Bila cakap tentang penampilan guru di sekolah, mesti kita akan teringat cikgu muda melaram dan menjadi kegemaran murid-murid. Ya lah, nak mengajar mestilah kenalah berpenampilan menarik supaya murid-murid pun rasa ceria dalam kelas.
Segelintir netizen menyuarakan rasa kurang senang terhadap penampilan guru masa kini yang kelihatan gemar melaram ke sekolah. Macam nak pergi pertunjukan fesyen katanya. Malah, mereka membandingkan guru sekolah dengan pensyarah yang lebih bersederhana dalam berpenampilan. Setelah meneliti rintihan ini, ramai yang bingung dan mempersoalkan apa sebenarnya masalah wanita ini yang tidak berpuas hati guru-guru untuk melaram. Hal ini turut mendapat perhatian aktres popular Fasha Sandha. Katanya, tiada masalah untuk guru berpenampilan menarik di sekolah. Dia juga berpesan, tidak seharusnya dibanding-bandingkan dengan pensyarah atau professor kerana mereka semua tetap tenaga pengajar yang banyak jasanya. Komen Fasha mendapat persetujuan dari netizen termasuklah dari golongan guru-guru. Sumber: Murai
|
HelgaPataki: pakai jelah mcm mana pun asalk ...
TomyamPuteh replied at 5-5-2023 07:08 PM
Mcm la cikgu2 mintak duit mak bapak nk beli baju@Buritan
Buritan replied at 5-5-2023 07:31 PM
Betul tuu tp aku suke simple Dan longgar sbb bebudak jntn kelas ujung bkn boleh pakai.. diperatiny ...
ADVERTISEMENT