CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Langkah Perlindungan Covid-19 Terkini Sedang Dibincangkan - Dr Zaliha

6-5-2023 03:35 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 850| Komen: 17|Original author: Tatod

Segamat: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang membincangkan langkah perlindungan terkini yang akan dilaksanakan kepada rakyat susulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memutuskan Covid-19 bukan lagi dikategori sebagai kecemasan kesihatan antarabangsa.


Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat, bagaimanapun prosedur operasi standard (SOP) sedia ada berkaitan wabak itu akan diteruskan seperti biasa.

"Buat sementara ini KKM akan meneruskan langkah perlindungan kawalan atau SOP sedia ada sehinggalah kita membuat keputusan muktamad sama ada untuk mengikut saranan WHO atau sebaliknya.


"Perbincangan di peringkat tertinggi KKM juga sedang dilakukan bagi mempertimbangkan perkara tersebut," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Sekijang 2023 di Dewan Masjid Bandar IOI di sini hari ini.


Ahli Parlimen Sekijang itu berkata meskipun jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan baru-baru ini meningkat, ia masih terkawal dan tidak membebankan perkhidmatan kesihatan dengan majoriti pesakit dimasukkan ke hospital adalah golongan berisiko tinggi seperti individu dengan komorbid dan warga emas.

Justeru, Dr Zaliha menasihatkan orang ramai untuk terus mengamalkan SOP dan keselamatan kendiri termasuk memakai pelitup muka jika perlu terutamanya bagi mereka yang bergejala, selain terus menjaga kebersihan diri.

Terdahulu, agensi berita Jerman dpa melaporkan WHO pada Jumaat memutuskan pandemik Covid-19 global tidak lagi dikategori sebagai kecemasan kesihatan antarabangsa selepas dunia dilanda pandemik sejak tiga tahun lepas.

Bagaimanapun, pengumuman itu tidak mempunyai kesan konkrit susulan setiap negara perlu memutuskan sendiri langkah perlindungan yang akan dikenakan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slavehunter 6-5-2023 05:52 PM
WHO dah declare covid no longer pandemic.
DG, KJ, Rochelle Welensky resign. Semua dah jalankan part masing2.

Tetiba teringat timeline yang mid 2023 clinical trial vaccine tamat, macam ngam ngam pula.
Quote Belibis 6-5-2023 08:29 PM
slavehunter: WHO dah declare covid no longe ...

Mungkin nak cuba cara lain pulak,bukan lagi agenda beksin.takkan la nak putus asa gitu jer.
Quote pooh~key 6-5-2023 08:40 PM
Akak jijiks sekali dengan doktor2 ni yach sis. They should know better segitu sissy.
Quote slavehunter 6-5-2023 09:26 PM
Belibis replied at 6-5-2023 08:29 PM
Mungkin nak cuba cara lain pulak,bukan lagi agenda beksin.takkan la nak putus asa gitu jer.

Yes. Watak2 utama puppet kobid scamdemic telah direhatkan. Nanti new scam agenda muka2 baru pula.
Quote kakikuDibibirmu 6-5-2023 09:29 PM
DG Noor Hisham tersenyum sinis



[youtube]rbZPnYK8fcw[/youtube]
Quote wirazam 6-5-2023 09:36 PM
slavehunter replied at 6-5-2023 05:52 PM
WHO dah declare covid no longer pandemic.
DG, KJ, Rochelle Welensky resign. Semua dah jalankan part ...

Bila trial vaksin tamat..semua rakyat boleh tahu tak apa outcomenya..akan disebarkan ke tak?
Quote slavehunter 6-5-2023 09:50 PM
wirazam replied at 6-5-2023 09:36 PM
Bila trial vaksin tamat..semua rakyat boleh tahu tak apa outcomenya..akan disebarkan ke tak?

Ikut timeline Cdc Fda dah kena publish hasilnye, tapi banyak dah terbongkar tentang keburukkan nye  before this hasil US lawyer juga kena fight.

