Mohd Hairi Mad Shah menafikan mengeluarkan surat sokongan bagi memudahkan urusan berkaitan kerajaan untuk bapanya sebagaimana tular di media sosial, sekali gus menyifatkan salinan surat sokongan itu adalah tindakan tidak bertanggungjawab dengan membabitkan ahli keluarganya.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor itu dalam hantaran di media sosial semalam juga tidak menolak surat berkenaan disunting pihak tertentu dengan niat menjatuhkan reputasi "Dengan adanya pelbagai aplikasi dan teknologi masa kini, tidak mustahil paparan surat ini adalah palsu dan disunting pihak tertentu dengan niat mahu memburukkan serta menjatuhkan reputasi saya sebagai wakil rakyat dan Exco Kerajaan Johor," katanya. Terdahulu tular di media sosial surat sokongan exco berkenaan yang meminta memudahkan urusan berkaitan kerajaan bagi Mohd Shah yang juga bapanya. Sumber: Harian Metro
|
Firenzza replied at 5-5-2023 12:46 PM
Hahaha....ko exco saja kot bukannya pmx sampai org nk pedajal. Bdw surat memudahkan urusan kjn tu am ...
LoveSungmin replied at 5-5-2023 12:58 PM
kalau ikut surat tu, ayah dia akan dapat keutamaan bila berurusan dengan pejabat kerajaan.. kalau ...
cikmouse replied at 5-5-2023 01:02 PM
Ayah dia OKU kah?...
LoveSungmin replied at 5-5-2023 01:04 PM
i tak pasti pula.. lagipun warga emas memang dah diberi keutamaan tapi still kena ambil nombor jug ...
mikasa replied at 5-5-2023 04:00 PM
Biasaya surat memudahkan urusan ni org pakai kalau nak masuk projek /tender.....setakat nak gi bayar ...
ADVERTISEMENT