CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jeff Hassan Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

5-5-2023 04:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2761| Komen: 16

Jeff Hassan meninggal dunia akibat serangan jantung pada pagi Jumaat.

Allahyarham Jeff, 56, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.25 pagi di Hospital Segamat, Johor.

Berita pemergian aktor itu disahkan sendiri oleh rakan artis iaitu Mak Wan atau Halimatussa'diah Mohd Daud.


Foto: mStar

"Saya dapat berita sedih ini daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman). Saya dimaklumkan Allahyarham meninggal sebab sakit jantung," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Mak Wan memberitahu dia tidak mengetahui Jeff mempunyai penyakit kerana sering dilihat berada dalam keadaan sihat.

Mak Wan juga sering bekerjasama dengan Jeff dan menyifatkan Allahyarham seorang pelakon yang baik dan berbakat.

"Dulu saya selalu juga bekerjasama dengan dia tapi saya tidak tahu pula dia pernah sakit sebab nampak dia sihat sahaja.

"Dia bagus berlakon. Dia selalu buat hal dia sendiri tak kacau orang lain. Dia akan menilik skrip dia dan tidak mencampuri urusan artis lain," ujarnya.

Difahamkan, Allahyarham disolatkan di Masjid Bandar Putra, Segamat, pada pukul 8 pagi tadi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Jawa, Segamat, Johor.

Allahyarham sebelum ini sering muncul membawa watak imam dan polis dan antara drama popular yang dibintanginya termasuk Gerak Khas. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 3chanceno 5-5-2023 04:18 PM
Innallilah..takziah buat famili.

Wartawan mungkin cari Tok Sop nak interbiu
Quote supernaturalee 5-5-2023 04:22 PM
innalillah

btw mak wan sihat?..

Quote missbigrockstar 5-5-2023 04:28 PM
Innalillahiwainna ilaihi rojiun.
Salam takziah.
Quote Lavender_Violet 5-5-2023 05:16 PM
Innalillahiwainnailahirojiun...
Semakin ramai insan dan artis yg pergi
Semoga roh arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman....aamiin
Quote kuzaime 5-5-2023 05:25 PM
Innalillahiwainnalillahiroji'un.. salam takziah buat keluarga. Kalau sebut nama memang x kenal tapi tengok gambar baru cam. Banyak drama2 yg arwah ada berlakon.
Quote heythere123 5-5-2023 05:47 PM
salam takziah
Quote little_sis 5-5-2023 05:52 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun..
Baru ni aku tau namanya pelakon ni.. selalu nampak dlm drama tp xtau namanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat....
Quote doubleA 5-5-2023 08:12 PM
Innalillah, takziah pada keluarga, tak la tua sgt baru 56 tahun
Quote joy_ah 5-5-2023 08:14 PM
byk juga dia ni berlakon. typical actor yg org kenal rupa tpi nama taktau
Quote Jitu 5-5-2023 09:58 PM
takziah

sorry la mmg tak kenal sbb dah lama sangat tak tengok drama2 kat tv
Quote syamzana 5-5-2023 10:08 PM
innalillah...salam takziah buat keluarga arwah.
dia ni glamer gak selalu ada dlm drama tv1 kot dulu2 laa.
ramai betul lately dgr org mati sbbkan jantung.
Quote readbaca 5-5-2023 11:26 PM

Innalillahiwainna ilaihi rojiun.
Quote awanearisu 5-5-2023 11:59 PM
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.
Salam takziah kepada keluarga Allahyarham.
Quote DARSITA 6-5-2023 12:39 AM

Dua artis meninggal di hari Jumaat.
Quote telracs 6-5-2023 01:22 AM
DARSITA replied at 5-5-2023 04:39 PM
Dua artis meninggal di hari Jumaat.

Semoga Allah menempatkan mereka bersama orang² beriman di sisi-Nya, amein.
Quote downiey 6-5-2023 09:27 PM
Innalillahiwainnailahirojiun

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.030647 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top