Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha mengorak setapak dalam karier seninya dengan bergelar penulis apabila bakal melancarkan sebuah buku puisi bertajuk Tulisan by Daiyan tidak lama lagi. Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 30, berkata, dia memberanikan diri menulis buku berkenaan selepas mendapat galakan dan permintaan daripada peminat setianya.
"Ini kali pertama saya akan melancarkan semua tulisan saya dalam bentuk sebuah buku, Insya Allah dalam masa terdekat ia akan berada di pasaran. "Sekarang ia dalam peringkat fasa akhir sebelum diterbitkan dan Alhamdulillah saya cukup teruja dengan projek ini. "Keputusan menghasilkan buku ini juga atas galakan dan permintaan daripada peminat dan akhirnya saya tunaikan hajat mereka," katanya kepada mStar. Bercakap lanjut mengenai Tulisan by Daiyan, ia memuatkan semua hasil tulisannya yang pernah dimuat naik di media sosial termasuk dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
Buku setebal 200 muka surat itu kata Daiyan adalah luahan perasaan dan pengalaman hidup yang pernah dilalui sebelum ini. "Saya memang suka menulis, saya menulis lirik lagu dan puisi sebagai salah satu cara saya meluahkan perasaan. "Sebelum ini saya Tulisan by Daiyan memang ada di media sosial... macam-macam yang saya kongsikan tentang kehidupan, cinta, perhubungan, kawan dan bermacam-macam lagi," kongsinya. Tambahnya, dia mula berjinak-jinak menulis puisi pendek sejak 2018 selain turut menghasilkan lirik lagu. Bagaimanapun kata Daiyan, lirik dihasilkan hanya untuk dirinya sendiri kerana masih belum ada peluang menghasilkan untuk penyanyi lain. "Saya mula menulis Tulisan By Daiyan sejak 2018, tapi masa itu tulis sikit-sikit sahaja. Tapi selepas berjinak-jinak dalam puisi semakin panjang saya buat. "Penulisan saya kalau dia tak jadi lagu mungkin akan jadi puisi tapi buat masa sekarang tak ada lagi komposer yang nak merisik lagi," ujarnya. Sumber: mStar
|
katakauu replied at 6-5-2023 12:44 PM
siapa hawauuu nak breli tuu
tp mana tau laku kerasss mcm buku patahamin
ADVERTISEMENT