CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menyusahkan Pengguna, Tandas Ada Di Pejabat Jabatan Kerajaan Tapi Tak Boleh Guna!

5-5-2023 10:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 313| Komen: 1

Dek ketiadaan air disebabkan air rosak, orang ramai yang berurusan di pejabat sebuah jabatan kerajaan di Bagan Datuk kesal kerana tandas yang disediakan di dalam kawasan berkenaan tidak dapat digunakan.


Mereka menggesa masalah itu diatasi segera memandangkan ia sudah berlarutan sejak dua bulan lalu.

Orang awam dari Manjung yang berurusan di jabatan itu, Zaiton Mohd. Ali, 43, berkata, kerana tidak boleh digunakan, mereka yang mahu ke tandas terpaksa menggunakan tandas di masjid berdekatan.


SEORANG pengguna kecewa kerana tidak dapat menggunakan tandas yang ditutup kerana tiada air ketika tinjauan di Bagan Datuk, Perak, baru-baru ini. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN

Menurutnya, keadaan itu sudah tentu menyusahkan orang ramai terutama wanita.

“Saya terkejut kerana tandas ini tidak boleh digunakan mungkin disebabkan tiada air, jadi saya terpaksa menggunakan tandas di masjid berdekatan dan ini sudah tentu menyusahkan,” katanya kepada Utusan Malaysia.


Menurutnya, lebih menyukarkan ialah kepada orang kurang upaya (OKU) yang sudah tentunya sukar untuk bergerak ke tandas di masjid.

Katanya, OKU yang menggunakan kerusi roda sudah tentu lebih sukar untuk bergerak ke tandas di masjid namun mereka tiada pilihan.

“Saya diberitahu tandas itu sudah dua bulan ditutup kerana masalah air, tangki airnya rosak dan ini menyebabkan mereka yang berurusan di pejabat ini terpaksa ke tandas masjid berkenaan untuk membuang air.

“Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku dan ini perlu segera diatasi.

“Saya harap segeralah baik pulih tandas ini kerana di pekan Bagan Datuk sudah jadi tumpuan ramai bukan sahaja untuk urusan rasmi dengan jabatan kerajaan tetapi kerana pembangunan di sini berikutan pembinaan jambatan baharu, Bagan Datuk Waterfront dan masjid terapung,” katanya.

Menurutnya, kemudahan tandas penting menjadi budaya dalam masyarakat dan tidak boleh dipandang ringan.

“Kemudahan tandas berkait rapat dengan imej negara khususnya di destinasi utama pelancongan.

“Ini kerana pelancong singgah ke tandas sama ada kedai makan, tandas awam, masjid perlu ada kemudahan tandas yang perlu dipastikan boleh digunakan, dalam keadaan bersih dan teratur,” katanya. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.047661 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top