai jaga ubungan dgn metua.. smpai raisudin sndiri yg masuk minang wati utk sui ...
ADVERTISEMENT