CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kos Selenggara Padang RM200,000 Pun Dah Merungut, Ada Hati Nak Ada Stadium Sendiri" - TMJ

5-5-2023 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1778| Komen: 27

"RM200,000 setahun selenggara padang pun tak boleh terima dan cakap tak mampu, macam mana nak ada stadium sendiri?"

Tunku Ismail Sultan Ibrahim menempelak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang tampil dengan cadangan mahu membantu pasukan Liga Malaysia (Liga-M) untuk mendapatkan pemilikan penuh stadium. 


Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu juga mempersoal kemampuan pasukan untuk membayar kos penyelenggaraan sekiranya sudah mempunyai stadium sendiri.


IG

Menurut Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), ada pasukan yang merungut apabila terpaksa mengeluarkan dana RM200,000 setahun untuk kos penyelenggaraan rumput sekiranya menukar dari jenis Cow Grass kepada rumput Zeon Zoysia sekali gus menyaksikan kemungkinan untuk memiliki stadium sendiri itu hanya sebagai 'cakap kosong'.

"Siapa nak selenggara? Cakap dan nak buat sesuatu tu biar berdasarkan fakta. Semua cakap dan memberi gambaran tak betul kepada penyokong.


"Kos selenggara stadium JDT RM7 juta setahun. Itu pun kami terkial kial nak bayar dan selenggara. Kalau stadium lebih kecil kemungkinan RM4 juta atau RM5 juta setahun.

"Sekarang soalan saya, jika kos penyelenggaraan padang RM200,000 ribu lebih setahun pun dah merungut apatah lagi RM5 juta.

"Dan jika stadium mempunyai teknologi canggih macam stadium baru yang di sebut sebut sebelum ini yang akan dibina. Kos penyelenggaraan mencecah RM30 atau RM60 juta setahun? Kelab boleh bayar?," katanya dalam laman Instagramnya pada Khamis.

Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membuat tawaran penukaran padang secara percuma di setiap stadium negeri, tetapi dipandang sepi oleh pasukan dengan alasan kos penyelenggaraan yang terlalu tinggi.

Dalam masa sama, Tunku Ismail menegaskan keperluan untuk diadakan forum terbuka agar dapat memberikan gambaran yang betul kepada penyokong dalam pelbagai perkara termasuk isu stadium tersebut.

"ltu pasal saya cakap berkali-kali adakan forum terbuka untuk penyokong dengan semua presiden dan CEO kelab.

"Bagi penyokong tanya apa saja soalan. Sampai ke hari ni semua diam, takda yang berani. Penyokong sekarang boleh nilai sendiri kenapa semua takut? Apa yang nak disembunyikan? Nilai sendiri.

"Cakap memang senang,bila ajak berdepan takut. No transparency. Forum terbuka CEO dan pemilik kelab dengan penyokong sangat diperlukan demi ketulusan untuk mengelakkan kaki temberang dan kaki kencing," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 5-5-2023 11:09 AM
dia ni mmg suka posing mcm ala2 catwalk eh
Quote Decaffeinated 5-5-2023 11:09 AM
Tunggu komen dari haters ja

Park dulu
Quote ina_na 5-5-2023 12:28 PM
cikatilia replied at 5-5-2023 11:09 AM
dia ni mmg suka posing mcm ala2 catwalk eh

Supaya x nampak rendang kot..hehehe..
Quote Sazreena 5-5-2023 07:54 PM
Ko punya RM7 juta setahun...konon terkial-kial..sapa suh wat canggih beno...nak buat lenkali biar la padan kemampuan memaintain...Selangor kaya takpe.
Quote Skuau 5-5-2023 08:09 PM
nak buek canna..orng kayo negeri lain tak minat bola...
Quote Lagubestbest 5-5-2023 08:54 PM
stadium2 lain tak komersial pun. sekadar stadium n ada padang kat tengah, pintu tak kunci pun takde sape masuk.
Quote Decaffeinated 5-5-2023 10:38 PM
Lagubestbest replied at 5-5-2023 08:54 PM
stadium2 lain tak komersial pun. sekadar stadium n ada padang kat tengah, pintu tak kunci pun takde  ...

di Thailand stadium dibuka malam untuk orang berjogging. Meriah.

