CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dituduh Ada Hubungan Dengan Engku Emran, Fiza Halim Tunjuk Foto Anak Sebagai Bukti

7-5-2023 11:10 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7230| Komen: 43|Original author: Tatod

Pelakon Fiza Halim bengang apabila dua anak perempuannya dikaitkan dengan gosip kononnya dia kini sedang hangat bercinta dengan Engku Emran.

Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim, 42, berkata, wajah anak-anaknya iaitu Ferra Aryana dan Feeya Adyrra bukanlah individu yang dilihat dalam gambar bersama Engku Emran yang tular sebelum ini.


"Tolong hentikan viral dan fitnah. Aku tak nampak di mana serupanya muka anak aku dengan pihak yang dikaitkan itu. Jauh beza sama sekali.


"Dah macam-macam cerita aku dengar orang kata dan tulis. Pada netizen yang mula buat cerita ini, sila merangkak di sana untuk minta maaf kepada aku.

"Jangan pandai-pandai nak sebarkan fitnah dan aibkan orang," katanya.

Bekas anggota kumpulan Elite itu menjelaskan kekeliruan tersebut di Instagram miliknya selain memuat naik foto terkini dua anak perempuannya bagi membolehkan orang ramai membuat perbandingan.


Gosip mengatakan Fiza dan Engku Emran mula kecoh diperkatakan selepas tular di TikTok foto lelaki itu bersama dua orang remaja yang dikatakan mirip dengan anaknya.

Fiza sebelum ini juga menafikan dakwaan dia kini sedang bercinta dengan Engku Emran dan menjelaskan tidak pernah mengenali lelaki itu secara dekat.

Malah dia juga mengakui terkejut apabila cerita tersebut timbul secara tiba-tiba.

Tambah Fiza, dia meminta orang ramai tidak terlalu cepat membuat andaian berkenaan cerita tersebut kerana ia melibatkan ahli keluarga yang lain.

“Fikirlah sikit orang ada keluarga. Banyak hati nak kena jaga. Sibuk jaga tepi kain orang dan fitnah bercinta tanpa usul periksa,” jelasnya.


Feera dan Feeya merupakan anak hasil perkahwinan pertama Fiza dengan bekas suami, Ahmed Farriq Zainul Abidin.

Fiza dan Farriq bercerai pada November 2010 selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga.

Kemudian dia berkahwin pula dengan penyanyi Adam pada September 2013 namun hubungan mereka juga tidak kekal lama.

Selepas itu, dia kembali berkahwin dengan seorang duda dua anak, Aizat Al Jefri pada Disember 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Siti Aleena namun perkahwinan itu juga tidak bertahan apabila mereka bercerai pada Julai 2019.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 7-5-2023 12:09 PM
Anak fiza yg sulung tu kalau jadi pelakon best la sikit tgk muka kt tv, ni spesis buka basic je banyak nadyahbrian la konon lotsofmix mcm anajobling tu pun rupa biasa je
Quote Beribear 7-5-2023 12:28 PM
Agak² dia insecure tak dgn anak 1st dia tu [em:12:]
Quote hareeeesah 7-5-2023 12:46 PM
Ank dia yg dgn pilot tu apa jadi? Dia x dpt hak jaga ke? Yg 1st marriage pn xjaga
Quote stingergrumpy 7-5-2023 12:49 PM
Masya Allah....

Macam adik beradik.....

Kalo timoh dgn mommynyer macam cucu dgn nenek

Kahkahkahkahjahkah
Quote Carcosa 7-5-2023 12:49 PM
Menjadik betullll anak2 sheols nih. Baka elok.
Tapi perangai mak nye je yg tak elok
Quote wirazam 7-5-2023 01:00 PM
Anaknya yg sulung mmg rambut perang ke..yg anak kedua tu yg plg cantik dimata aii
Quote sarah_ary2 7-5-2023 01:13 PM
wirazam replied at 7-5-2023 01:00 PM
Anaknya yg sulung mmg rambut perang ke..yg anak kedua tu yg plg cantik dimata aii

Anak kedua tue exotic kan wajahnya, tp hari tue dia pakaikan filter kuat sgt kat dua dua ni tue yg nampak a bit kokesen mcm budak-budak perempuan dgn ku emran tu
Quote wirazam 7-5-2023 01:19 PM
sarah_ary2 replied at 7-5-2023 01:13 PM
Anak kedua tue exotic kan wajahnya, tp hari tue dia pakaikan filter kuat sgt kat dua dua ni tue yg ...

Setujuu..jgn guna filter..
Hope dudanya beri pendidikan yg terbaik utk anak anak nya ini
Quote doridori_hi 7-5-2023 01:47 PM
Anak2 Fiza ada bau2 anak orka Yindon..
Ada apa dgn cinta gituhhhhh...
Quote bellaamsar 7-5-2023 02:07 PM
Cantik anak2 dia
Quote toxicated 7-5-2023 02:15 PM
Cntik betul anak fiza ni. Anak no 1 dia n ngn anak no 2 abby tu mmg lawaaa lah
Quote toxicated 7-5-2023 02:16 PM
sarah_ary2 replied at 7-5-2023 01:13 PM
Anak kedua tue exotic kan wajahnya, tp hari tue dia pakaikan filter kuat sgt kat dua dua ni tue yg ...

Anak no 2 tu besar skit muka boleh market jadi model international. Exotic muka mahal utk runaway
Quote beatgirlX 7-5-2023 02:37 PM
Anak2 Fiza ni semua cantik2...
Quote sukacactus 7-5-2023 02:38 PM
Yg sulung rupa bapak
Yg second rupa mak
Tp dedua cantik
Quote nakkomenjugak 7-5-2023 06:00 PM
selain hanak dara que, hanak dara pijah ni antara yang paling lawa dalam hanak2 retis
Quote noor2 7-5-2023 06:54 PM
Mcm kakak dgn adik....lawa anak dia....
Quote sarah_ary2 7-5-2023 07:36 PM
wirazam replied at 7-5-2023 01:19 PM
Setujuu..jgn guna filter..
Hope dudanya beri pendidikan yg terbaik utk anak anak nya ini

kann padahal cantik jah anak anak dia, nampak mcm anak anak dia happy with their father dgn stepmother
Quote sarah_ary2 7-5-2023 07:36 PM
toxicated replied at 7-5-2023 02:16 PM
Anak no 2 tu besar skit muka boleh market jadi model international. Exotic muka mahal utk runaway

betul, nampak tinggi jugak anak anak dia ni, yg secodn tue memang muka high fashion
Quote cheezel 7-5-2023 08:03 PM
Exotic? High fashion? Buta agaknya acik2 forum. Mmg cantik. Cantik melayu. Muka dia cm erin malik je.. beria betul exotic celah mananya? Ntah2 exotic pn xtau apa

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.114406 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top