For malaysia Kkm la kena come out,rakyat pun jangan jadi lembu cucuk hidung telan segala -WHITE WASHING.
Quote Belibis 6-5-2023 11:17 PM
wirazam replied at 6-5-2023 09:36 PM
Bila trial vaksin tamat..semua rakyat boleh tahu tak apa outcomenya..akan disebarkan ke tak?

Outcome nya sis blast dah listkan..sanggup telan dengan tak jer..
Quote dua_chzy 6-5-2023 11:39 PM
pooh~key replied at 6-5-2023 12:40 PM
Akak jijiks sekali dengan doktor2 ni yach sis. They should know better segitu sissy.

Ramai ja doktor yang don't know any better.
Quote ina_na 6-5-2023 11:56 PM
Sejak raya pertama aku deman+batuk teruk btl..p hospital doctor srh bt test COVID..katanyentkt COVID..alhamdulillah negetif..batuk msh teruk ms tu..kn ambik kahak tuk tau result pe..ehhh tekak aku ni bl kn ambik test kahak terus elok batuk deman.. tp anto gak la.. next week br p jumps doctor nk tau result....Aku rs doctor2 di brain wash kan Kita deman je x COVID,denggi..naik la skt Kalo x zmn kj penyakit yg add COVID je..pdhal influenza pun menganaz ms tu
Quote caprut 7-5-2023 12:32 AM
Belibis replied at 6-5-2023 08:29 PM
Mungkin nak cuba cara lain pulak,bukan lagi agenda beksin.takkan la nak putus asa gitu jer.

Dah ckp bkn pandemik, relax2 lah. Geng2 doktor mana la nasihat zaliha ni. Byk doktor syok sendiri
Quote caprut 7-5-2023 12:33 AM
ina_na replied at 6-5-2023 11:56 PM
Sejak raya pertama aku deman+batuk teruk btl..p hospital doctor srh bt test COVID..katanyentkt COVID ...

Atedan tempat aku sblom ni dia mmg susah brnafas. Aku bru msok sini. Doktor2 dkt tmpt kjer aku skrg lnsung xnk cek tekak dia tkot covid. Pastu ko check pesakit boleh pula, staff sendiri berkira.
Quote caprut 7-5-2023 12:35 AM
dua_chzy replied at 6-5-2023 11:39 PM
Ramai ja doktor yang don't know any better.

Ko ckp mcm ni. Aku bru pindah klinik. So, doktor2 ni boleh brsembang pakai double glove, baru2 ni dok sruh staff jgn x pkai PPE. Covid dah nk meningkat. Tp aku who r yus kan je saranan doktor2 ni. Selamat ko jd doktor dlm malaysia boleh la brlagak pndai
Quote ina_na 7-5-2023 06:09 AM
caprut replied at 7-5-2023 12:33 AM
Atedan tempat aku sblom ni dia mmg susah brnafas. Aku bru msok sini. Doktor2 dkt tmpt kjer aku skr ...

Kesian staff kan..
Quote becir 7-5-2023 06:22 AM
ina_na replied at 6-5-2023 11:56 PM
Sejak raya pertama aku deman+batuk teruk btl..p hospital doctor srh bt test COVID..katanyentkt COVID ...

OT sat, try minum air perahan limau kasturi..i batuk berapa bulan GP suruh g specialist as last resort. Then akak i suggest minum ni, somehow elok dah
Quote ina_na 7-5-2023 06:42 AM
becir replied at 7-5-2023 06:22 AM
OT sat, try minum air perahan limau kasturi..i batuk berapa bulan GP suruh g specialist as last re ...

Ok Kalo jd batuk teruk lg oisss try bt..ni dah reda batuk lps doctor srh anta kahak pagi2..
Quote dua_chzy 7-5-2023 10:02 AM
becir replied at 6-5-2023 10:22 PM
OT sat, try minum air perahan limau kasturi..i batuk berapa bulan GP suruh g specialist as last re ...

Pakai air suam ka air biasa sis?

Sehari kena minum berapa kali?

Then kalau sebiji gelas isipadu dalam 250ml, agak2 berapa biji limau kita kena guna?

Aiol pun hada masalah batuk berbulan. Aiol batuk dari bulan Mac. Doktor klinik aiol pi salahkan beksin.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.043478 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top