CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff Syukri Takut Dengan Kematian, Sudah Kurang Bersosial, Mula Solat Jemaah Bersama Keluarga

6-5-2023 03:32 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1722| Komen: 21|Original author: Tatod

Timbul rasa takut dalam diri usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dengan kematian selepas melihat ramai dalam kalangan rakan-rakannya meninggal dunia di usia muda.

Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, berkata, insaf dengan perkara itu, dia kini mengambil langkah untuk mendekatkan diri dengan agama selain mengamalkan kehidupan sihat.



"Jujur saya beritahu saya takut dengan kematian. Saya takut dengan penyakit-penyakit berbahaya seperti kanser dan saya mahu mengamalkan kehidupan yang sihat.

"Saya nak kurangkan bersosial. Saya nak banyakkan makan makanan sihat. Banyakkan buat amal ibadah dan kebaikan supaya kalau saya mati nanti ada benda nak dikenang," katanya kepada mStar.

Aliff berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka AshaHanim yang diadakan di Glamhall, Damansara, pada malam Jumaat.

Dalam pada itu, Aliff memberitahu dia sudah mula melakukan solat berjemaah bersama keluarga dan mahu memastikan anak-anaknya pandai untuk menguruskan perniagaan mereka.



Kata Aliff, dia mahu pergi menghadap Illahi dalam keadaan tenang dan bukannya ketika menerima kecaman ramai.

"Jujurnya saya kini sudah kerap solat berjemaah dengan anak-anak dan sekarang ini saya cuba untuk membaca al-Quran bagi mendekatkan diri dengan Allah.

"Saya nak pastikan anak-anak saya sudah mula pandai berbisnes kerana saya mahu tarik diri, saya nak relaks dekatkan diri dengan Allah.

"Sekarang ini dunia saya terlalu sibuk. Bila saya tengok kawan-kawan saya yang meninggal dunia awal, pelakon-pelakon yang telah menghadap Ilahi, saya tergerak untuk meninggal dalam keadaan yang tenang dan tidak mahu dikecam," ujarnya.

Usahawan kosmetik itu bagaimanapun sempat memberikan peringatan kepada masyarakat untuk terus melakukan kebaikan kerana tidak mahu diri terjeremus dalam kehidupan sosial.


Tambah Aliff, kekayaan yang dimiliki di dunia adalah sementara, sebaliknya dia kini lebih memikirkan tentang pengakhiran kehidupannya.

"Saya selalu berfikir bila rakan-rakan saya yang terlalu bersosial, saya bersyukur nasib baik hidup saya tidaklah terlalu berlebihan.

"Saya menyeru kepada semua buatlah kebaikan. Kalau tak mampu daripada segi wang ringgit, bantu orang daripada segi tenaga.

"Sebab nak jadi popular dan kaya ini seronok. Saya percaya satu benda, kaya adalah satu dugaan dan miskin juga satu ujian," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annadonna 6-5-2023 03:42 PM
Sekejap aje tu. Tunggulah raya next year. Buat video music mcm tak pikir mati nanti
Quote nazurah 6-5-2023 03:45 PM
Untuk konten jek toklip? Raya tahun depan buat lagu dengan mv bangang lg tak?

Tu jek soalan utk heols
Quote nono86 6-5-2023 03:46 PM
Bukan wife dia baru bersalin ke? Da boleh keluar jalan2 ke
Quote bunnyj3lly 6-5-2023 04:26 PM
Edited by bunnyj3lly at 6-5-2023 04:28 PM

Semua orang akan mati. Nak takut mati kenapa?

Patutnya takut amalan tak cukup dari takut mati
Quote Dolmat 6-5-2023 04:48 PM
Kejapppp jer tuuuuu dyslexia dia Naik balik... Start lah balik...
Quote noor2 6-5-2023 04:49 PM
Itu pun nk citer ke...buat ibadat buat senyap2 la..semua nk tunjuk...
Quote slyfynx 6-5-2023 06:53 PM
As usual.
Satgi buat program anak yatim untuk nampk suci dan insoooffff
Pastu sama memondan balik tiap2 tahun.
X yah la bg attention kat empulur pisang neh
Quote sukacactus 6-5-2023 07:49 PM
Kita tgk la lama mana tu
Quote pocongkiutss 6-5-2023 07:52 PM
Mar Ke Ting
Quote shida81 6-5-2023 08:38 PM
Smua perangai dia mmg Content kan.. Ak pernah tgk interview dia kt tt.. Elok je dia ckp x de mcm pondan pun.. Sore pn x terkepit2.... Dia sendiri ngaku content
Quote belilies 6-5-2023 08:45 PM
Jijiklah ko ni aliff. Ko nak cloutchasing atas isu RH meninggal bebaru ni?
Quote ninja boy 6-5-2023 08:55 PM
Tidak semua org yg diberi petunjuk dan jalan
Quote LadyCarefree 6-5-2023 09:07 PM
Anak2 ko tu kecik lagi nak ambilaloh biznes. Lagipun xpatut paksa mereka biznes ke apa.
Quote awenda507 6-5-2023 11:58 PM
Eleh pastu thn depan melinjang buat lagu raya buat video clip dgn ponen keliling
Quote Sailormoon17 7-5-2023 07:23 AM
shida81 replied at 6-5-2023 08:38 PM
Smua perangai dia mmg Content kan.. Ak pernah tgk interview dia kt tt.. Elok je dia ckp x de mcm pon ...

Kwn i prnh uruskn beli kte si alip ni.. Memag dia ni normal mcm bos2 kaya yg tegas je.. Tkde la memondan or sore kepit2.. Dlm kje dia profesional je.. Demi sbuah content..
Quote Nham22 7-5-2023 07:37 AM
Sailormoon17 replied at 7-5-2023 07:23 AM
Kwn i prnh uruskn beli kte si alip ni.. Memag dia ni normal mcm bos2 kaya yg tegas je.. Tkde la me ...

Mcm ade split personality plak kan... Tp mmg nampak garang pon die... Kat rumah anak2x die tau bapak die camane... Sebab tu shida tu ok ja....die buat2x pondan saja kat depan camera..
Quote Burong_Hantuk 7-5-2023 07:59 AM
aku susah nk percaya dgn sotong nih
Quote MatDeghem 7-5-2023 08:38 AM
Korang percaya cakap si sotong sewel ini?
Jiwa  nya tak tenang..  membrontak tak dapat jadi diri sendiri. Sebab tu tak karuan macam pak gad porem cari
Quote airmineral 7-5-2023 08:43 AM
mcmn la bini dia ni leh tahan dgn laki cmni

bini dia 24jam pakai tudung kan umah ke?

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.276991 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top