Hattan dianggap biadab ketika bersiaran langsung di Astro Awani minggu lepas namun Saari Amri menyifatkan penyanyi itu tidak perlu membuat sebarang permohonan maaf. Saari kata ekiranya Hattan berbuat demikian ia boleh mencalarkan imej dan reputasinya sebagai penyanyi senior dan dihormati.
"Bagi saya dia tak perlu minta maaf sebab itu memang gaya dia, lagipun kalau dia buat permohonan maaf kejantanannya akan tercabar... jadi lebih baik diam sahaja. "Secara peribadi dia (Hattan) memang seorang yang susah nak minta maaf," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Saari berkata, karakter Hattan memang kasar selain bicaranya tidak bertapis apabila melontarkan pendapat tentang sesuatu perkara. Pun begitu katanya, itu bukan tiket untuk penyanyi lagu Bisa Bonar itu bersikap biadab apatah lagi ketika bersiaran langsung.
"Saya sudah lama kenal Hattan dan tahu bagaimana karakternya... mulutnya memang 'laser' dan tidak bertapis," katanya. Sementara itu, Saari berkata, dia tidak berkecil hati apabila pembaca berita berkenaan, Nur Syazwani Saiful Sham menyangka dia sudah meninggal dunia dalam temu bual berkenaan. Sebaliknya kata Saari, dia berasa bangga namanya masih dalam ingatan terutamanya dalam generasi hari ini. "Apabila pembaca berita itu menyebut nama saya, terkejut juga tapi tak sangka masih ada orang ingat saya lagi. "Tiada masalah atau terguris hati walaupun nama saya tersalah sebut oleh pembaca berita itu yang menganggap saya sudah tiada. "Saya rasa bangga pula sebab sekurang-kurangnya ada yang mengenali Saari Amri," ujarnya. -CARI Sumber: mStar
|
selipar_hijau replied at 5-5-2023 04:06 PM
ye la org tua mana pernah buat salah
supernaturalee replied at 5-5-2023 04:18 PM
menten kuruih SA nih
heols senang lenang makan duit royalti je kan
exclusive_vvip replied at 5-5-2023 04:43 PM
200k ke 400k tah setahun..bestnya goyang kaki
BarbiePink replied at 5-5-2023 04:41 PM
Heols komen sarcasm eh?
ADVERTISEMENT