CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fiza Halim Terpaksa Tutup Kafe, Bakal Buka Produksi Sendiri

6-5-2023 03:57 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2968| Komen: 21|Original author: Tatod

Pelakon dan penyanyi, Fiza Halim mendedahkan dia terpaksa menutup perniagaan kafe miliknya di sebuah pusat beli-belah, di sini, kerana berdepan dengan masalah pekerja lebih tiga bulan lalu.

Fiza atau nama sebenar, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 41, berkata, dia menganggap apa yang berlaku itu sebagai ujian Allah SWT dalam hidupnya.


"Saya terpaksa menutup operasi kafe itu kerana tidak dapat mencari barista dan tukang masak (chef) yang tepat serta menepati cita rasa dan kualiti yang dimahukan.

"Terus terang, saya memang cerewet membabitkan kualiti makanan dan minuman yang dijual di kafe ini kerana mahu memuaskan hati sendiri dan pelanggan," katanya.

Mengenai kafe itu lagi, bekas anggota kumpulan Elite itu berkata, memang hasratnya membuka perniagaan itu untuk berkongsi rezeki dengan orang lain.

"Namun, bila banyak sangat perkara yang tidak kena, saya berasa 'give up' dan dari terus berasa sakit hati dengan pekerja lebih baik saya menutup saja operasi kafe itu.


"Apapun, saya tidak serik dan merancang untuk buat perniagaan lain pula selepas ini," kata ibu tunggal kepada tiga cahaya mata ini.


Dalam perkembangan lain, kata Fiza, yang sudah 25 tahun berkecimpung dalam bidang seni, dia juga merancang untuk melangkah setapak lagi dalam kariernya untuk bergelar penerbit tidak lama lagi.

"Berbekalkan pengalaman luas dalam bidang seni, saya percaya sampai masanya untuk saya membuka syarikat produksi sendiri pula.

"Doakan apa yang saya rancangkan ini menjadi kenyataan tidak lama lagi," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 6-5-2023 04:10 PM
Apa nama ex cafe tu?

Quote Carcosa 6-5-2023 04:35 PM
Ada Cafe pun aku xtau, tiber dah tutup.
Dia ni buat apa je yg menjadi. Anak2 je yg menjadi. Nasib baik semua rupa elok
Quote noor2 6-5-2023 04:41 PM
Lawa dia ni...fasha sandha pun lawa..drama apa eh lupa dah yg depa berdua tu berlakon...

Ko buatla drama mcm tu fiza..hehe...ala2 bawang putih bawang merah...
Quote Piramida 6-5-2023 04:47 PM
Senang jugak lah hidup dia nak modal kan business.. tutup sini bukak sana.
Oklah tu...
Quote delia3003 6-5-2023 10:25 PM
Tak tau pun ada cafe sebelum ni. Ye ye je bagi alasan masalah pekerja.

Banyak duit nak bukak production house pulak.
Quote mamastoney 6-5-2023 10:40 PM
Mcm kaya naw naw senang2 je buka dan tutup mcm2 business dlm selang masa dekat2, ker ada yg mensponsor?  Tp dia ni mmg lawa sejak pakai tudung sbb boleh cover dahi jendul dia. Body pun letups walopun dah ank 3, muka awet muda mcm 20an je.....
Quote QueenIsolde 6-5-2023 10:56 PM
mamastoney replied at 6-5-2023 10:40 PM
Mcm kaya naw naw senang2 je buka dan tutup mcm2 business dlm selang masa dekat2, ker ada yg menspons ...

Yess..tudung tu boleh cover dahi jendul ng leher bergelang sheols.
Quote Nham22 6-5-2023 11:06 PM
Wowwwww. Tutup... Modal dah sah2x besau mase buka dulu..ke buka sbb nak cuci duit saja.. Kekekeke
Quote Lolalala 6-5-2023 11:13 PM
delia3003 replied at 6-5-2023 10:25 PM
Tak tau pun ada cafe sebelum ni. Ye ye je bagi alasan masalah pekerja.

Banyak duit nak bukak produc ...

Iolls ada bengkel pun susah sgt² nak cari pomen. Budak muda sekarang x berapa minat dgn kerja yg komitmen mcm ni. Dah pandai skit, lompat kerja lain
Quote hanihan16 6-5-2023 11:17 PM
murah rezeki dia ye. seronok tgk org banyak duit boleh main bukak tutup business begitu saja
Quote wirazam 6-5-2023 11:19 PM
Nham22 replied at 6-5-2023 11:06 PM
Wowwwww. Tutup... Modal dah sah2x besau mase buka dulu..ke buka sbb nak cuci duit saja.. Kekekeke

Org yg buka cafe yg boleh sustain kalau owner dia pandai masak..if owner harapkan pekerja susahlah
Quote dudaberhias 6-5-2023 11:23 PM
delia3003 replied at 6-5-2023 10:25 PM
Tak tau pun ada cafe sebelum ni. Ye ye je bagi alasan masalah pekerja.

Banyak duit nak bukak produc ...

tak payah duit pun kaka... mintak je geran pinas... nak2 pelakon kan... confirm lepas...
si parit kacip tu pun lepas je dapat geran untuk filem genre so yesteryears heols rempit2 tu...
dapat jota2 plak tu walaupun poster filem pun dah macam along2 tampal kat bawah jambatan...

silap2 poster kelab malam lagi meletop yach...


Quote missbigrockstar 6-5-2023 11:26 PM
Nama apa cafe dia, di shopping mall mana? Manis dia pakai dress gambar pertama tu. Pakai mcm ni kat molek dari pakai t-shirt ketat entah apa2.
Quote SpyLeman 6-5-2023 11:32 PM
"Berbekalkan pengalaman yang luas dalam bidang seni....."
Quote HappyGumbira 7-5-2023 02:35 AM
Lolalala replied at 6-5-2023 11:13 PM
Iolls ada bengkel pun susah sgt² nak cari pomen. Budak muda sekarang x berapa minat dgn kerja yg  ...

ye weh.. susah cr staff skrg. iols ni duk kat kg nak cr kerani bujang pun susah. kerani skrg nikah masa sekolah sbb masa tu pkp xgi sekolah pun. aje kan apak dh malas bela, dia pun birah time sekolah sibuk berbf yg dh keje, nikah je la. dh beranak br tau bnyk nk pakai duit, br nk keje, apa skil pun xde. utk tak ot, fiza ni lawa betul ye body xmcm org dh beranak
Quote nakkomenjugak 7-5-2023 08:35 AM
The next a.aida?
Quote pocongkiutss 7-5-2023 09:18 AM
Terpaling gedik..ingat lagi masa dia mengutuk ex wife laki kedua sheols..cakap org tu tak pandai jaga laki..konon kau tu terrpaling pandai jaga laki khuenzzz...tup2 ko sendiri pun bercerai jugak dgn mamat tu

PADAN MUKAAAAAAAAAAA
Quote alieyrina 7-5-2023 09:58 AM
Payahla sikit nak berjaya tu dah kau sondol laki org kan. Mesti bekas bini org tu dulu 1 famili dah doakan  masa depan kau mcm mana

Jgn ingat lps buat naya org kita boleh hidup senang mcm takdak apa berlaku. Camtu lah
Quote Burong_Hantuk 7-5-2023 10:46 AM
x pernah tau dia ada cafe

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.049834 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top