CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tengah Sedap Buang 'Hajat', Pandang Atas Nampak Kamera- Lelaki Kantoi Rakam Wanita Di Tandas Awam

5-5-2023 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 771| Komen: 8

“Aku padam kak,” rayuan seorang lelaki berusia 20 tahun yang mahu dirinya dilepaskan setelah perbuatan jijiknya disedari mangsa.

Mangsa,seorang wanita berkongsi pengalaman diganggu lelaki berkenaan TikTok @ellejohniasmat.


Katanya ketika itu dia menggunakan tandas awam di sebuah stesen minyak di Lahad Datu, Sabah.



Sekitar pukul 12.50 pagi waktu kejadian, dia yang dalam perjalanan ke Kota Kinabalu bersama keluarganya mengambil keputusan untuk berhenti seketika di stesen minyak tersebut kerana ingin menggunakan tandas sebelum menyedari dirinya telah dirakam oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Saya pergi ke tandas wanita di mana ada dua tandas di dalam. Saya pergi ke tandas paling hujung, tapi malangnya tandas tersebut terkunci, mulanya saya berfikir pihak stesen minyak mengunci dan saya pergi ke tandas sebelah.

“Saya terlihat kelibat bergerak-gerak di tandas sebelah. Saya mula pelik sebab bunyi air di sebelah pun tiada, saya berasa seram terdetik dalam hati untuk menoleh ke atas tandas (jenis tandas terbuka atas dan bawah) alangkah terkejutnya saya apabila melihat kamera telefon menghala tepat ke arah saya,” katanya.




Bercerita lanjut, wanita itu dengan pantas bersiap-siap dan terus pergi ke tandas sebelah untuk memaksa individu di dalam untuk keluar dan terkejut melihat si pelaku adalah seorang lelaki.

Wanita itu bagaimanapun terus memanggil suaminya yang berada di kereta dan sempat merampas telefon bimbit berkenaan sebelum menyerahkan kedua-duanya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, dia sempat menasihati kaum wanita di luar sana untuk sentiasa berhati-hati ketika berada di mana-mana termasuklah sewaktu menggunakan tandas awam.

“Saya minya hantaran ini ditularkan agar tiada lagi wanita-wanita di luar sana yang menjadi mangsa seperti saya. Mohon jadi iktibar dan hati-hati menggunakan tandas awam,” pesannya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 5-5-2023 10:13 AM
Hp ko tu lg byk blh guna cari gmbr porno 1 dunia...yg ko sangap sgt nk skodeng fefet acik gundu dh knp? Bodoh tu mmg free.....
Quote bulalof 5-5-2023 10:35 AM
selayaknya dibelasah dan dimalukan.
Quote salimrock 5-5-2023 11:04 AM

“Aku padam kak,” rayuan seorang lelaki berusia 20 tahun yang mahu dirinya dilepaskan setelah perbuatan jijiknya disedari mangsa.\


jgn percaya ayat ini, tgk apa jadi dgn pasangan yg projek dlm kereta dgn baju pbsm tu, cina tu suruh, padam, dia tak nak padam  ha merebak ke serata dunia
Quote norawestallen 5-5-2023 11:43 AM
bulalof replied at 5-5-2023 02:35 AM
selayaknya dibelasah dan dimalukan.

saya setuju....

Quote antikorok 5-5-2023 11:51 AM
Rekod vid sbb nk tengok orang memerut keluar ketulan-ketulan berwarna coklat atau cair seperti bubur jagong dengan bau semerbak pung boleh stim?
Quote myakayina 5-5-2023 11:55 AM
ntah dah brp ramai yg dia rekod gamaknya kan..
Quote Highflyer19 5-5-2023 12:15 PM
Budak ni jual ni…nanti kluar lh website mana2

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.118084 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top