CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kurangkan Strok Haba Dengan Sejukkan Rumah Guna Kerajang Aluminium

5-5-2023 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1489| Komen: 16

Ada alternatif lain boleh anda jimatkan belanja daripada bil melambung dek penghawa dingin atau kipas dipasang dalam jangka masa panjang setiap hari berikutan cuaca panas.

Berikutan amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berhubung gelombang panas di beberapa negeri, Tenaga Nasional Bhd (TNB) menyarankan pengguna kediaman agar mengamalkan penggunaan elektrik secara berhemah sepanjang tempoh peningkatan titik panas dan jerebu berikutan cuaca kering ketika ini.


Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) juga melaksanakan catuan bekalan elektrik di beberapa daerah di Sabah berikutan peningkatan permintaan tenaga elektrik bagi menangani ketidakcukupan oleh kerana rizab tenaga yang rendah.


Gambar hiasan

Menurut kontraktor projek perumahan, Kamaruddin Kamisan berkata, aluminium adalah barang sering dipasang untuk tahan panas dan kerajang aluminium pada atap boleh mengurangkan bahang haba.


"Kerajang aluminium sebagai penebat bumbung sebenarnya sudah dipakai di seluruh dunia kerana menjimatkan tenaga dan kos, selain berkesan untuk menyejukkan rumah.

"Sudah banyak industri pembinaan menghasilkan pelbagai jenis bahan penebat dengan kadar penjimatan haba yang tinggi tetapi berbeza kos dan ketahanan sahaja.

"Kos bagi segulung kerajang aluminium biasa yang berukuran 1.2 meter hanya berharga RM482.20 sekiranya dibeli di kedai.

"Sekarang sudah ada zink PU (Rigid Polyurethane) yang digabungkan dengan tiga jenis pilihan penebat haba iaitu PU Foam Metal, PU Foam Aluminium Foil dan PU Foam PVC Paper yang semuanya berfungsi sebagai penebat haba dan bunyi tetapi berbeza dari segi ketahanan," katanya.

Tambahnya, kegunaan zink PU ini juga dijadikan sebagai sengkuap (atap tambahan) dan hanya dijual dengan harga RM9.90 per kaki persegi.

"Banyak kelebihan kerajang aluminium, antaranya haba di luar tidak dapat masuk ke dalam rumah, jadinya penghawa dingin di rumah tidak perlu menghasilkan tenaga yang banyak untuk sejukkan rumah.

"Kedudukannya yang ringan dan lembut pada bawah bumbung tak akan bagi 'tekanan' pada struktur rumah," katanya.


Kamaruddin Kamisan

Pemasangan penbat haba itu juga 'kalis air' dan mempunyai jurang udara tiga sentimeter daripada bumbung.

Ini diperlukan untuk pengudaraan yang betul dari bawah bumbung bagi mengelakkan terjadinya pengumpulan kondensasi (air hujan tembus) dan akhirnya memendekkan jangka hayat kediaman.

Kerajang aluminium kurangkan haba panas

Suri rumah, Mastura Mamat, 56, berkata keranjang aluminium yang dipasang pada syiling rumahnya sangat berkesan kerana dapat mengurangkan haba panas.

"Saya tidak mampu menggunakan penghawa dingin memandangkan kos yang tinggi.

"Rumah jenis teres berhimpit dengan jumlah tingkap yang sedikit, satu di dapur dan satu di ruang tamu, dihuni empat orang anak bersama saya dan suami menjadikan ruang sempit serta panas walaupun menggunakan kipas dengan kadar paling tinggi.

"Puas saya memikirkan cara untuk menyejukkan rumah dan akhirnya saya terjumpa 'posting' di Facebook mengenai kerajang aluminium yang dipasangnya sendiri di rumah dengan mengeluarkan bajet yang sangat rendah.

"Saya cari dalam talian dan membeli dua gulung, berharga RM300 segulung dan memasang sendiri hanya menggunakan 'stapler gun'

"Lebih kurang dua tahun gunakan dan masih bertahan sehingga sekarang.

"Kaedah itu jauh lebih jimat, murah dan mudah didapati hanya membeli secara dalam talian, berbanding kos pemasangan penghawa dingin di rumah," katanya.

Tenaga suria yang panas mampu menembusi bumbung kerana daya pancaran yang terlalu tinggi dan dari situ berlakunya kenaikan haba dalam rumah.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tungkai 5-5-2023 11:38 AM
Nope....aku dah try kat kampung. Solve bahang dari bumbung aje tapi still rasa panas sebab humidity tinggi. Sekarang cuaca panas, kelembapan pun tinggi dalam 75% ~ 80%
Quote airfilterkotor 5-5-2023 11:50 AM
Pointless dia letak atas ceiling (bukan bawah bumbung).
Sebab, heat akan berkumpul dan terperangkap berjemaah dlm bumbung dari 10am sampai 4pm.
Dia allow heat to penetrate thru roof covering tapi tersekat kat ceiling, pastu tak lepaskan dia.

Unless, dia tambah roof ventilator utk extract haba panas keluar bumbung.
Quote Belibis 5-5-2023 12:55 PM
airfilterkotor: Pointless dia letak atas ceili ...

Gambar hiasan atas tu caner?? Pasang aluminium atas atap ke??
Quote airfilterkotor 5-5-2023 02:42 PM
Belibis replied at 5-5-2023 12:55 PM
Gambar hiasan atas tu caner?? Pasang aluminium atas atap ke??

Jikalau dirujuk pada foto dan kata-kata abam kontraktor tadi,
Instead of dismantling existing roof covering, depa topup new roof covering atas existing roof.
(jimat kos tak perlu bukak bumbung lama)
Tapi kena guna lightweight materials macam metal roof sheet yang embedded PU+alum foil tulah.

