CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hafeez Mikail Kini Bergelar Suami

6-5-2023 04:43 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2470| Komen: 17|Original author: Tatod

Pelakon Hafeez Mikail sah bergelar suami Noor Azira Azman dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlansung di Changkat Telang, Hulu Langat pada Sabtu.

Sejurus selepas melafazkan akad nikah, Hafiz atau Muhd Hafiz Muhd Zaki, 31, dilihat sebak menangis sambil bersalaman dengan bapanyq yang berada disisinya.



Pada majlis tersebut, Azira, 27, menerima mas kahwin sebanyak RM300 daripada pengantin lelaki.

Kedua-dua mempelai dilihat menggayakan busana pengantin yang berkonsepkan Jawa.

Pada 24 Disember tahun lalu, Hafeez dan Azira mengikat tali pertunangan selepas berkenalan selama setahun.

Kata Hafeez, dia tertarik dengan isterinya kerana Azira seorang yang sangat memahami dan sentiasa memberi sokongan terhadap kerjaya seninya.


Malah, pelakon drama Hatimu Sedingin Salju itu juga sudah memberi peringatan awal kepada Azira untuk bersedia dengan komen-komen netizen serta perhatian yang bakal diterima apabila bergelar isteri kepada seorang artis.

"Dia sangat memahami kerjaya saya dan tidak pernah menyusahkan. Malah keluarga juga dapat menerima saya dengan baik.

"Saya sudah pesan kepada dia supaya bersedia dari segi mental kerana selepas ini pasti akan terdedah dengan netizen.

"Ada sahaja yang tidak kena nanti akan mendapat kritikan. Ia juga mungkin melibatkan keluarga saya dan dia," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote samshik 6-5-2023 04:44 PM
Siapa kauu dik????
Quote pavlovachoc 6-5-2023 05:00 PM
Mane dtg nama mikael tu ..
Quote slyfynx 6-5-2023 06:52 PM
Sejurus selepas melafazkan akad nikah, Hafiz atau Muhd Hafiz Muhd Zaki, 31, dilihat sebak menangis sambil bersalaman dengan bapanyq yang berada disisinya.


Beberapa soalan

1. Sapekah inneh?
2. Mane dtg Mikail?
3. bapanyq tu nk baca cemane? bapa nyah ke?
Quote ALDRIN 6-5-2023 07:12 PM
Heols ni berskandal jap dgn Fatiya masa Fatiya tgh stone dulu. Siap balik rumah mamat kepam ni
Quote VespaSilbe 6-5-2023 07:17 PM
Tak letak Onn lak kat nama dia
Quote downiey 6-5-2023 07:55 PM
tahniahhh
Quote nakkomenjugak 7-5-2023 08:33 AM
Congratz and whoisyuhhhhhhh???
Quote hayrin86 7-5-2023 09:36 AM
Seorang lagi artis berkahwin tanpa pengetahuan awam yakni tidak mendedahkan tarikh dia bernikah..
Quote Kancilkering 7-5-2023 09:44 AM
ingat hafiz bekas tunang zara zya
Quote QueenIsolde 7-5-2023 10:00 AM
Cantik pelamin dia, simple but nicely done
Quote ashcroft86 7-5-2023 10:03 AM
Pelik ramai xknal heols ni. Heols lma dah x belakon lpas jadi agen insurance. Last film rasanya Buskers, blakon dgn Daiyan Trisha. Best gak film tu. Byk jgak drama heols dlu. Belakon ok sgt heols.
Quote dudaberhias 7-5-2023 10:42 AM
tahniah... but who is yuhhhh...

leluhur yindu majapahit kah...
Quote wirazam 7-5-2023 01:22 PM
Ekonominya dah kukuh ke? Tak pernah dengar namanya sblm ini
Quote I.K.A888990 7-5-2023 01:29 PM
tahniah dik
dia ni pn bagus je berlakon
Quote bellaamsar 7-5-2023 02:13 PM
Tahniah..dia ni berlakon best jugak
Quote Rachel_Green 7-5-2023 02:28 PM
pada mata i dia ni hensem..dia berlakon dari kecik kan..
Quote beatgirlX 7-5-2023 02:35 PM
Tahniah.. Dia ni berlakon nest.. Actually bg la watak apa pun dia blh je bawak..
Cuma dia nisekenis rendang mcm Hafidz Rosdi tu..
Dulunada bukak cafe kan.. Cuma x tau ada lagi ke tak

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.058148 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top