CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Beradik Yatim Piatu Duduk Dalam Pondok Usang Tak Ada Bekalan Air, Makan Nasi Lauk Maggi Hari-Hari

5-5-2023 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2177| Komen: 38

Kuala Krai: Dua beradik yatim piatu dari Kampung Slow Pok Long, Dabong, di sini, menjadikan pondok kecil serta usang sebagai tempat untuk mereka berteduh daripada hujan dan panas, sejak lebih lima tahun lalu.


Mohamad Azwan Abdullah, 16, dan adiknya, Nur Asyikin Hadi, 15, terpaksa tinggal dalam keadaan serba kekurangan selepas ibu bapa mereka meninggal dunia dan kini hanya menumpang kasih datuk serta nenek yang sudah tua.

Mohamad Azwan berkata, ayah tirinya, Hadi Roni meninggal dunia pada tahun 2014 selepas terbabit dalam kemalangan dan tidak beberapa lama selepas itu, ibunya, Rusni Yusof, pula meninggal dunia akibat menderita penyakit buah pinggang.


Foto: Harian Metro

"Selepas ibu dan ayah tiri meninggal dunia, saya mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga untuk menjaga adik-adik, namun disebabkan kesempitan hidup, adik bongsu, Mohd Aliff, 12, kini dijaga oleh keluarga sebelah arwah ayah.


"Sejak dari itu, hidup kami dipenuhi ujian, tetapi sebagai abang dan ketua keluarga, saya mengajar adik perempuan supaya lebih berfikiran matang.

"Nenek dan datuk yang berasal dari Thailand menjaga kami dua beradik sejak kematian ibu serta ayah, dan mereka turut mencari rezeki di sini sebagai penoreh getah.

"Bagaimanapun, nenek dan datuk tinggal di pondok yang berada di dalam ladang getah tempat mereka bekerja dan keluar menjenguk kami di sini dua atau tiga kali seminggu bergantung kepada keadaan memandangkan jarak antara kami adalah sejauh 10 kilometer," katanya ketika ditemui di Kampung Slow Pok Long, Dabong.

Terdahulu keluarga berkenaan menerima kunjungan badan bukan kerajaan (NGO) Cempaka Merah Asnaf Society yang diwakili pengerusinya, Che Norhayati Mohamed.

Katanya, bagi meneruskan kelangsungan hidup, dia mengambil upah menoreh getah dengan pendapatan RM50 seminggu yang hanya sekadar cukup untuk belanja makan mereka dua beradik.

"Kebiasaannya nasi kosong yang digaul bersama Maggi serta kuahnya menjadi hidangan wajib untuk saya dan adik setiap kali kami menggalas perut," katanya.

Bercerita lanjut, Mohamad Azwan berkata, bagi mendapatkan bekalan elektrik, pondok usang yang didiami mereka dua beradik terpaksa disambung dengan rumah berhampiran.

"Keperluan air juga bergantung kepada air tadahan dari bukit yang digunakan untuk memasak, mandi dan membasuh pakaian setiap hari," katanya.

Katanya, kesempitan hidup juga menyebabkan dia dan adik perempuannya terpaksa melupakan alam persekolahan.

"Bagaimanapun, baru-baru ini ada individu prihatin yang sanggup menanggung yuran serta perbelanjaan persekolahan dan berharap ia dapat mengubah nasib kami ke arah yang lebih baik," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 5-5-2023 11:09 AM
Warganegara ke?
Quote PULANGKAN 5-5-2023 11:56 AM
Ya Allah bahayanya takde pengawasan orang dewasa  
Quote kotakominami 5-5-2023 12:52 PM
Kalau ade rumah anak yatim masukkan la diorang...tak elok tinggal mcm tu walaupon adik beradik......
Quote otai_g 5-5-2023 12:55 PM
Bila mana Mercedez lbh penting. Mn la pg org2 kaya negeri Kelantan ni. Knp x bantu?
Quote talapia 5-5-2023 01:34 PM
kotakominami replied at 5-5-2023 12:52 PM
Kalau ade rumah anak yatim masukkan la diorang...tak elok tinggal mcm tu walaupon adik beradik......

betul tu..
takde orang dewasa... makan minum budak2 tu...
budak2 ni pon makin matang.. risau macam2 bole jadi.. harapnya dapatla tempatkan dorang kat mana2 pusat jagaan.
Quote myakayina 5-5-2023 02:17 PM
pihak berwajib tolonglah tempatkan budak2 ni kt tempat yg sepatutnya, masukkan sekolah balik..
Quote AkokKocik 5-5-2023 02:46 PM
Harap2 xde terjadi kes sumbang mahram, sedangkn adik badik yg masih ada makpak lagi berlaku kes begitu sampai beranak anak pmpuan.
Quote pittjie 5-5-2023 03:22 PM
Ya Allah... kesiannya dia org ni.
Quote sayawifenikmie 5-5-2023 03:30 PM
takut terjadi perkara tak baik
Ya Allah .... moga dilindungi.
Quote pokokmeranti 5-5-2023 03:33 PM
otai_g replied at 5-5-2023 12:55 PM
Bila mana Mercedez lbh penting. Mn la pg org2 kaya negeri Kelantan ni. Knp x bantu?

tujuan beli Merc nie sbb nak mudahkan perjalanan berjumpa dgn rakyat....kena faham konsep tu. beli proton asik masuk SC. so mcm mana nak bergerak. x caya tanya lebai PAS.
Quote alieyrina 5-5-2023 03:34 PM
Ngo tu pun cepat2 la bawak depa ke sekolah asrama anak yatim ka apa. Krna bagi sekolah.
Takkan jenguk balik camtu jah ? Aku plak yg risau
Quote zamnie 5-5-2023 03:58 PM
Kesiannya..xde ketua kg kat situ ke?
Quote fair_iza 5-5-2023 04:06 PM
Cerita2 mcm ni selalu dgr dr kelantan.
Quote sangbara2020 5-5-2023 04:19 PM
siannya....harap ada la yg tolong...sayu dh x aktif ke
Quote intan244 5-5-2023 09:48 PM
kesiannya. nasik campoq maggi first time dengaq.
Quote Skuau 5-5-2023 09:51 PM
Nenek dan datuk berasal dr Thailand.Sekian.
Quote cmf_premierleag 5-5-2023 09:59 PM
Kesiannya
Berat dugaan diorang ni pd usia yg terlalu muda. semoga urusan kamu dipermudahkan
Quote naina 5-5-2023 10:16 PM
intan244 replied at 5-5-2023 09:48 PM
kesiannya. nasik campoq maggi first time dengaq.

Eh aku makan Maggi pun campur nasi. Kalau mee saja tak kenyang dan kembang rasa sebu je perut. Memang Dr zaman sekolah dulu cmtu..pelik ke ek? Lepastu aku kawen, laki aku pun pelik makan nasi dengan Maggi. Dia macam berkuah kan. So letaklah nasi. Hahaha
Quote naina 5-5-2023 10:17 PM
fair_iza replied at 5-5-2023 04:06 PM
Cerita2 mcm ni selalu dgr dr kelantan.

Tapi tu bukan warga negara tu..asal Thailand kan datok nenek dia. Nak sekolahkan cmne..nak masukkan rumah anak yatim pun boleh ke

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.044894 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top