CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahli Perniagaan Malaysia Berbalas Tembakan Dengan Mafia Minta Bantuan Wisma Putra

5-5-2023 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3513| Komen: 81

Wisma Putra dihubungi rakyat Malaysia berasal dari Pakistan, Datuk Mohammad Tahir Rahat yang merayu bantuan susulan kediaman keluarganya di negara berkenaan dihujani peluru oleh sekumpulan mafia tempatan baru-baru ini.


Beliau yang juga merupakan seorang ahli perniagaan di Malaysia berkata, serangan mafia tersebut berpunca daripada tindakan kumpulan itu yang mahu merampas tanah miliknya yang diwarisi sejak turun temurun di daerah Hisari Nehri, Pakistan.

“Pada Ahad lalu, sekitar 200 mafia lengkap bersenjata melepaskan tembakan ke arah menara peninjau rumah saya sekitar jam 7 pagi. Kejadian itu menyebabkan saya juga terpaksa berbalas tembakan dengan mereka.


Kumpulan Mafia mengawal tanah miliknya yang dirampas tidak jauh dari kediaman miliknya (kiri). Kesan tembakan oleh mafia berkenaan di rumahnya (kanan). Gambar kecil: Datuk Mohammad Tahir


“Kejadian itu berlarutan sehingga jam 8.30 pagi, itu pun setelah pihak polis tiba. Namun, kedatangan mereka hanya menyuraikan tembak menembak bukan menghentikan kegiatan mafia berkenaan.

“Kumpulan mafia itu merampas tanah milik saya buat masa sekarang dan mereka juga membina tembok pengadang serta menara peninjau di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Ujar beliau, mafia tersebut pada hari sama menutup semua jalan keluar masuk ke rumahnya itu dari jam 7 pagi hingga 7 petang supaya tiada bantuan dapat diberikan.

Mohammad Tahir yang berasal dari Pakistan berhijrah ke Malaysia bagi memulakan kehidupan baharu pada sekitar akhir 1980-an dan berjaya mendapatkan taraf kewarganegaraan.

Pada 2016, Mohammad Tahir dinobatkan Anugerah Panglima Jasa Negara (PJN) oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah atas penglibatan aktif dalam misi kemanusiaan antarabangsa di Myanmar dan juga Kashmir.

Beliau juga aktif dengan kegiatan bersama badan bukan kerajaan termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Walau bagaimanapun, pada sekitar tahun 2020, beliau kembali ke Pakistan setelah mendapat tahu mengenai cubaan untuk mengambilalih tanah miliknya oleh waris di negara berkenaan secara tidak sah.

Jelas Mohammad Tahir, meskipun begitu, beliau kemudiannya terus memperjuangkan perkara tersebut sehingga ke peringkat mahkamah tertinggi dan berjaya.

Bagaimanapun katanya, warisnya di Pakistan telah mengambil tindakan secara haram dengan menjual tanah milik beliau kepada sekumpulan mafia di sana.

“Mereka bertindak berusaha merampas tanah saya sekarang ini sehingga sanggup menyerang kediaman saya.

“Ketika ini, mereka telah mengawal tanah tersebut dan menempatkan orang suruhan berdekatan dengan jarak 50 ke 100 meter dari rumah saya dan ini merupakan satu ancaman keselamatan kepada saya dan keluarga.

Jelas Mohammad Tahir, meskipun telah diadukan kepada pihak berkuasa di sana, namun tiada sebarang tindakan yang diambil.

“Saya telah melaporkan hal ini sehingga kepada Ketua Polis Pakistan. Walaupun dengan campur tangan daripada Kedutaan Malaysia, dia sekadar bertindak menyerahkan perkara tersebut kepada ketua polis daerah.

“Namun tiada apa-apa yang dilakukan oleh pihak ketua polis daerah berkenaan,” dakwa beliau.

Pada ketika ini, Mohammad Tahir bersama dengan isterinya masih berada dirumah tersebut bagi mempertahankan rumah mereka.

