Oleh Izzah Abbasy Kalau nak cantik, perkenalkan rawatan apapun, wanita selalunya obses dan sanggup apa sahaja. Janji, berkesan dan terus kekal cantik.
Terapi lendir siput babi ini masih baru di Malaysia. Ia sangat popular di Thailand, Korea dan Jepun. Yang penting, selamat dan tidak sakit seperti suntikan botox dan kolagen. Snail Spa di Chiang Mai,Thailand, yang diusahakan oleh dua orang lelaki warga Perancis, menyediakan perkhidmatan kecantikan yang menggunakan siput babi secara eksklusif.
Lendir siput babi atau nama saintifiknya, helix aspersa müller glycoconjugates, sememangnya mempunyai kebaikan semulajadi dan kandungan antioksidan tinggi yang mampu menghaluskan serta mengurangkan kedutan pada kulit wajah. Lendir dan sisa kumuhan yang dikeluarkan siput tersebut turut mengandungi asid glaikolik dan elastin. Selain daripada itu, anatomi serangga itu sendiri yang mempunyai 14,000 gigi mikroskopik dapat memberikan efek terapeutik apabila dibiarkan menjalar dan ‘mengurut’ kulit wajah manusia. Namun, kesan rawatan lendir siput babi ini bukanlah ‘ekspres’ dan segera. Anda perlu melakukan beberapa siri rawatan facial tersebut di salon selama beberapa kali beserta penggunaan produk yang mempunyai enzim siput babi itu sebelum kesan positif dapat dilihat. Jika anda ingin membuat rawatan lendir siput babi ini, janganlah pula guna siput di belakang rumah atau di tanah yang biasa dijumpai itu. Ini kerana, siput babi ini spesis khas dijadikan tujuan kecantikan. Ia juga diberi makanan yang terbaik pada koloni siput babi seperti lobak merah bebas-kimia, kobis dan daun lidah buaya yang ditanam di kebun organik. - CARI Infonet
|
30
Bagus |
37
Marah |
14
Terkejut |
25
Sedih |
19
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
clarizsa replied at 13-10-2015 03:48 PM
yg ni rupa lain... x jijik sgt cm yg slalu jupa tu..
yg biasa kt msia ni, i benci, slalu klu jupa i ...
ADVERTISEMENT