Quote lesprincesse 6-5-2023 09:48 AM
Honestly ini adalah salah satu aspect yang di Malaysia selalu diabaikan. Bila buat project only lihat cost buat project tapi tidak lihat maintenance ot post support.
He is right in this matter and bagus buat awareness
Quote venom1 6-5-2023 09:51 AM
Sama macam ko beli kereta brand H tapi nak service bawah pokok je
Quote cucuq 6-5-2023 11:05 AM
Decaffeinated replied at 5-5-2023 10:38 PM
di Thailand stadium dibuka malam untuk orang berjogging. Meriah.

kt shah alam pon ade gak stadium malam dibuka utk aktiviti sukan
Quote capiloton 6-5-2023 12:24 PM
Edited by capiloton at 6-5-2023 12:45 PM

aku tak minat jdt, tapi betoi la tmj ni cakap.

stadium pun tak penuh, ada hati nak maintain sendiri
lepas tu mengemis duit dana fam utk maintain stadium.

tengok jer la stadium nasional bkt jalil,
stadium level international, tapi yg manage level amatur

aku ingat lagi tahun 2002,
team world cup brazil main friendly kat sini,
berterbangan pasir tiap kali player dia sepak bola.
nampak live dalam tv

dan Messi reject utk main friendly for Barca kat situ,
sebab keadaan padang yg huduh,
even dia dah sampai sini, dia tak mau main, takut injury kekdah nya.

baru2 ni JDT bagi pinjam kanvas untuk tutup padang dari air bertakung,
sebab sebelum tu, viral dalam tv live,
grounds man kering kan padang yang banjir guna penyodok sampah

buat malu malaysia jer, buduh2 org yg manage stadium negara nih
Quote capiloton 6-5-2023 12:39 PM
Edited by capiloton at 6-5-2023 12:47 PM
lesprincesse replied at 6-5-2023 09:48 AM
Honestly ini adalah salah satu aspect yang di Malaysia selalu diabaikan. Bila buat project only liha ...

contoh mudah stadium shah alam.

umur stadium tak sampai 30 tahun, dah nak kena roboh,
sebab takde maintenance.

hangus duit beratus juta buat stadium, sampai masa roboh kan.  
sebab tak mampu maintain. senang punya keje

Quote capiloton 6-5-2023 12:40 PM
Edited by capiloton at 6-5-2023 12:43 PM
Sazreena replied at 5-5-2023 07:54 PM
Ko punya RM7 juta setahun...konon terkial-kial..sapa suh wat canggih beno...nak buat lenkali biar la ...

humble brag jer tu.

takde nya rm7 juta setahun boleh terkial kial.
sponsor pun ramai, geng2 towkay keliling pinggang.

antara soltan paling kaya di malaysia, 7 juta setahun cuma celah gigi

salary cost for jdt player mau lebih separuh dari total cost tahunan kelab,
so bajet maintenance stadium ni cuma ciput jer
Quote ultra78 6-5-2023 02:35 PM
Negeri yg miskin tu tak perlulah ada team bola bagai. Buat setakat liga bola sekolah cukuplah.
Quote lesprincesse 7-5-2023 12:25 PM
capiloton replied at 6-5-2023 12:39 PM
contoh mudah stadium shah alam.

umur stadium tak sampai 30 tahun, dah nak kena roboh,

Kan. Pastu buat baru. Pastu tak maintan juga lagi sekali rebuild
Quote _blackbird 7-5-2023 12:32 PM
Decaffeinated replied at 5-5-2023 02:38 PM
di Thailand stadium dibuka malam untuk orang berjogging. Meriah.

stadium jdt pon mmg boleh jogging juga waktu malam kalau mahu, tapi so far ramai yg dtg ootd sajork . lepas penat jogging boleh sewa hummer limo lak utk hantar ko ke car park
Quote matamata 7-5-2023 12:52 PM
Adala tu kontraktor yg propose kat KBS utk replace rumput... replace je tau... maintenance cerita lain
Quote harizs 7-5-2023 01:07 PM
penting ke bolasepak ni? mcm takde pekdah jer. punca orang berbalah. membazir pulak tu
Quote wirazam 7-5-2023 01:55 PM
lesprincesse replied at 6-5-2023 09:48 AM
Honestly ini adalah salah satu aspect yang di Malaysia selalu diabaikan. Bila buat project only liha ...

Setujuu..
Maintenance nak kena tgk juga...

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.366248 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top