CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Curi Pistol Bapa, Tembak Mati 8 Pelajar Dan Seorang Pengawal Keselamatan

4-5-2023 04:36 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 330| Komen: 0|Original author: Tatod

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun melepaskan tembakan di sebuah sekolah rendah di Serbia awal pagi Rabu, mengakibatkan lapan murid dan seorang pengawal keselamatan terbunuh.

Dalam insiden tersebut, seorang guru dilaporkan berada dalam keadaan kritikal manakala enam murid dan seorang lagi guru cedera, menurut laporan.


Pegawai polis menerima panggilan melaporkan kejadian tembakan di Sekolah Rendah Vladislav Ribnikar, tengah Belgrade pada kira-kira 7.40 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

Polis mengawasi lokasi kejadian tembakan rambang di sekolah rendah di Serbia.

Suspek yang dikenal pasti dengan inisial KK berjaya ditangkap di halaman sekolah.

Seorang pelajar yang juga saksi kejadian, Evgenia, berkata: "Saya mendengar bunyi bising, saya fikir ada pelajar sedang membaling mercun. Tetapi kemudian saya melihat pengawal keselamatan rebah di atas lantai.


"Kami semua bersesak-sesak ke dalam bilik kecil sebelum dipindahkan di gimnasium. Selepas keadaan selamat, kemudian kami dibenarkan keluar," ujarnya.

Pelajar perempuan itu menyifatkan suspek sebagai seorang remaja yang pendiam tetapi baik, namun gemar menyendiri.

Difahamkan, suspek telah mencuri pistol milik bapanya sebelum melakukan serangan ke atas sekolah berkenaan.

Pihak berkuasa sedang menyiasat motif di sebalik serangan tersebut. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.030622 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top