Berikutan kematian wanita warga Indonesia, Asiah Shinta Dewi Hasibuan yang terjatuh di ruangan bawah aci lif sebuah lapangan terbang, keluarganya menerima wang pampasan berjumlah lima juta rupiah (RM1,500).
Perkara itu dimaklumkan abang mangsa, Raja Hasibuan seperti dilaporkan Kompas. Katanya, wakil pihak lapangan terbang berkenaan datang ke rumah mereka bagi menyerahkan sumbangan terbabit. "Masa tu langsung tak berjumpa kami sebab dekat hospital untuk menguruskan proses autopsi arwah (Asiah)," ujar Hasibuan. Sementara itu menurut kenyataan peguam, Hotman Paris, wang pampasan itu diberikan adalah sebagai tanda hormat terhadap keluarga mangsa. Terdahulu, Asiah dilaporkan tidak pulang beberapa hari ke rumah mereka selepas menghantar anak saudaranya ke Lapangan Terbang Kualanamu.
Gara-gara bimbang dengan perkara itu, keluarga Aisiah meminta kakitangan lapangan terbang untuk mencarinya selepas mereka terputus hubungan dan tidak menemuinya di terminal. Asiah kemudiannya ditemukan meninggal dunia selepas terjatuh ke ruangan bawah aci lif lapangan terbang tersebut. Tragedi yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu berlaku pada 24 April lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Medan, Indonesia. Sumber: mStar
|
Decaffeinated replied at 5-5-2023 11:09 PM
How is this even possible?
RM1,500 untuk beli batu nisan ka? Hasibuan ni suku apa btw...
dreamcatcher replied at 5-5-2023 11:15 PM
Kalau medan ni biasanya batak.
kucingitam replied at 6-5-2023 11:23 AM
tak salah tgk video ritu, dia tersangkut dalam lif..dia telefon family bagitau tersangkut etc.. past ...
kucingitam: tak salah tgk video ritu, dia ...
Samerosie replied at 6-5-2023 05:41 PM
Nama peguam Hotman Paris???
chocobozhere replied at 6-5-2023 04:15 PM
Aku tak berapa faham konsep lift kat sana tapi aku ada tengok video kat tiktok dia keluar je lift de ...
ADVERTISEMENT