CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tolak Sumbangan, Pemuda Rela Korban Berpuluh Koleksi Tumbler Starbucks Demi Tanggung Kos Bedah Ibu

5-5-2023 11:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1497| Komen: 17


Seorang anak sanggup melepaskan koleksi bekas minuman (tumbler) daripada rangkaian jenama kopi terkenal Starbucks yang menjadi kesayangannya demi menampung pembiayaan kos pembedahan ibunya.


Koleksi tumbler Starbucks yang dijualnya berharga antara RM150 dan RM160 setiap satu.



Menurut pemuda berkenaan, semua bekas minuman yang dijualnya merupakan koleksi peribadi dan belum pernah digunakan.

Siapa sangka, dalam masa kurang 24 jam, sekurang-kurangnya berpuluh-puluh tumbler Starbucks yang selama ini menjadi koleksi istimewa peribadinya terjual dan menjadi milik orang lain.



Malah, pemuda itu terharu kerana menerima banyak mesej secara langsung (DM) daripada orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan wang tunai.


Menghargai bantuan tersebut, dia bagaimanapun terpaksa menolaknya secara baik.














Pemuda itu bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai kos dan pembedahan ibunya.

Menerusi ruangan bebenang, rata-rata pengguna Twitter mendoakan agar urusannya untuk menjual koleksi tumbler Starbucks dipermudah dan pembedahan ibunya berjalan lancar.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 5-5-2023 11:45 AM
kenapa cawan plastik ni mahal? sebab brand ke?

aku beli botol air dalam RM20 kat Mydin, dapat besar gedabak. selain untuk minum, juga untuk keselamatan diri, hayun botol 2 liter kat kepala orang. gitewwww
Quote cmf_premierleag 5-5-2023 12:06 PM
Akak beli botol air 2 liter kt hot market, dpt RM8
cuaca panas2 ni kene minum air masal byk2
Quote Innrukia 5-5-2023 12:11 PM
starbuck tumbler ni aku dpt free company bg. Mahai sgt nk beli
aku claim botol ayaq Tupperware dr cc point, foc.
Quote akies 5-5-2023 12:12 PM
Banyak nya koleksi dia ada.
Iols ada 2 je. Cukup utk kami suami isteri guna bila nak order air drive tru. Pastu dpt rebate lagi.
Quote doubleharmonic 5-5-2023 12:17 PM
ko beli selambak semua tu kemain banyak pulak duit kau?
Quote doridori_hi 5-5-2023 12:46 PM
Bekas minum aku, gambar strawberry2, RM2.40 jah kt eco.. feeling2 tumbler Starbucks meols kt rumah , ...
Quote krustykrab 5-5-2023 12:50 PM
Korg nih..at least dia jual sesuatu utk dpt dana
...bukannya jual air liur je
Quote she 5-5-2023 01:45 PM
Izinkan macik bersangka buruk
Dia beli tumbler tu kat Shoppe je
Pastu resale

Bye
Quote syadq 5-5-2023 02:14 PM
Alan al padat ni dulu acik porum jugak kan? Sebab benang kat twitter dia sama je style trivia bodgos.
Quote tungkai 5-5-2023 02:36 PM
Bukan banyak ke kat Shopee/Alibaba/Taobao cuma takde logo Setarbak la..
Quote duri_durians 5-5-2023 02:51 PM
doubleharmonic replied at 5-5-2023 12:17 PM
ko beli selambak semua tu kemain banyak pulak duit kau?

itu kan koleksi mesti dah kumpul lama sikit2 lama2 jadi bukit.
dah tiba2 mak nya sakit nak bedah, mana nk dapat balik duit segedebuk?
Quote talapia 5-5-2023 03:08 PM
kalau memang peminum tegar starbucks.. sure dorang tau limited edition tumbler tu keluar bila n berapa harga. worth it la kot bagi dorang. But for me.. oh tidakkk.. haha..  dengan rege tu berpuluh tumbler aku bole beli
Quote burungburung 7-5-2023 11:46 PM
Lain org lain minat. mengumpul setem, mengumpul kotak tudong duck ke sama je. Dia minat kumpul tumbler, masa perlu ni dia jual. ade jugak value kan. mmg lah bkn mcm emas. tp atleast dia try jual benda yg dia syg utk ibunya.
Quote jfq 7-5-2023 11:49 PM
she replied at 5-5-2023 01:45 PM
Izinkan macik bersangka buruk
Dia beli tumbler tu kat Shoppe je
Pastu resale

Aku pun bersangka buruk
Quote matamata 7-5-2023 11:58 PM
Yg ni at least nampak barangnya...dan collectible items....yg beli NFT tu lagila aku tak paham
Quote anony-mous 8-5-2023 12:39 AM
I beli salah 1 ni, x smpai 150 pong. Tp dah selamat jual balik sbb rasa semak. Xtau nk guna utk apa collector ok la. Kdg2 bagus simpan brg mahal ni, bila perlu duit, boleh jual balik. Kalau simpan cash je, tau2 habis

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.104316 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top