CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nama Susah Naik, Idzham Ismail Terfikir Nak Buat Gosip Sendiri

4-5-2023 04:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2613| Komen: 25|Original author: Tatod

Pelakon Idzham Ismail mengakui pernah berasa kecewa dan hampir berputus asa dengan kerjaya lakonan apabila namanya sukar mendapat tempat di hati penonton.

Kata Idzham atau Muhammed Idzham Ismail, 35, pandangan sesetengah pihak yang beranggapan wajahnya tidak layak bergelar hero juga antara faktor dia terfikir meletakkan noktah pada kerjaya seninya itu.



"Saya pernah terfikir nak buat gosip sendiri sebab nama susah untuk dikenali. Saya hampir give up sebab selalu dapat watak sama dan hanya sebagai pembantu sahaja.

"Ada juga yang pernah kata muka saya ini layak jadi penyangak sahaja dan tak boleh nak bawa watak hero. Perkara-perkara beginilah yang membuatkan saya rasa mahu berhenti jadi pelakon," katanya kepada mStar.

Idzham ditemui ketika majlis tayangan filem terbaharu lakonannya berjudul Tujuh Dua Belas yang berlangsung di Petaling Jaya baru-baru ini.


Di sebalik kekecewaan yang dirasai selama ini, Idzham juga percaya kepada rezeki dan yakin peluang terbaik akan datang kelak.


Penantiannya untuk mengubah pandangan banyak pihak berjaya apabila lakonannya menerusi watak Ikram dalam drama Andai Itu Takdirnya meninggalkan kesan kepada penonton.

"Betullah kata orang bahawa masa yang terbaik itu akan tiba. Syukur berkat bertahan dalam industri saya dapat membuktikan sesuatu yang berbeza kepada penonton dan juga produksi.

"Saya berikan kelainan dalam dua drama iaitu Jangan Menangis Cinta dan Andai Itu Takdir. Dari situlah dapat membuka mata lebih banyak pihak dan juga produksi tentang kemampuan saya.

"Saya juga pernah katakan pada diri sendiri kalau dua watak ini tidak menjadi, saya kena cuba sesuatu bidang lain," ujarnya.

Tambah Idzham, isterinya iaitu Siti Nur Nabilah Shamsudin antara orang yang sentiasa memberi semangat untuk dia kekal bertahan dalam dunia seni.

"Kalau saya rasa putus asa, isteri sering ingatkan tentang waktu saya mula bertapak dalam dunia seni. Dari situ ia memberi saya semangat untuk bertahan.

"Dia juga banyak membantu dari seni mengubah penampilan saya selain mengajar berfesyen," jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 4-5-2023 04:31 PM
Dia popular dulu pon sebab juvana
Quote imanjannah 4-5-2023 04:44 PM
dah dua anaknya, ank dia yg ada sakit dulu kan
Quote dudaberhias 4-5-2023 04:48 PM
Memang nama susah naik sebab telinga tu pun naik sekali. Serhoper ceplos cucu degawan gittew.

Quote Purplehaz 4-5-2023 04:56 PM
dudaberhias: Memang nama susah naik sebab t ...


Tulah tengok telinga dia tu mcm naik smcm.
Quote slyfynx 4-5-2023 04:57 PM
Die kalau nk cr citer, kene cerita yang main character die antagonis.
Baru leh masuk kot.
Kot la tapi
Quote Omai 4-5-2023 04:57 PM
Kalau ade gossip pun agaknye orang buat tak tau.. tak payah la verangan nok
Quote jiwakacau06 4-5-2023 04:58 PM
ko much better dr johan botak...baik support role job xberhenti2 dr jd lead...stkat 1 2 drama...pastu sendu....
Quote margo20 4-5-2023 05:01 PM
Boleh cari keje lain da kot
Quote one_aiman 4-5-2023 07:30 PM
xyah buat gosip pun, dia ni kalau berlakon watak kawan yg cool memang bagus..maintain macam tu je takpe..kawan hero heroin pun watak penting jgk kan
Quote kaedahnya 4-5-2023 08:56 PM
cerita dia, tak popular takpa janji job tu ada jah tak putus.
Quote LadyCarefree 4-5-2023 09:46 PM
Purplehaz replied at 4-5-2023 03:56 PM
Tulah tengok telinga dia tu mcm naik smcm.

Tapi ada yg telinga gitu bakalan sultanah dan permaisuri agong.
Quote LadyCarefree 4-5-2023 09:47 PM
Memang xde muka hero. Muka dia annoying. Gitu. Seperti memancar2 kepoyoan.
Quote Suchi 4-5-2023 10:48 PM
Kenal dia sbb cite juvana
Dulu cite juvana tu mmg ngetop
Sama mcm cite high council tu lerr
Beza sekolah jelaa satu sekolah budak nakal aka henry gurney satu lg sbp
Quote Carcosa 4-5-2023 10:53 PM
Silalah pergi ke Mr DIY, utk beli measuring tape.
Bukan apa, senang nak ukur baju dkt badan sendiri
Takkan la taktau, muka tu berada di bawah paras skala Richter. Cemana bole ter imagine nak jadi watak utama ni?
Kalau tak suka jd watak pembantu again n again, baik ko mintak kerje kat tmpt lain.
Quote VespaSilbe 4-5-2023 11:07 PM
Sapkok dalam kereta bulan remdan pun boleh
Quote DeLuna85 4-5-2023 11:10 PM
Dia ni walau selalu bawa watak pembantu tapi di kenali juga.
Quote sicantep 10-5-2023 02:20 PM
berangan tu free sis.tp jangan ilusi sangt
Quote anony-mous 10-5-2023 02:24 PM

"Ada juga yang pernah kata muka saya ini layak jadi penyangak sahaja dan tak boleh nak bawa watak hero. “

I speku yg ckp mcm ni kaka @dudaberhias

Quote umbut 10-5-2023 02:26 PM
Mana ada hero telinga capang

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.087443 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top