Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah dan sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun. Susulan itu, banyak pihak termasuk orang awam bersyukur apabila nasib kanak-kanak berusia 13 tahun itu akhirnya mendapat pembelaan.
Terbaharu, tular sepotong video di TikTok yang menyaksikan keaadan terkini Bella ketika dia menghadiri sebuah acara baru-baru ini. Bella kelihatan ceria selain wajahnya yang tidak henti mengukir senyuman dibibir. Di ruangan komen ramai memuji kecomelan Bella selain bersyukur melihat keadaan terkini anak kecil itu yang semakin sihat dan dijaga rapi oleh pihak bertanggungjawab.
Malah, ada juga yang gembira melihat tubuh badan Bella yang semakin berisi berbanding ketika dia berada di Rumah Bonda.-CARI
|
ADVERTISEMENT