Beliau kini sedang berjaga-jaga di kawasan kediamannya itu bersama pasangan, Datin Shaista bagi mengelakkan sebarang rampasan terhadap hak mereka itu berlaku.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 5-5-2023 10:24 AM
Edited by wirazam at 5-5-2023 10:26 AM

Senangnya dpt warganegara....siap dpt datukship lagi...oh malaysiaku..patutnya bg pr je itu pun kalau Ada manfaay kat negara Malaysia..buat mcm Singapore dan negara maju yg lain
Patutlah ramai yg nak sgt dtg Malaysia nih..siap bertongkang tongkang redah lautan sana sini
Quote supernaturalee 5-5-2023 10:25 AM
" misi kemanusiaan antarabangsa di Myanmar"

rohingya???


Quote emera 5-5-2023 10:26 AM
Amboiiiiiii…
Quote idril 5-5-2023 10:28 AM
Bagaimanapun katanya, warisnya di Pakistan telah mengambil tindakan secara haram dengan menjual tanah milik beliau kepada sekumpulan mafia di sana.


memang patut la mafia tu nak rampas tanah ko... sebab dia dah beli.... malaysia, xyah tolong la, tanah dia mmg kena jual. ko nak marah, ko marah waris yg jual tanah ko tu.
Quote rospinki 5-5-2023 10:31 AM
waww dasat
pangkat dan harta yg kau miliki tak dpt menyelamatkan diri. last2 tinggalkan saja
jahat diorg ni rampas reta org main tembak2 gitu
Quote Thunderclouds 5-5-2023 10:42 AM
Edited by Thunderclouds at 5-5-2023 10:44 AM

Hahahahahaha...
Let's see who cares.
Pakistan xheran sbb hg bukan citizen dia dah.
Tgk Malaysia nk angkat jari dak to save yor ass.
Membazir resources sajork.
Quote ally9970 5-5-2023 10:51 AM
Tanah tu kat Pakistan, takkan kau expect Malaysia nak interfere pulak hal2 kat Pakistan?
Quote krustykrab 5-5-2023 10:54 AM
Dah tu ko nk suruh atm, tudm, tldm, polis bomba, imigresen semua ke pakistan gadai nyawa demi tanah ko ke...
Quote capwayang 5-5-2023 10:54 AM
..itu macam ka? So puak rohingya tu dah kira automatically eligible la jadi warganegara sebab depa dah 45 tahun dah berada dalam negara ni..
Quote krustykrab 5-5-2023 10:56 AM
Cer tanya dia, acaner dia blh dpt ic malaysia n apa pekerjaan dia masa dtg sini..
Quote JunkMail 5-5-2023 11:06 AM
Paki yang lahir kat Pakistan, duduk kat Pakistan tapi IC Malaysia. Hebat negaraku ..

Quote bondeh 5-5-2023 12:32 PM
Sekali dengan berita atok guddu nih telah membongkar sindiket penjualan kad pengenalan Malaysia, maka orang2 besar disebalik IC atok guddu paki nih akan disoal siasat. Tiberrr imaginasi meolls kuikuikui
Quote antikorok 5-5-2023 12:34 PM
Edited by antikorok at 5-5-2023 12:37 PM

Suku sakat Jlop ke tuuuuuu?
Quote noor2 5-5-2023 12:37 PM
Entah2 perilaku dan perangai dia selama ni terlebih mafia....tu yg mafia pun hentam dia
Quote kemaruk 5-5-2023 12:37 PM
Orang wara' nih

Ada tanda di dahi
Quote Nurul8001 5-5-2023 12:46 PM
Datang tahun 1980, lepas tu boleh dapat warganegara? Apooo. Tahap bumiputera pun, kalau dapat jugak memang tahi la sesiapa yg bagi kelulusan. Moga mereput dalang2 yg terlibat. Marah betul saya rasa
Quote krustykrab 5-5-2023 12:47 PM
Mesti dh jadi melayu bumiputera kan
Quote otai_g 5-5-2023 12:49 PM
Kes kat Pakistan sana. Apa jadah polis kat msia ni nak msk campur. Aku harap polis msia ni x bodoh lah.
Quote Nurul8001 5-5-2023 12:50 PM
Kalau nak dapat balik tanah tu, ko belilah semula dari mapia tu. Harap Malaysia jgn campurtangan. Kalau ada ATM, PDRM, Komando Malaysia yg mati sbb nak tolong dia ni, bukan mati syahid tau sbb nak mempertahankan negara. Mati sia2. Lawan mapia lak tu, lagi jahat daripada tentera suluk

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.038085 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top