CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penemuan Kubur, Hospital Di Dasar Laut, Mungkin Tapak Rawat Pesakit Demam Kuning

4-5-2023 04:31 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 991| Komen: 7|Original author: Tatod

Tanah perkuburan dan hospital ditemukan di dasar laut Taman Negara Dry Tortugas berhampiran Florida Keys, Amerika Syarikat.

Ia susulan pasukan penyelam menemui batu nisan yang tenggelam di kawasan tersebut.



Justeru itu, ahli arkeologi menganggap tapak di Taman Negara berkenaan berkemungkinan pernah digunakan untuk pesakit demam kuning yang dikuarantin di sebuah pulau kecil yang kemudiannya terhakis menjadi laut.

Meskipun hanya satu tapak kubur ditemui, namun para saintis menganggarkan bahawa mayat berpuluh-puluh orang dengan kebanyakannya anggota tentera yang ditempatkan di Fort Jefferson di Garden Key pada tahun 1860-an dan 70-an berada di situ.

Ahli Arkeologi Maritim Taman Negara Florida Selatan yang juga pengarah projek tinjauan itu, Josh Marano, berkata, penemuan menarik tersebut menyerlahkan potensi cerita yang tidak terperi di Taman Negara Dry Tortugas.


"Walaupun kebanyakan sejarah Fort Jefferson tertumpu pada kubu itu sendiri dan beberapa banduan yang terkenal, kami secara aktif berusaha untuk menceritakan kisah orang yang diperhambakan, wanita, kanak-kanak dan buruh awam," ujarnya.

Catatan pada batu nisan yang ditemui.

Terdahulu, kerja mencari tapak kubur itu bermula pada Ogos tahun lalu oleh ahli arkeologi taman dengan bantuan ahli Pusat Sumber Terendam Perkhidmatan Taman Negara, Pusat Arkeologi Tenggara dan pelajar siswazah dari Universiti Miami.

Tapak itu ditemui secara tidak sengaja beberapa bulan sebelum ini apabila seorang pekerja taman melintasi permukaaan air dan melihat objek buatan manusia di dasarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 4-5-2023 05:52 PM
Hebat teknologi kemajuan perubatan USA zaman ni.

Kalau di Malaya dikatanya kena santau kot.
Quote kakikuDibibirmu 4-5-2023 05:57 PM
Selalunya demam kuning ni sebab banyak sangat makan kunyit, sepatutnya kena banyakkan makan serbuk kari supaya jadi demam oren dan demam jingga
Quote kakikuDibibirmu 4-5-2023 06:00 PM
Kalau banyak sangat makan nasi kerabu (nasik yang diorang taruk nila tu) nanti jadi demam biru
Quote kakikuDibibirmu 4-5-2023 06:02 PM
Kalau banyak sangat makan sayur kangkung nanti jadi demam hijau, tak pasal-pasal jadi gelombang hijau PRN nanti
Quote telracs 4-5-2023 06:16 PM
kakikuDibibirmu replied at 4-5-2023 10:02 AM
Kalau banyak sangat makan sayur kangkung nanti jadi demam hijau, tak pasal-pasal jadi gelombang hija ...

Mak ko ijo
Quote kakikuDibibirmu 4-5-2023 06:18 PM
telracs replied at 4-5-2023 06:16 PM
Mak ko ijo

Mak kau ijau!


[youtube]fw7dfz9i_Ug[/youtube]
Quote antikorok 5-5-2023 04:24 PM
kakikuDibibirmu replied at 4-5-2023 06:02 PM
Kalau banyak sangat makan sayur kangkung nanti jadi demam hijau, tak pasal-pasal jadi gelombang hija ...



Kulihat hijauuuu
Oh anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing sek sek mandi lanjeyyy ghama-ghama


Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.095792 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top