CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kenali Ciri-Ciri Isteri Seorang Penggoda

13-10-2015 03:47 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 5357| Komen: 0

Oleh Izzah Abbasy

Memandang wanita seksi pasti merangsangkan suatu perasaan suka terhadap lelaki. Namun, lelaki yang bijak akan menjaga pandangannya terhadap wanita lain jika sudah mempunyai pasangan atau isteri yang sah. 


Si isteri juga haruslah pandai menjadi penggoda kepada si suami. Bukan suruh jadi penggoda yang bukan-bukan tau. Maksudnya, jangan goda untuk mendapatkan sesuatu yang tidak bermanfaat dan untuk kepentingan.

Goda bukan sahaja dengan memakai pakaian seksi dan tergedik-gedik. Malahan harus jadi wanita yang solehah. Pandai melayani suami dari segala hal. 


1. Kongsi cerita suka duka


Bermanjalah dan selalu bercerita dengan si suami. Biasanya, suami akan menjadi pendengar yang setia. Malahan, jika bijak mengatur cerita dan menggunakan suara yang lembut, suami pasti akan rindu nak bicara dengan anda. Lagi-lagi jika berjauhan. 


2. Beri hadiah dan kejutan untuk suami

Lelaki juga mempunyai sifat seperti wanita. Sukakan kejutan. Jika si isteri selalu membuat kejutan dan memberi hadiah kepada suami, sudah tentu si suami tidak mencari lain, makin bertambah sayang. Contohnya membeli sesuatu yang suami suka, hadiah hari jadi, masak makanan kegemaran dan sebagainya.

3. Berkomunikasi dengan baik

Suami tidak suka jika si isteri meninggikan suara. Apabila menjadi suami, sudah tentu dia menjadi ketua keluarga. Jika si isteri seorang yang mudah berkomunikasi dan memahami setiap kehendak suami, wujudlah keluarga yang bahagia. Si isteri jika selalu menggunakan suara yang lembut dan sopan, suami pun sejuk hati. 

Ha, jom para isteri dan para wanita praktis menjadi penggoda terhebat kepada suami. Jangan anggap remeh, lelaki atau suami mudah 'termakan' godaan tau. Ciptalah keluarga bahagia dan dirahmati Allah SWT. - CARI Infonet 
18

Bagus
24

Marah
17

Terkejut
18

Sedih
14

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (107 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.036957 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top