KUALA LUMPUR: Kerajaan berpendirian akan tetap membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan ekoran skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Low Taek Jho atau Jho Low ke Malaysia secepat yang mungkin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun mengakui proses membawa pulang Jho Low adalah sukar. Katanya, kerajaan sudah berunding dengan beberapa negara untuk mempercepat proses membawa Jho Low pulang, namun, tidak mendedahkan negara-negara yang dirunding mengenai hal itu. “Sudah tentu (mahu bawa pulang secepat mungkin). Ia merupakan pendirian (kerajaan) dan kita amat tegas sejak hari pertama lagi,” “(Soal rundingan dengan negara lain), ia dirunding dengan negara-negara melalui saluran diplomatik. Ia melibatkan banyak negara, perkhidmatan perisikan, Interpol dan lain-lain. “Kita tahu kedudukan di mana dia (Jho Low) berada dan kita berunding bagi mempercepatkan prosesnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ibu pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang menyatakan Malaysia sedang berunding dengan China bagi mengekstradisi Jho Low. Media melaporkan, penulis bersama buku ‘Billion Dollar Whale’, Bradley Hope mendakwa kerajaan dipercayai berunding dengan China untuk mengekstradisi Jho Low. Memetik sumber, Hope yang menulis perkara itu dalam satu laman web untuk mengesan Jho Low berkata, rundingan tersebut diadakan semasa kunjungan rasmi Anwar ke China pada Mac lalu. Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution mengesahkan notis merah yang dikeluarkan oleh Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Low masih aktif. Notis tersebut turut membabitkan lima individu lain yang terlibat dalam skandal 1MDB, antaranya Terence Geh Choh Heng, Casey Tang Keng Chee, Jasmine Loo, Eric Tan Kim Loong dan Nik Faisal Ariff Kamil. -CARI Sumber: Utusan
|
airmineral replied at 5-5-2023 04:42 PM
kenapa mamat ni susah sgt nak ditangkap?
kuarga dia ada kt msia ke?
antikorok replied at 5-5-2023 05:00 PM
Mungkin sebab dia dah bedah wajah jadik beruang kot sbb tu org susah nak cam dah
Jho Low didak ...
krustykrab replied at 5-5-2023 05:13 PM
Awat susah naw nk tangkap buntal ni...
pengecatbintang replied at 5-5-2023 07:57 PM
senang jer kenapa susah sgt..
gomen Chxn@ tak bagi Mesia ambik joo lor..
pengecatbintang replied at 5-5-2023 08:09 PM
teori nyer
lepas skandal !mdb terbongkar...
pengecatbintang replied at 5-5-2023 08:19 PM
ok..
la ni...
VespaSilbe replied at 5-5-2023 09:13 PM
Ok bang non... Spesis cakap gegar2 habuk pun tak nampak...belum tangkap camna nak bawak balik
Zoo Ne ...
syamzana replied at 5-5-2023 05:05 PM
negara mana laa yg bg alasan bodo piang. baca pun malu
cakap je la dah ubah muka sukar dikena ...
ADVERTISEMENT