CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shuib Kini Tunang Watie Hanifiah, Nikah 23 Jun 2023

6-5-2023 08:20 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7418| Komen: 71|Original author: Tatod

Pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib mengikat tali pertunangan bersama pilihan hatinya iaitu Watie Hanifiah pada Sabtu.

Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, menghantar rombongan meminang di kediaman keluarga Watie di Shah Alam yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.


Pada majlis itu, Shuib turut membawa tiga dulang hantaran termasuk sirih junjung, kasut dan manisan kepada Watie.


Manakala Watie pula membalas lima dulang berupa kasut, manisan, sirih junjung, buah-buahan dan sampin.

Pasangan itu dijangka bakal melangsungkan pernikahan pada 23 Jun ini.

Sementara itu, Shuib menerusi Instagram miliknya mengesahkan berita pertunangannya dengan Watie

Tampil menggayakan sepasang baju Melayu lengkap bersamping rona hijau pucuk pisang turut memohon doa daripada pengikut dan peminatnya agar dipermudahkan segala urusan mereka berdua.


"Assalamualaikum, Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin. Hari ini 6 Mei 2023, Alhamdulillah saya baru sahaja lepas melangsungkan pertunangan bersama dengan Watie.

"Jadi, saya mohon doakanlah semoga perjalanan kami dipermudahkan. Doakan yang baik-baik untuk kami. Insya Allah. Doakan tau. Selamat hari raya," katanya.


Pada April, Shuib mengesahkan bakal memperisterikam Watie selepas hampir dua tahun bergelar duda.

Kata Shuib, sebanyak 30 peratus persiapan perkahwinan telah dibuat namun mengakui berasa malu untuk berkongsi tentang majlis pernikahannya nanti.

"30 peratus persiapan kahwin dah siap, Insya Allah saya dan Watie akan bernikah pada bulan Jun tahun ini.

"Dewan dah tempah. Saya sebenarnya rasa malu nak bercerita fasal ini. Nak kongsi dengan kawan-kawan pun saya rasa malu.

"Insya Allah majlis pernikahan dan bersanding akan diadakan serentak pada Jun ini," katanya.

Untuk rekod, Shuib pernah berkahwin dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Siti Sarah bagaimanapun meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.


Sumber: mStar, IG Story Shuib

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gold_teeth 6-5-2023 08:29 PM
Watie ni da pnah kawin ke single?
Quote missyL 6-5-2023 08:37 PM
Nk ckp finally nikah jgk
Tp x kn berhenti kt situ
Pasnie tiap2 ari masok forum dgn tajuk yg lagi mengelikn

Ewww
Quote LadyCarefree 6-5-2023 08:42 PM
Asyik2 minta doa. Sikit2 minta doa.

Kenapa nak kahwin pun malu? Ada benda tak elok ke?
Quote bedahmenjuyah 6-5-2023 08:43 PM
Mcm la kami nak tau sgt. Whatever....
Quote cikpisang 6-5-2023 08:48 PM
Tone hijau baju dia tu cantik la.
Quote kalchi 6-5-2023 08:52 PM
Sarah meninggei 2021 rupenya. Baru lagi. Rasa mcm dah lama dihidangkan cte soeb dgn si watie ni.
Quote KucingBisu 6-5-2023 09:19 PM
doa la sendri, nape netizen plak nak doakan ko nih
Quote sharlenetexas 6-5-2023 09:22 PM
Tahniahlah mira.


Quote sharlenetexas 6-5-2023 09:24 PM
missyL replied at 6-5-2023 08:37 PM
Nk ckp finally nikah jgk
Tp x kn berhenti kt situ
Pasnie tiap2 ari masok forum dgn tajuk yg lagi men ...

Bila kawin nnt, keluar berita menggeletar parkinson nk sarung cincin.
Pastu tak sabar2 nak beranak.
Semua content demi kelangsungan hidup.


Quote namieamuro 6-5-2023 09:25 PM
missyL replied at 6-5-2023 08:37 PM
Nk ckp finally nikah jgk
Tp x kn berhenti kt situ
Pasnie tiap2 ari masok forum dgn tajuk yg lagi men ...

honeymoon kt mane, terkejut tibe2 tidur berteman, anak brp org, rancang nk anak dlm mase terdekat atau sebaliknye, psl masakan bini sedap ke hangus ke.

pendek kate, kisah soeb watie takkan terhenti disini
Quote Piramida 6-5-2023 09:26 PM
OK je..  Sesuai.
Quote orkid_amani 6-5-2023 09:35 PM
Mcm xbetoii ja Suib bawak sirih junjung..sepatutnys laki bawak tepak sirih pmpuan Balas sirih junjung kn..
Quote noah8670 6-5-2023 09:39 PM
Tahniah semoga dipemudahkan segala urusan
Quote edayildiz 6-5-2023 09:52 PM
kalau i jd ss..i jd hantu..menghantui mira
Quote cmf_premierleag 6-5-2023 09:59 PM
Tahniah..korang ni biarlah watitek ni kawen dgn soeb...dh mmg tu je level dia mampu sauk.dan sekufu la dgn dia dr segi mentaliti.
Kang dia sauk memana CEO Bank kang korang gak bising2 ckp x sekufu la bagai
Quote olezzeli17 6-5-2023 10:04 PM
Tahniah Ib. Semoga dipermudahkan segala urusan hingga tibanya saat akad nikah nanti.
Quote SANKURIANG 6-5-2023 10:11 PM
edayildiz replied at 6-5-2023 09:52 PM
kalau i jd ss..i jd hantu..menghantui mira

Tak baloi la nak jadi hantu pun.....biarla yg hidup aja yg jadi hantu....hantu KOPEK....
Quote hzln 6-5-2023 10:24 PM
namieamuro replied at 6-5-2023 09:25 PM
honeymoon kt mane, terkejut tibe2 tidur berteman, anak brp org, rancang nk anak dlm mase terdekat  ...


Hahaha aku baru nak tulih tang terkejut bangun pagi ada org kat sebelah tu, ko dah tulih dulu
Cam harem.
Retis sangkak mana tah dulu
Kira level bawah sikit dr kapel yg dah kulu kilir, bertepuk tampar berdua dlm keta, tiba2 ari kawin ketar2 jari akulah yg terpaling suci walau sblm berimej kelubung tu selamba saja tayang buah buahan kat si bured yg gatal tuh
Quote 3chanceno 6-5-2023 10:55 PM
Edited by 3chanceno at 6-5-2023 10:57 PM

Gosip kat Cari nie tidak menghampakan pengikut  Baru2 forumers csi, soeb menafikan ada hubungan special dgn watietek nie dah ke hulu ke hilir siap beraya bersama, masih ada majlis pertunangan  cepat2nikah & diharap takde lagik cite nak kawin, nak kawin,nak kawin

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.058544 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top