Anak lelaki Allahyarham Ridzuan Hashim iaitu Muhammad Dhanial terkilan apabila bapanya tidak sempat menghadiri majlis perkahwinannya yang dijangka berlangsung pada 20 Mei ini di Tawau, Sabah.
Ibunya, pelakon Didie Alias berkata, Dhanial, 29, sudah pun membeli tiket penerbangan untuk ke Tawau selain menyediakan sepasang baju Melayu untuk dipakai arwah ketika majlis itu nanti. "Anak saya yang kedua paling terkilan sebab arwah tak dapat menghadiri majlis perkahwinannya. Dia dah siap beli tiket dan baju untuk Ridzuan. "Ketika Dhanial dimaklumkan berita pemergian bapanya, dia meraung dengan sangat kuat. "Tapi saya beritahu dia untuk kuat. Dia anak yang soleh... Dhanial yang menjaga bapanya di hospital ketika dia sakit," katanya kepada mStar. Ridzuan, 62, yang menghembuskan nafas terakhir pada pagi Khamis meninggal dunia akibat sakit jantung.
Allahyarham sebelum itu rebah ketika sedang bersarapan di rumahnya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur sekitar pukul 11 pagi sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Dalam pada itu, Didie, 52, memberitahu kali terakhir dia bertemu bekas suaminya itu pada hari raya lalu apabila mereka berkumpul di sebuah vila di Melaka selepas arwah meluahkan hasrat untuk meraikan Aidilfitri di rumah adik-beradiknya. Kata Didie, sejak bercerai 21 tahun lalu mereka jarang bertemu namun sejak tiga tahun kebelakangan ini mereka kerap berhubung selain silaturahim kembali erat. "Hari raya hari itu kami ada berjumpa sebab dia tak sihat, saya minta anak-anak tengokkan arwah. "Kami pun memang sudah lama tidak berjumpa, lebih 20 tahun tapi dalam dua tiga tahun kebelakangan ini Allah gabungkan kami semua sebelum dia pergi," ujarnya. Walaupun pemergiannya secara mengejut, Didie meluahkan rasa syukur apabila semua anak-anaknya sempat berbakti kepada bapa mereka. "Dapatlah anak-anak saya jaga dia. Alhamdulillah, kelima-lima mereka dapat menjaganya termasuk anak saya bersama suami sekarang yang memberi sepenuh kasih sayang buatnya. "Saya reda dengan pemergian dia kerana saya tahu dia tidak mahu menyusahkan anak-anaknya. Dia tahu anak-anak dia ada tanggungjawab masing-masing. "Saya maafkan dia, saya tak pernah berkecil hati dengannya. Saya halalkan semuanya," ujarnya. Allahyarham dilahirkan pada 13 Ogos 1961 di Kuala Lumpur dan berkahwin dengan Didie pada tahun 1991 namun rumah tangga mereka hanya bertahan sehingga 2002. Selain Dhanial, mereka dikurniakan empat lagi cahaya mata perempuan iaitu Nur Dhaniyah, 30, Nur Dinie, 27, Nur Danie, 25 dan Nur Diana, 24 tahun. Antara filem lakonan Allahyarham ialah Antara Dua Hati (1988), Hati Bukan Kristal (1990), Lurah Dendam (1996), Ghazal Untuk Rabiah (1997), Sri Dwi Malam (2001), Cinta 200 Ela (2002) dan KL Gengster. Beliau juga pernah memenangi anugerah Pelakon lelaki terbaik FFM ke-9 menerusi filem Hati Bukan Kristal. Sumber: mStar
|
gold_teeth replied at 4-5-2023 07:15 PM
Murni hati DIdie ni, nmpak ikhlas. Anak2 pun elok alhamdulillah .. smoga dia pn dpt hidayah inshaAll ...
LadyCarefree replied at 4-5-2023 08:34 PM
Dia dah dapat hidayahlah tu sebab dia punya hati yang bagus.
LadyCarefree replied at 4-5-2023 12:34 PM
Dia dah dapat hidayahlah tu sebab dia punya hati yang bagus.
ezacbee replied at 4-5-2023 08:41 PM
Manetau hati RR boleh berubah. Dapatlah anak2 berkumpul dgn keluarga ayahnya. Tiber.
Nampak anak2 ...
dua_chzy replied at 4-5-2023 09:55 PM
Ntah hidayah camna lagik si porumer tu nak Didie dapat. Hidayah bungkus rambut? Punya baik si Didi ...
guesswho09 replied at 4-5-2023 09:59 PM
bagus anak2 didie & arwah
dia org bkn anak org senang
mungkin sebab tu mudah menghargai
dua_chzy replied at 4-5-2023 08:55 PM
Ntah hidayah camna lagik si porumer tu nak Didie dapat. Hidayah bungkus rambut? Punya baik si Didi ...
dua_chzy replied at 4-5-2023 09:55 PM
Ntah hidayah camna lagik si porumer tu nak Didie dapat. Hidayah bungkus rambut? Punya baik si Didi ...
guesswho09 replied at 4-5-2023 09:59 PM
bagus anak2 didie & arwah
dia org bkn anak org senang
mungkin sebab tu mudah menghargai
ADVERTISEMENT