Susulan pemergian pelakon Ridzuan Hashim akibat sakit jantung pada pagi Khamis, video sambutan Hari Raya Aidilfitri keluarga bekas isterinya, pelakon dan pengacara Didie Alias kembali menjadi buah mulut ramai.
Sambutan yang turut disertai Allahyarham itu diadakan di sebuah vila ditempah khas di Melaka dan disertai anak-anak mereka selain ahli keluarga lain. Difahamkan, itu kali pertama sambutan hari raya secara besar-besaran Didie, 52, bersama Ridzuan selepas mereka bercerai sejak 21 tahun lalu. Menerusi video berkenaan, Ridzuan, 62, kelihatan tidak bertenaga, malah anaknya sempat merakamkan pelakon dan bekas model itu duduk di tepi kolam renang sambil termenung. Arwah juga dilihat tidak bermaya ketika berbual, selain kelihatan sugul dan tidak bersemangat walaupun dikelilingi suasana meriah sempena Syawal dan saudara mara.
Ridzuan juga dilihat seakan-akan memberikan senyuman tawar ketika bergurau senda bersama anaknya yang seolah-olah bukan kebiasaan sifat dirinya. Malah ketika bergambar kenangan bersama seluruh ahli keluarga, arwah dilihat memencilkan diri dengan berdiri di tepi tangga dan kelihatan tidak bersemangat ketika membuat ucapan hari raya. Malah ketika bergambar kenangan bersama seluruh ahli keluarga, arwah dilihat memencilkan diri dengan berdiri di tepi tangga dan kelihatan tidak bersemangat ketika membuat ucapan hari raya.
|
ADVERTISEMENT