CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baca Bimillah Sebelum Makan Babi- Lina Mukherjee Didakwa Persenda Islam, Dah Dipanggil Polis

5-5-2023 10:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1216| Komen: 11

Jakarta: Polis Wilayah Sumatera Selatan, memanggil pempengaruh Indonesia, Lina Mukherjee untuk siasatan kes menghina Islam kerana aksinya memakan khinzir sambil membaca Bismillah dalam video kandungan TikToknya, baru-baru ini.


Pengarah Siasatan Jenayah Khas, Komisioner Agung Marlianto berkata, wanita itu dipanggil untuk siasatan selepas asksinya itu dilaporkan seorang Ustaz M Syarif Hidayat kerana mempersendakan Islam pada 15 Mac lalu.

"Selain melakukan siasatan, kami mendapatkan beberapa pandangan termasuk pakar bahasa, ITE dan jenayah bagi memastikan sama ada kandungan video Lina Mukherjee yang memakan khinzir itu adalah perbuatan jenayah.

"Kami juga sudah menerima surat pemberitahuan hasil fatwa MUI pada 18 April lalu yang menyatakan apa yang dilakukan Lina Mukherjee termasuk mempersendakan agama.




"Oleh itu, kami namakannya sebagai suspek untuk tindakan selanjutnya," katanya.


Katanya, suspek akan ditahan sekiranya tidak hadir pada kali kedua.

"Dia tidak hadir pada kali pertama sebelum surat kedua diberikan dan sekiranya tidak datang juga, kami akan mengeluarkan surat ketiga dan waran tangkap," katanya dalam Detik.com.

Dalam video terbaharu yang tular, Lina Mukherjee mengaku sudah tiga kali makan makanan haram bagi umat Islam itu.

"Saya sudah makan khinzir tiga kali iaitu pertama di Sri Lanka, tetapi waktu itu saya tidak sengaja makan kerana tidak tahu bahasa Inggeris 'pork' itu adalah khinzir.

"Kali kedua saya makan ketika pergi ke sebuah majlis seorang rakan bukan Islam.

"Dan ketiga ini aku (makan) dengan sengaja kerana ingin tahu rasa apa keropok khinzir yang trend di TikTok," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote norawestallen 5-5-2023 11:40 AM
bodohnya tak dibuat-buat. 'takziah'
Quote margo20 5-5-2023 11:51 AM
Lina mu sungguh keji
Quote antikorok 5-5-2023 01:09 PM
Nama kemain fefeeling Rani Mukherjee
Quote doridori_hi 5-5-2023 01:11 PM
Kat Tiktok , ada satu kiai ni ckp pompuan nih dah kena tangkap dan dipenjarakan..
Quote iolss 5-5-2023 01:12 PM
basic english pork pon xreti.. ada ht nk jd influencer.
Quote minahsenget 5-5-2023 01:13 PM
cehhh ingat iras2 Rani Mukherjee
Quote damsel_fiji 5-5-2023 01:22 PM
ni rani mukkerjee ke rani mu sungguh keji
Quote downiey 6-5-2023 10:44 AM
xkenal.. dah la hazab ade ati nk jdi influencer.. hhahaah
Quote KucaiHijau 6-5-2023 10:53 AM
Knape yg suka menghina agama lain ni mesti sendu & kepam
Quote hyie 6-5-2023 12:41 PM
KucaiHijau replied at 6-5-2023 10:53 AM
Knape yg suka menghina agama lain ni mesti sendu & kepam

sebab dia memang dah sekali pakej uols

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.037941 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top