CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Itu Kenangan Terakhir Kami, Saya Ingat Dia Dah Okey" - Soffi Jikan

5-5-2023 07:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 741| Komen: 0

Pelakon Soffi Jikan yang juga rakan rapat Ridzuan Hashim tidak menyangka di atas pemergian Allahyarham walaupun tahu dia sedang berubat di Kelantan.

"Saya ingat dia dah okey sebab dia dah boleh berjalan.


"Dia memang ada masalah air berlebihan di bahagian lutut. Tapi saya memang tak tahu dia ada masalah jantung."


IG

Menurutnya, kali terakhir mereka berhubung adalah sebelum bulan Ramadan.

"Saya memang bersama dia untuk projek promosi Kopi Sengat dan Restoran ATSKY Damansara. Dia pun tak banyak 'demand' dan mudah bekerjasama.

"Kami akan buat review ATSKY setiap bulan. Cuma bulan puasa sahaja dihentikan seketika. Masa Raya pun kami tak sempat berjumpa.

"Dia antara yang rapat dengan saya. Memang saya rapat dengan artis senior seperti arwah Awin (Ridzuan), abang Ito dan ramai lagi," katanya.

Menurutnya, mereka sempat hasilkan beberapa projek YouTube tapi belum sempat disiarkan kepada peminat.


"Itu kenangan terakhir kami. Saya tengok dia dah sihat jadi tidaklah risau sangat fasal dia," katanya.

Terdahulu Ridzuan disahkan meninggal dunia pagi ini ketika sedang bersarapan di kediamannya, sebelum dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.117442 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top