Apa yg dia buat,
ada jarak kelegaan 1-2 inci antara permukaan bumbung lama dengan yg baru.
Jarak (gap) ni, to allow free flow air in between.
Kat sini saja dah dapat reduced heat giler-giler.
Jadi, bumbung lama yg duduk lapisan bawah tu tak panas.
(analoginya macam bumbung lama duduk dibawah teduhan bayang lapisan bumbung yg atas)

Less IR signature, suhu dalam ruang bumbung (above ceiling) pun akan jadi rendah dari kebiasaan.
Maka, ruang dalaman rumah tak panas.

Sekian melaporkan.



Quote Belibis 5-5-2023 02:46 PM
airfilterkotor replied at 5-5-2023 02:42 PM
Jikalau dirujuk pada foto dan kata-kata abam kontraktor tadi,
Instead of dismantling existing roof ...

Ohhh..gitu..
Kalau time ribut jenuh melayang2 satu kampung.
Lagikan metal deck,genting pun berterabur.
Quote edoraixora 5-5-2023 02:51 PM
mahalnya semeter rm400+++

untuk rumah kampung atap zink, apa cara terbaik nk kurangkan panas dalam rumah, selain aircond?

wind ventilator
exhaust fan
water sprinkler

mana yg paling ok? atau ada cara lain
Quote ninja boy 5-5-2023 03:02 PM
Edited by ninja boy at 5-5-2023 05:45 PM

Cabut bumbung ganti kepada concrete roof flat roof tu buat beserta kolam renang planter box sekali dgn termal insulation foam. Swimming pool dpt, rooftop vegetable garden dapat,  rumah sejuk dpt, kukuh selamat dari ribut
Quote airfilterkotor 5-5-2023 03:06 PM
Kalau dalam tropical vernacular architecture, terutama dalam lingkungan garisan Khatulistiwa yg panas lembab belenguih ni,
materials jaman dulu-dulu amatlah terhad, so design depa banyak main dekat natural ventilation.


Haba dari bumbung direct ke ruang rumah.
Untuk atasi masalah haba ni, penggunaan bukaan (tingkap) yg luas digunakan.
Free flow air (cross ventilation) akan merendahkan sedikit suhu ruang rumah.

Berbalik pada jaman sekarang,
cara penyelesaian mudah.... pasang pendingin hawa... kalau yang berduitlah.

Kalau yg tak berkemampuan,
(kalau umah intermediate setingkat) bukak tingkap depan dan belakang rumah... pintu bilik kasi bukak.
Komdian, kalau ada stand fan.... letak betul-betul depan tingkap dan halakan arah angin kuat ke luar.
Posisi samada depan atau belakang rumah saja... tak boleh dua-dua serentak.

Create vacuum ambiance, selebihnya serahkan pada hukum fizik.



Quote airfilterkotor 5-5-2023 03:13 PM
Edited by airfilterkotor at 5-5-2023 03:14 PM
Belibis replied at 5-5-2023 02:46 PM
Ohhh..gitu..
Kalau time ribut jenuh melayang2 satu kampung.
Lagikan metal deck,genting pun bertera ...

Roof covering yg baru tu, ada tulang rangkanya. (omputeh panggei purlin channel)
Posisinya tulang ni kena selari dengan kerangka bumbung lama.

Tapi la... kalau dia nak terbang, dia akan terbang jugak.
Quote airfilterkotor 5-5-2023 03:17 PM
ninja boy replied at 5-5-2023 03:02 PM
Cabut bumbung ganti concrete roof beserta kolam renang planter box sekali dgn termal insulation foam ...

Concrete roof tiles ni panas.
Elok pakai clay roof tiles. Harga keras sikitlah tapi berbaloi.

Clay roof tiles combo dengan air bubble insulation foil.
Quote airfilterkotor 5-5-2023 03:25 PM
edoraixora replied at 5-5-2023 02:51 PM
mahalnya semeter rm400+++

untuk rumah kampung atap zink, apa cara terbaik nk kurangkan panas dalam  ...

Cabut zink lama, ganti dengan metal sheet embedded PU+alum. foil.

Kalau tak mampu, metal sheet kosong dengan double sided alum heat/thermal barrier.
Pastu pasang roof ventilator. Heat dlm bumbung kena cepat-cepat dinyahkeluarkan.

Kata kunci.... kena sejukkan ruang dalaman bumbung untuk mendapat suhu selesa yg optimum.

Quote airfilterkotor 5-5-2023 03:29 PM
Soklan trivia:

Umah kampong atap zink tu, ada siling tak?
Sinonimnya umah kampong atap zink ni.... ada yg takde siling.
Kalau takde siling, sila buat siling.
Quote airfilterkotor 5-5-2023 03:33 PM
1-wind ventilator
2-exhaust fan
3-water sprinkler


1-untuk ruang dalam bumbung.
2-untuk ruang dalaman rumah. Rujuk ceritarama vacuum ambiance diatas.
3-tak payah... kalau loop cycle system pun still kena kuar duit.... pump...mantenance lagi.
Quote edoraixora 5-5-2023 03:36 PM
airfilterkotor replied at 5-5-2023 03:25 PM
Cabut zink lama, ganti dengan metal sheet embedded PU+alum. foil.

Kalau tak mampu, metal sheet ko ...

kena pinned dulu komen ni...nak kena memahamkan dulu
Quote edoraixora 5-5-2023 03:38 PM
airfilterkotor replied at 5-5-2023 03:29 PM
Soklan trivia:

Umah kampong atap zink tu, ada siling tak?

dalam bilik jer ada siling....tapi ya tuhan, rasa tepu ye bilik bersiling, dan panas jugak
kalau tak siling, ada jugak lubang angin keliling

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.051777 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top