CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kalau Tiada Jodoh Sharnaaz Ahmad Rela Masuk Rumah Orang Tua, Sudah Buat Tabung Simpanan

6-5-2023 05:05 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2575| Komen: 34|Original author: Tatod

Pelakon Sharnaaz Ahmad tampil membuat penjelasan tentang kenyataan tidak mahu bakal teman wanitanya dalam kalangan pelakon yang sudah disalah anggap oleh sesetengah pihak.

Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, berkata, dia tidak pernah mencari pasangan, sebaliknya hanya menyerahkan segala urusan jodoh kepada Allah.


Aktor itu bagaimanapun menegaskan bakal isterinya nanti bukan dalam kalangan pelakon.


"Sebab posting saya nak cari pasangan bukan dalam kalangan artis, rata-rata sudah salah anggap.

"Saya tidak mencari, kalau Allah dah tentukan saya ini ada isteri, saya terima. Jebat ada Mummy baru yang pasti bukan pelakon!," katanya.

Sharnaaz berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Sabtu.

Dalam pada itu, pelakon filem The Original Gangster berkenaan memberitahu sekiranya tidak bertemu jodoh dia sudah menyediakan simpanan untuk menetap di rumah orang tua.


"Kalau tak ada (jodoh), saya dah sediakan tabung rumah orang tua-tua mewah punya, pakai jaket bulu warna merah sambil hisap cigar, tengok hujan rintik-rintik ikut tingkap.

"Ada juga kawan boleh main dam, tak pun snuker lucky ball," ujarnya.


Pada Jumaat, Sharnaaz dalam satu kenyataan yang dimuat di Instastory memberitahu dia tidak mahu bakal teman wanitanya menjadi seorang artis atau pun pelakon.

Aktor itu memberitahu keputusannya adalah muktamad untuk tidak menjalinkan hubungan dengan wanita dari industri yang sama.

Selain itu katanya, dia mahu mencari seorang wanita yang sederhana sebagai teman hidup.

Sebelum ini, Sharnaaz memaklumkan bahawa dirinya sedang berkawan rapat dengan seseorang namun enggan berkongsi cerita peribadi secara terbuka.

Malah nama pelakon Amelia Christie menjadi sebutan ramai selepas sahabat karib bekas isterinya, Noor Nabila iaitu Rosix yang dikatakan terlepas menyebut nama aktres berkenaan.

Untuk rekod, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun mereka sah bercerai pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.


Sumber: mStar, IG Sharnaaz

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 6-5-2023 05:06 PM
Jgn bergaduh kt rumah org tua pulak.


Quote hitnoxious 6-5-2023 05:13 PM
dia kelihatan sangat kacak moto x3m
Quote kakikuDibibirmu 6-5-2023 05:15 PM
Quote aemon 6-5-2023 06:35 PM
Petiais tersenyum sinis.
Quote alesandra 6-5-2023 06:42 PM
Kemain dia berangan isap cigar di hari tua
Quote VespaSilbe 6-5-2023 07:23 PM
Lemah ke.. kata gangster..
Quote mawardia 6-5-2023 08:20 PM
sharlenetexas replied at 6-5-2023 05:06 PM
Jgn bergaduh kt rumah org tua pulak.

Smpai ke tua anak antooooooo - kata si pineapple
Quote jihyomelly 6-5-2023 08:43 PM
mawardia replied at 6-5-2023 08:20 PM
Smpai ke tua anak antooooooo - kata si pineapple

anak antoo penang masa muda ja anak antooo dah tua semua relax2 tak tau kot2 nenaz sejak ada anak jd bapak antoo
Quote cicicumel 6-5-2023 08:49 PM
Kwn2 i yg andartu dan antertu semua pasang niat yg sama.. Guna duit pencen utk duduk rumah org tua premium. Anak takdak dan x nak susahkan adik beradik jaga dorg bila dah tua dan menyusahkan.
Quote NurAlia14 6-5-2023 09:17 PM
Ahh sudah..acik2 porem dh la sume nk ddk rumah org2 tua. Ttbe si nanaz pn join skali..dh la acik porem xsuke nanas hbs la masing2 kne jaga mulut nnt
Quote codenamedream 6-5-2023 09:23 PM
Doakan meols dpt buka rumah orang tua premium nanti.
Byk potential customer dalam ni
Quote mawardia 6-5-2023 09:41 PM
jihyomelly replied at 6-5-2023 08:43 PM
anak antoo penang masa muda ja anak antooo dah tua semua relax2 tak tau kot2 nenaz sejak ada anak  ...

Nanti kat rumah ortu kalau staff buat salah heshe jerit je musibat!! aku bapak antooo hg tau dak!! haaagituuuu.
Quote putericahaya999 6-5-2023 10:08 PM
Koyak teruk jer
Quote wirazam 6-5-2023 11:53 PM
Berapa jumlah tabungan yg diperlukan utk rumah org tua Tu ye? Anyone know?
Quote dudaberhias 7-5-2023 12:02 AM
kalau sempat masuk umah orang tua takpe la...

cumanya takut tak sempat merasa hujung2 ko dah kena sumbat dalam lokap dan penjara nyah...
memang vvip la layanan... makan minum semua free... siap ada jawatan kosong keje lagi...

lagipun rhoper ko pun lagi menyerupai banduan berbanding parit kamil yang memang banduan tu....



Quote dudaberhias 7-5-2023 12:04 AM
codenamedream replied at 6-5-2023 09:23 PM
Doakan meols dpt buka rumah orang tua premium nanti.
Byk potential customer dalam ni

semoga kaka dapat buka rumah ala2 bainun satu hari nanti...

kalau si scammer dato belon masuk dalam tu boleh la uols tolong jirus pakai air coway panas hari2...


Quote SpyLeman 7-5-2023 12:09 AM
Nanas ni byk betul ke skendel? Dah ramai yg dia expose konon awek, bakal ibu jebat. Tengok si Noh ludah tu, dah bertunang pun. Lajuuuu..
Quote mojarean_X 7-5-2023 12:54 AM
codenamedream: Doakan meols dpt buka rumah or ...

Silakan....pastikan penjaga2 kt situ herlok2 juga ye
Quote nakkomenjugak 7-5-2023 08:31 AM
Mana lerrrrr tau kat umah orang tua2
Terjumpa jodohnya

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.044027 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top